MESTI BACA! KENAPA KENA TAU CARA MAKAN VITAMIN C DENGAN BETUL

Selain untuk tujuan kecantikan dan kesihatan salur darah, vitamin C terbukti dapat meningkatkan sistem pertahanan badan kita yang setiap hari terdedah kepada radikal bebas yang menjadi punca dari mana datangnya sakit dan penyakit.

Itu belum cakap lagi pasal gaya hidup dan tabiat pemakanan kita yang selalu ikut sedap tekak tanpa fikir pasal nutrisi dan tak cukup dos mahupun kriteria yang diperlukan setiap hari.

Jangan cebik-cebik, memang itu kita! Kalau bukan, tak mungkin awak tengah baca post ini.

Sedikit fakta, yang tak ramai orang tahu :

Haiwan seperti arnab berupaya menghasilkan vitamin C mereka sendiri, tidak seperti manusia yang mesti mendapatkannya daripada pemakanan.

Agaknya jugak, sebab itulah arnab selalu nampak comel je, kan..kan? Cukup vitamin C dan kolagen rupanya.. hihihi..

arnab boleh menghasilkan vitamin c sendiri

Sebab itulah kita mesti memastikan tubuh mendapat khasiat vitamin C samada daripada sumber makanan semulajadi atau suplemen tambahan tak kisahlah yang jenis tablet atau liquid.

Ada orang yang memang setiap hari mengambil makanan dengan sumber vitamin C, tetapi ia belum tentu cukup untuk menampung keperluan tubuh badannya.

Ada pula yang tidak lansung mengambil kira kepentingan zat dan nutrisi ini dalam diet sehariannya.

Tak percaya?

Cuba perhatikan menu dalam pinggan lunch kawan sebelah anda tengahari tadi, berapa orang yang cukup dengan sayur dan buah dalam hidangan mereka?

Kalau yang dah ambil pun belum tentu cukup dosnya, apatah lagi jika yang tak makan sayur dan tak suka buah. Bayangkanlah!

Cara makan vitamin C yang betul supaya tidak membazir :

1. Vitamin C ni sangat sensitif dan boleh bertindakbalas dengan udara, air dan suhu. Cara terbaik ialah mengambil makanan yang kaya vitamin C dalam keadaan mentah seperti buah-buhan segar yang baru dipetik, kerana proses merebus atau mengukus makanan akan mengurangkan kualiti vitamin sehingga 25 %. Banyak tu!

2. Menyimpan buah atau sayur-sayuran an dalam dalam jangka waktu yang lama juga boleh mengurangkan atau menyebabkan kehilangan vitamin C yang terkandung di dalamnya. Dah beli sayur, dah makan sayur tapi khasiat yang dapatnya sikiit je.

3. Memasak sayuran selama 20-30 minit akan menghilangkan separuh daripada kandungan nutrisinya. Proses pemanasan juga turut mengurangkan kandungan Vitamin C. Separuh tu sama dengan 50% juga tau. Banyak okeh!

4. Dos harian Vitamin C yang dicadangkan untuk lelaki adalah sebanyak 90 mg manakala 75 mg untuk wanita. Bagi ibu hamil dan menyusukan pula, mereka memerlukan sekitar 85-120 mg sehari.

5. Sekalipun kita memang memasukkan vitamin C dalam pemakanan seharian, tubuh kita ini sentiasa terdedah dengan radikal bebas yang akan menyusutkan dan menyebabkan kehilangan vitamin C yang sangat penting untuk menjadi pelindung kepada asakan patogen jahat dan jangkitan penyakit.

Jadi, sebab itulah kena pilih jenama vitamin C yang boleh berada lama dalam salur darah macam Vitamin C Shaklee yang dilepaskan setiap 100 mg pada setiap jam. :)

Walaubagaimanapun, tidak ada dos pengambilan yang khusus untuk vitamin C kerana ia bergantung kepada faktor umur, berat badan, jantina, tabiat pemakanan, rutin seharian dan gaya hidup seseorang.

Jangan taktau, stress pun boleh menyusutkan kandungan vitamin C dengan cepat tau! Vitamin C memang sangat mudah termusnah dan keperluannya berbeza pada setiap orang terutamanya mereka yang sering mengambil ubat tahan sakit dan perokok tegar kerana 1 batang rokok sahaja mampu melupuskan 50-100 mg vitamin C!

sumber vitamin c semulajadi

Vitamin yang juga dikenal dengan nama asid askorbik ini merupakan nutrisi penting yang membantu menjalankan fungsi dalam tubuh kita seperti :

  • Membantu penghasilan kolagen, yang diperlukan untuk tulang dan gigi.
  • Membantu penyerapan zat besi dari makanan, mencegah kerosakan sel, mengurangi risiko kanser dan penyakit kronik.
  • Melindungi tubuh dari jangkitan seperti batuk dan selsema, menjaga sistem kekebalan tubuh agar lebih kuat.
  • Membekalkan nutrisi lengkap untuk kesihatan kulit dan rambut

Inilah sebabnya kenapa Vitamin C Shaklee yang terkenal dengan teknologi pelepasan masa atau formula sustained release sangat terkenal dan menjadi buruan ramai. :)

Tubuh kita hanya menggunakan vitamin C hanya dalam jumlah yang diperlukan setiap hari, dan sisanya akan larut dan dikeluarkan melalui air kencing.

Dunia hari ini, nak makan buah dan sayur yang tanam dan petik sendiri pun kena ada ilmu. Apalagi kalau nak beli yang jenis tablet ni. Betapa rugi kan, kalau ambil suplemen tanpa ilmu. Tu yang ada keluar statement “taking supplements is just expensive urine”.

Oleh itu, jangan overdose, nanti sakit perut dan cirit-birit pulak. hehehe…

Kalau nak rasa kemujaraban vitamin C terbaik di pasaran, boleh dapatkan Sustained Release Vitamin C Shaklee. Ia bukan saja berkualiti dan semulajadi, harganya pun sangat berbaloi-baloi.

Kalau tak tahu cara nak pilih, boleh jengah entri Cara nak pilih vitamin C terbaik sebelum beli supaya tak rugi laburkan duit dengan jenama yang tahape-hape

Oh ya, entri ni keluar pun sebab kebetulan tengah bulan promosi ni. Memang masa yang terbaik untuk beli sekarang. Cuma 50 sen sebiji utk setiap tablet 500mg.

Sustained Released Vita C Plus Shaklee - anti-oksidan semulajadi yang berupaya menyalurkan Vitamin C secara berterusan

Konsultasi yang betul dan berterusan bakal diberikan buat pelanggan setia farmasimaya.com.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Kajang dan Cyberjaya.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

14,302 total views, 13 views today

2 Thoughts on “MESTI BACA! KENAPA KENA TAU CARA MAKAN VITAMIN C DENGAN BETUL

  1. Pingback: CIRI-CIRI VITAMIN C YANG TERBAIK DI PASARAN | Life is a Story

  2. betul tu, pengambilan vitamin ni dah macam keperluan kan.. Selalu kalau hari keje, sy selalu makan kat luar.. Bukan main susah nak cari menu sayur.. Huuu

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation