MERBAHAYAKAH ANEMIA PADA IBU HAMIL YANG MENGHIDAP TALASEMIA

Apakah dia talasemia?

Thalassemia atau talasemia adalah satu penyakit bawaan genetik (diturunkan melalui ibu atau bapa) berkaitan kelainan darah yang disebabkan oleh mutasi dalam DNA sel-sel yang membentuk hemoglobin – bahan dalam sel darah merah (Hb).

Sifatnya diwarisi di mana penderitanya mengalami ketidakseimbangan dalam penghasilan hemoglobin (Hb). Hemoglobin sendiri adalah komponen sel darah merah yang berfungsi sebagai pengangkut oksigen yang terdiri daripada beberapa jenis protein termasuk protein alpha dan beta.

Apa yang terjadi pada penghidap talasemia

Penderita talasemia tidak mampu menghasilkan salah satu dari protein tersebut dalam jumlah yang cukup, sehingga sel darah merahnya tidak dapat dibentuk dengan sempurna. Akibatnya hemoglobin tidak dapat mengangkut oksigen dalam jumlah yang cukup.

Talasemia akan menyebabkan anemia (kekurangan darah) yang bermula sejak usia bayi hingga sepanjang hidup penderitanya. Talasemia juga menjadi punca kepada kes anemia yang serius pada ibu-ibu yang mengandung di mana mereka akan mengalami masalah paras hemoglobin yang rendah dan tidak stabil.

Ia sebenarnya tidak merbahaya dan pada kebiasaannya tidak memerlukan apa-apa rawatan. Namun, jika sekiranya kedua-dua pasangan mempunyai Beta Thallasemia Trait, ada kemungkinan yang besar anak akan menghidapi Beta Thallasemia Major iaitu jenis thallasemia yang lebih serius.

Sebab itulah, lebih baik jika pasangan dapat menjalani ujian saringan thallasemia untuk mengesannya terlebih dahulu. Ia tidak lain dan tidak bukan, hanyalah untuk kesejahteraan mereka kelak juga kerana Beta Thallasemia Major memerlukan rawatan sepanjang hayat berbanding Beta Thallasemia Trait yang hanya dikategorikan sebagai talasemia ringan.

Jenis-jenis Talasemia

1. Talasemia Minor – Dikenali sebagai Beta Thallasemia Trait

Pembawa atau mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda atau gejala

2. Talaemia Major – Dikenali sebagai Beta Thallasemia Major

Mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya (diwarisi daripada ibu dan ayah) dan menunjukkan tanda dan gejala talasemia

Pembawa dan penghidap talasemia

Pembawa talasemia biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau mengalami masalah kesihatan. Sekiranya salah seorang daripada ibu atau bapa yang menghidap talasemia, keadaan berikut mungkin boleh berlaku :

  1. 50% adalah pembawa talasemia
  2. 50% kemungkinan anak adalah normal
  3.  Tiada anak yang menghidap talasemia

Sebaliknya pula jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa talasemia, risikonya adalah lebih besar di mana :

  1. 25% kemungkinan anak mereka menghidap talasemia
  2. 25% kemungkinan anak mereka normal
  3. 50% kemungkinan anak mereka juga adalah pembawa talasemia

Dengan kata lain, jika ibu adalah pembawa talasemia dan ayah pula normal, kebarangkalian untuk anak jadi pembawa juga adalah sebanyak 50%, 25% normal dan 25% major talasemia.

Talasemia pada ibu mengandung

Terdapat sebahagian wanita yang lansung tidak tahu bahawa dirinya adalah seorang pembawa talasemia, sehinggalah dia mula mengalami anemia yang agak teruk ketika hamil.

Ada juga ibu hamil hanya mengetahuinya ketika sudah memasuki kehamilan yang ke-3 dan keempat, hanya kerana pada kehamilan sebelumnya dia lansung tidak menunjukkan sebarang simptom anemia atau kekurangan darah yang serius.

Jadi, kalau seseorang wanita mengandung dah disahkan menghidap talasemia, bacaan Hb sekitar 8-9 gl/dl adalah normal. Kalau tiba-tiba turun jadi 7 pun biasa sebab bila-bila masa juga boleh naik semula dan turun dengan sesuka hatinya.

Iktiar melalui pengambilan zat besi daripada sumber makanan atau suplemen setidak-tidaknya akan membantu ibu agar lebih bertenaga dan tidak lembik sepanjang menjalani tempoh kehamilan yang sepatutnya dinikmati dengan emosi dan kesihatan yang baik.

Baca Juga : Punca-punca lain masalah hB di kalangan ibu mengandung dan cara mengatasinya

Tanda-tanda dan gejala

Pada kebiasaannya anak-anak kepada pembawa talasemia akan kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Namun, mereka akan mula mengalami masalah kesihatan berkaitan anemia yang serius apabila mencapai usia antara 13 hingga 18 bulan.

Simptom-simptom lain pula termasuklah :

  • jaundis atau demam kuning
  • tubuh pucat, lemah dan tidak bermaya
  • anemia yang serius sehingga menyebabkan kesukaran bernafas
  • tumbesaran terbantut
  • perut buncit disebabkan oleh pembengkakan hati dan limpa

Ujian saringan talasemia boleh dijalankan di semua klinik atau hospital samada kerajaan atau swasta. Ia boleh dilakukan untuk mengetahui status ujian darah dan samada anda adalah pembawa atau penghidap talasemia dan sejauh mana penyakit tersebut. Pesakit talasemia major berhadapan dengan masalah kesihatan lain dan memerlukan transfusi darah setiap bulan atau setiap kali keadaan memerlukan.

Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi merbahaya boleh berlaku sehingga meragut nyawa sekalipun ketika di usia remaja. Namun, semuanya adalah kerja Allah, ada juga yang masih kekal dengan rutin pemindahan darah sehingga lanjut usia.

Pesakit perlu menjalani transfusi darah setiap bulan. Sungguhpun begitu, transfusi darah yang berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya akan merosakkan fungsi organ-organ tersebut. Setelah itu, rawatan penyingkiran zat besi berlebihan pula perlu dilakukan melalui suntikan ubat desferrioxamine. Pemindahan sum-sum tulang juga dilakukan sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan ahli keluarga pesakit.

Sumber rujukan :

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Thalassemia
  2. http://www.healthline.com/health/thalassemia#Overview1

Memang ramai ibu mengandung yang kantoi dengan masalah ini tapi tak tahu apa puncanya sampai tak tahu apa lagi dah nak buat.

Baca Juga : Rahsia saya makin cantik sihat semasa mengandung dan susu banyak melimpah ruah selepas bersalin. Ini memang ohsem!

Hubungi saya untuk konsultasi atau pertanyaan atau order untuk Set Kehamilan Shaklee.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia untuk penghantaran melalui pos ke seluruh kawasan.

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran.

Hubungi Nusaybah Anuwar – 019 3832656

3,717 total views, 11 views today

One Thought on “MERBAHAYAKAH ANEMIA PADA IBU HAMIL YANG MENGHIDAP TALASEMIA

  1. Pingback: CARA MENGATASI ANEMIA SEMASA MENGANDUNG | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation