MINOR STROKE, REMINDER AWAL UNTUK BERTINDAK SEBELUM JATUH TERSUNGKUR TAK BANGUN TERUS DAH

Strok.

Penyakit yang ramai anggap hanya terjadi di kalangan orang berusia. Mereka rasa strok di usia muda adalah sesuatu yang mustahil dan tidak mungkin berlaku.

Terlalu selesa tu. Penyakit mana kira umur sebab semua ajal dan maut hanya Yang Di Atas Tentukan. Tak kisah tua ke muda. Muda trang-tang-tang pun boleh jalan dulu tau.

Kajian Neurologi

Satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Neurology melihat trend strok di kawasan Greater Cincinnati antara 1999 dan 2005. Mereka mendapati bahawa umur minimum strok menurun daripada 71 tahun kepada 69 tahun, dan kadar strok dalam lingkungan 20-54 usia meningkat daripada kira-kira 13% kepada 19%.

Kes-kes melibatkan serangan strok semakin meningkat bagi orang-orang muda dan pertengahan umur iaitu mereka yang berumur antara 20-54 tahun.

25% daripada kes strok di bawah umur 45 tahun disebabkan oleh kejadian salur darah yang pecah di kawasan leher. Ia seolah-olah seperti air mata kecil dalam salur darah besar yang menyebabkan segumpal darah terbentuk dan menyekat perjalanan oksigen untuk sampai ke otak.

Punca-punca lain yang berkaitan minor strok atau “young stroke” ini termasuklah migrain, komplikasi daripada hamilan, pengambilan pil perancang dalam tempoh yang lama dan tabiat merokok.

Minor Strok

Minor strok, mini strok, young stroke atau dalam bahasa perubatannya lebih dikenali sebagai transient ischemic attack (TIA).

Ianya terjadi pada beberapa bahagian pada otak yang mengalami kekurangan aliran darah dengan tiba-tiba. Dengan kata lain, terdapat “blockage” pada otak.

Gangguan yang melibatkan bekalan darah beroksigen yang berkurangan pada otak ini boleh menyebabkan gejala yang hampir serupa dengan strok, seperti gangguan pertuturan atau penglihatan, serta rasa kebas atau lemah pada kawasan muka, tangan dan kaki.

Ianya berbeza dengan penyakit muka senget sebelah atau lebih dikenali sebagai bell’s palsy yang hanya melibatkan separuh daripada bahagian muka yang senget dan sukar menutup mata.

Baca : Lumpuh yang bukan lumpuh – bagaikan tidak percaya apabila tengok wajah sendiri lepas bangun daripada tidur, segalanya mula berubah…

Ramai yang tak tahu sebab ia datang secara tiba-tiba dan seolah-olah hanya sekadar rasa kebas-kebas yang tidak diketahui apa puncanya dan susah mahu menyebut huruf-huruf tertentu.

Kaedah pencegahan dan pemulihan

Gejala-gejala yang berkaitan dengan minor strok adalah hampir sama seperti major strok, tetapi yang membezakan ialah major strok yang menyerang hanya boleh bertahan beberapa minit, sebaliknya minor strok lebih bersifat seperti “reminder” atau signal peringatan awal bahawa terdapatnya blockage atau penyumbatan pada salur darah di otak.

Antara simptom atau gabungan simptom adalah seperti berikut :

  • berasa kebas secara tiba-tiba
  • rasa lemah pada otot muka,tangan, atau kaki (terutamanya pada sebelah badan)
  • kesukaran bercakap dan memahami percakapan

Semua kejadian strok adalah disebabkan oleh bekalan darah yang berkurangan ke otak. Di kalangan orang dewasa, punca yang paling biasa adalah darah beku yang terbentuk di dalam jantung atau saluran darah yang kemudiannya pecah dan bergerak ke otak.

minor-strok-blockage-pada-salur-darah-di-otak-660x360

 

Tidak kira samada seseorang itu pernah atau tidak mempunyai simptom atau mengalami minor strok dalam sejarah hidupnya, terdapat beberapa cara yang boleh mengurangkan risiko terjadinya minor strok seperti :

1. Mengekalkan berat badan yang sihat

Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah antara punca yang paling banyak terjadinya strok. Obesiti meningkatkan risiko tekanan darah, kolesterol tinggi serta kencing manis.

2. Mengamalkan diet pemakanan yang seimbang

Pemakanan harian kita menentukan apa yang disumbatkan masuk ke mulut adalah penawar atau racun. Tabiat pemakanan yang “cincai” dan serba segera hari ini menjadi punca paling utama penularan penyakit kronik.

3. Melakukan senaman secara rutin

Kesibukan seharian di tempat kerja menyebabkan senaman dan aktiviti fizikal tidak dianggap penting. Lakukanlah senaman ringan seperti naik tangga dan berjalan kaki setiap 10-20 minit sehari atau setidak-tidaknya di setiap hujung minggu.

4. Meninggalkan tabiat merokok

Tabiat merokok menjadi faktor risiko paling ditakuti oleh setiap golongan masyarakat. Perokok atau yang terpaksa menghidu asap rokok, kedua-duanya terdedah kepada bahaya yang berkali ganda tinggi tanpa kita sedari.

5. Menjalankan gaya hidup sihat

Gaya hidup dan pemakanan sihat hari ini bukan lagi pilihan tetapi kemestian. Banyak kes-kes serius yang berlaku adalah kerana gejala-gejala awal ini tidak dapat dikenalpasti menyebabkan tindakan tidak sempat diambil.

Ubah gaya hidup dengan pengambilan makanan tambahan bagi memastikan sel-sel mendapat nutrisi yang lengkap, sekaligus merendahkan risiko penyakit kronik.

Baca Juga : Betulkah vivix sangat power dan sesuai untuk semua penyakit kronik?

Sebut ini berulang kali dengan kuat, “zaman hari ini strok bukan lagi penyakit orang tua”.

Anda mampu mengubahnya. ?

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran.

Nusaybah Anuwar

019-3832656

2,189 total views, 8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation