MEMAHAMI BAHASA DAN TANGISAN BAYI

DUNSTAN BABY LANGUAGE – DBL

Satu sistem yang mengajar ibu bapa untuk memahami dan mentafsir makna tangisan bayi. Sistem ini meliputi 5 jenis “bunyi rutin” yang digunakan semua bayi semenjak lahir, untuk mengungkapkan keperluan harian mereka: lapar, mengantuk, ingin sendawa (burp), ketidakselesaan dan kembung perut.

“Bunyi-bunyi” ini terhasil akibat tindakan refleks. Contohnya, apabila bayi merasa lapar, iaitu apabila paras glukosa dalam badannya menurun, sistem dalaman bayi akan memulakan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. Apabila bunyi ditambah kepada tindakan refleks ini, bunyi yang mewakili keperluan lapar akan terhasil.

Kajian selama lebih 10 tahun yang dilakukan oleh Priscilla Dunstan terhadap lebih 1000 orang bayi dengan lebih 30 jenis kerakyatan, latar belakang, keturunan dan bahasa ibunda mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yang sama!. Ternyata bunyi ini bersifat universal dan kajian ini dipatenkan sebagai – THE DUNSTAN BABY LANGUAGE.

newborn baby crying

Bagaimana Dunstan Words dihasilkan?
Menangis adalah bentuk komunikasi asas (primary) bayi (malahan, satu-satunya cara bayi baru lahir “berkomunikasi”).

Asasnya, penting untuk MENDENGAR TAHAP PRE-CRY BAYI SEBELUM TANGISAN MELALAK (HISTERICAL CRY) DIHASILKAN KERANA PRE-STAGE VOCAL YANG TERKANDUNG DALAM TAHAP PRE-CRY AKAN TENGGELAM DALAM JERITAN BAYI dan apabila tiba di tahap ini, menyukarkan ibu bapa memahami kehendak bayi apatah lagi untuk menenangkannya. Try & Error itu perkara biasa. Beberapa kali dengar DVD contoh-contoh lima jenis tangisan berulang kali terbukti Berjaya meningkatkan daya kuasa pengamatan deria dengar saya sekaligus dapat meningkatkan keupayaan membezakan makna setiap tangisan.

SEDUTAN ARTIKEL DI UTUSAN ONLINE

Setiap tangisan bayi adalah berbeza dan ia bersifat universal yang terhasil akibat tindak balas dari dalam badan. Apa yang mereka tahu hanyalah meneliti dan melihat daripada pergerakan fizikal ataupun masa.

Contoh 1 :

Sekiranya anak menangis sambil tangannya menggosok mata, itu tandanya si bayi sedang mengantuk Sekiranya anak itu menangis sambil mulutnya tercari-cari sesuatu itu tandanya dia lapar.

Sebenarnya, setiap tangisan bayi mempunyai makna di mana tangisan yang dihasilkan sekiranya diteliti dan didengari dengan betul, ia memang berbeza-beza.

Menurut Perunding Dunstan Baby Language Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd. Habib, tangisan bayi yang berusia 0 hingga 5 bulan merupakan cara mereka komunikasi.

Tambahnya lagi, apabila bayi menangis itu tandanya mereka berkomunikasi untuk diberikan perhatian malah ketika itu jugalah mereka menyatakan sama ada mereka lapar, mengantuk, sakit, ataupun kebasahan.

“Selama ini ibu bapa mungkin tidak mengetahui tangisan adalah komunikasi antara seorang bayi dengan ibu bapa mereka. Melalui tangisanlah mereka menyatakan mereka lapar, mengantuk, sakit, ataupun kebasahan dan tidak ketinggalan melalui tangisan juga mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Dan sekiranya diperhati dan didengar dengan betul, setiap tangisan yang dihasilkan adalah berbeza-beza. Setiap tangisan itu mampu membuatkan ibu bapa tahu apa kehendak bayi mereka,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Uswatun lagi, bagi ibu bapa yang berpengalaman, tangisan bayi mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah kerana mereka sudah mengetahui apa kehendak bayi mereka.

Namun apa yang menjadi masalah ialah pasangan yang baru pertama kali menjadi ibubapa. Tanpa ilmu, mendengar tangisan bayi boleh menjadi satu tekanan kerana mereka tidak tahu apa yang bayi minta dan mahukan.

Untuk itu, adalah penting bagi setiap ibu bapa mengetahui jenis tangisan bayi mereka agar tahu apa kehendak bayi mereka dan tidak membiarkan tangisan tersebut berlanjutan.

Katanya lagi, tangisan merupakan bunyi pra vokal yang dihasilkan sebelum mereka beralih ke fasa berikutnya seperti meniarap, bercakap, dan berjalan.

“Setiap tangisan bayi adalah berbeza dan ia bersifat universal yang terhasil akibat tindak balas dari dalam badan. Apabila bayi merasa lapar, paras glukosa dalam badannya menurun dan sistem dalaman bayi melakukan gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan. seterusnya apabila bunyi ditambah kepada tindakan balas (sucking reflex), terhasillah bunyi lapar,” tuturnya lagi.

Terdapat lima bunyi rutin tangisan bayi dalam menyatakan keperluan harian mereka seperti lapar (neh), mengantuk (owh), sendawa (eh), ketidakselesaan (heh), dan masalah kembung perut (eairh).

Bagi memahami dan mempelajari jenis-jenis tangisan bayi ini, ibu bapa boleh belajarnya melalui Dunstan Baby Language. Ulas Uswatun, Dunstan Baby Language adalah sistem pertama di dunia mengajar ibu bapa mengenali makna tangisan bayi secara tepat.

Kajian penyelidikan lebih 10 tahun oleh pasukan berpangkalan di Sydney, Australia itu disokong menerusi kaji selidik, Independence Research Studies yang dijalankan pada 2006 dan 2007 di Australia, Amerika Syarikat, dan United Kingdom. Kajian berkenaan membabitkan 1,000 bayi daripada 30 jenis kerakyatan, latar belakang, etnik, dan bahasa dan ia pertama kali diperkenalkan menerusi rancangan popular, The Oprah Winfrey Show.

Hasil kajian menunjukkan kesan positif terhadap kualiti ilmu keibubapaan dengan 90 peratus ibu bersetuju Dunstan Baby Language membantu mereka menangani masalah tangisan anak segera dan mengelakkan masalah bayi digoncang. Manakala, dua daripada tiga bapa melaporkan menjalani kehidupan positif, kurang tertekan, dan mula tahu cara mengendalikan bayi bersama pasangan selepas mengamalkan produk berkenaan.

Lebih daripada 70 peratus ibu bapa turut mendapati diri mereka berkeyakinan, tenang, dan terkawal menjalani kehidupan harian. Selain itu, 50 peratus ibu merasakan hubungan ibu dan anak berlangsung lebih hebat serta kualiti tidur terkawal.

Jadi kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan cakera video digital (DVD) Dunstan Baby Language atau maklumat lanjut mengenainya boleh hubungi Uswatun di talian 012-6724705 atau layari www.dunstanbaby.com.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130919/ke_03/Makna-tangisan-bayi#ixzz3G1228OBQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

SEDUTAN ARTIKEL DI HARIAN METRO

Apabila bayi mena­ngis, ibu atau bapa akan terus bertindak bagi memastikan bayi menghentikan tangisan.

Walaupun sudah melakukan pelbagai cara seperti menukar lampin atau memberi susu, bayi masih merengek seperti berada dalam keadaan kurang selesa. Ada pula sesetengah pendapat mengatakan bayi terkena gangguan makhluk halus menyebabkan dia menangis tanpa henti.

Bagi meredakan tangisan, apa yang sering dilakukan ibu ialah memberikan susu badan kepada bayi mereka. Namun bukan semua tangisan menandakan isyarat bayi lapar, mungkin si kecil menghadapi pelbagai kemungkinan seperti kembung perut, panas, penat, tidak selesa akibat ruam, demam dan selesema.

Apa yang perlu diketahui, tangisan adalah cara komunikasi pertama dikuasai bayi. Dengan tangisan, bayi menyampaikan keinginan dan keperluannya secara efektif.
Tidak hairan jika bayi menghabiskan banyak masa dengan menangis. Dalam buku Your Child’s Body Language, Dr Richard Woolfson menjelaskan, tangisan bayi mempunyai erti berbeza. Setiap jenis ta­ngisan menyampaikan pesanan tertentu untuk ayah dan ibu.
Walaupun ramai ibu di seluruh dunia sedar tangisan bayi mempunyai maksud tertentu, kebanyakannya terutama ibu muda masih berteka-teki mengenai maksud tangisan sebenar sama ada lapar, mengantuk atau sakit sebaliknya menggunakan pelbagai teknik sekadar mencuba untuk menenangkan bayi.

Apa yang menjadi masalah, tindakan mencuba ini akan menimbulkan pelbagai reaksi sama ada positif atau negatif. Kemungkinan bayi akan menangis lebih lama dalam nada yang kuat manakala jika tekaan ibu tepat mengenai punca bayi menangis, kemungkinan bayi dapat ditenangkan.

Namun laporan daripada Universiti Miami yang mengatakan tidak kurang 1,500 kes sindrom bayi meninggal akibat goncangan kuat secara ganas oleh orang dewasa yang kecewa dan tertekan berhadapan tangisan bayi, amat menakutkan. Di Amerika Syarikat, satu kematian bagi setiap empat bayi disebabkan punca yang sama, selebihnya menderita kerosakan otak yang kronik dan kekal.

Saban hari Malaysia juga tidak sunyi daripada berita penderaan atau pengabaian bayi. Majoritinya disebabkan tekanan berhadapan tangisan bayi sama ada oleh ibu
berkerjaya, bapa atau pembantu rumah. Namun tiada statistik dilaporkan berikutan pendedahan dan tahap kesedaran yang amat rendah di Malaysia.

Menurut Pendidik Bahasa Bayi, Dunstan Baby Language Malaysia, Uswatun Hasanah Mohd Habib, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, sebaliknya satu cara komunikasi bagi bayi menyampaikan keinginan mereka. Tangisan ini adalah bahasa sejagat di seluruh dunia.

Buktinya, Priscilla Dun­stan iaitu wanita pertama yang memperkenalkan program Dunstan Baby Language membuat kajian selama lapan tahun dari 1998 sehingga 2006 untuk mengetahui jenis dan maksud tangisan bayi. Dia menjalankan kajian ke atas lebih 500 bayi di Amerika Syarikat dan Australia. Hasil penelitian ini menunjukkan semua bayi mempunyai bahasa yang sama walau di mana mereka berada. Malah ia terjadi disebabkan tindakan luar kawalan dan bukan dipelajari sendiri oleh bayi.

Uswatun yang mula tertarik mengenai kaedah memahami tangisan bayi selepas melahirkan anak pertama, Izz Aydan Arez Amizamzuri memberitahu, dia terus mendapatkan cakera padat menerusi dalam talian dan mula mengkaji satu persatu jenis tangisan dan maknanya sebelum mencubanya pada anak sulungnya.

“Hasilnya sangat menggembirakan kerana selepas mempelajarinya, saya lebih mudah mengetahui apa yang bayi inginkan sama ada lapar, kembung atau tidak selesa. Keadaan ini memberikan kualiti masa terbaik kepada saya dan suami kerana kami tidak perlu berjaga malam terlalu lama. Malah ketika memandu bersama anak dari Bangi ke Ampang, apabila bayi menangis saya tidak panik kerana sudah tahu apa yang dia inginkan,” jelasnya yang turut menggunakan kaedah sama untuk anak kedua, Kal Aydin Shaq yang kini berusia setahun.

Kaedah mengenali tangisan bayi mengajar ibu bapa memahami tangisan sebaik saja bayi dilahirkan sehingga berusia empat bulan. Ia mengkategorikan bahasa bayi kepada lima bunyi iaitu Neh, Owh, Eh, Eairh dan Heh.

1. Neh adalah bahasa bayi Dunstan untuk menzahirkan rasa lapar dan bahasa ini akan keluar dari mulut bayi untuk memberitahu kepada ibu yang dia lapar. “Untuk mengenali bunyi ini, bayi akan menggunakan bahasa bayi Neh dengan beberapa kombinasi suara dan gerakan lidah bayi di bahagian langit-langit mulut. Bersama bunyi, bayi akan menggerak-gerakkan kepala ke kiri dan kanan sambil menjilat bibir atau menghisap tangannya. Apabila mendengar bayi menangis seakan bunyi Neh, ibu boleh menyusukan bayi mereka,” katanya.

2. Sekiranya bayi menangis sambil membunyikan Owh, ia adalah bahasa untuk menunjukkan rasa mengantuk. Ini diikuti tindakan bayi menguap dan pergerakan mulut berbentuk bujur. Ada juga bayi yang menggaru mata, menarik cuping telinga dan menggeliat bagi menunjukkan rasa mengantuk. “Selepas mengetahui bayi anda mengantuk, ibu boleh menidurkan anak dengan mudah tanpa perlu melakukan perkara lain terlebih dulu,” ujarnya.

3. Eh pula adalah bahasa bayi yang membawa maksud bayi minta disendawakan. Bunyi ini terjadi disebabkan berlaku kontraksi pada bahagian dada untuk mengeluarkan angin menerusi mulut. Jika dibiarkan, angin akan menekan ke bawah dan menimbulkan rasa sakit. “Bagi melihat dengan jelas keadaan bayi, biasanya bayi akan menggeliat ketika dibaringkan. Dada bayi menegang dan selepas disusukan biasanya mereka akan menangis tanda tidak selesa,” ujarnya.

4. Bagi ibu muda, tangisan berpanjangan diikuti bunyi Eairh menandakan ketidakselesaan pada perut atau kembung. Ini dapat dilihat apabila semua bahagian tubuh menjadi tegang dan kaku. Ada juga bayi mengangkat kaki ke arah perut diikuti tangisan yang semakin mengeras.

5. Heh adalah bahasa bayi daripada Dunstan yang bererti bayi berada dalam keadaan panas, sejuk, ruam atau lampin basah. Suara Heh kedengaran sangat jelas dan bayi biasanya akan berhenti menyusu apabila berasa tidak selesa.

Menurut Uswatun, ibu bapa perlu memahami tangisan bayi selepas dilahirkan sehingga dia berusia empat bulan kerana tempoh ini kritikal bagi ibu bapa menumpukan perhatian kepada bayi mereka. Selepas berusia empat bulan, lama-kelamaan tindakan luar kawal ini akan hilang dengan sendiri dan bayi akan menghasilkan bunyi tangisan berbeza.

“Terutama bagi wanita yang baru bergelar ibu, mereka masih belum memahami punca bayi menangis. Ini menyebabkan mereka memberi susu sedangkan bayi menangis berpunca daripada pelbagai perkara,” katanya.

Uswatun menjelaskan, mengenali tangisan bayi dapat mengurangkan tekanan kepada ibu berkerjaya kerana masa yang digunakan untuk meredakan tangisan bayi akan menjadi lebih singkat. Malah teknik ini boleh diajar kepada pembantu rumah supaya mereka lebih memahami apa yang perlu dilakukan ketika bayi menangis.

Daripada kajian ke atas 1,000 bayi daripada 30 bangsa berbeza, sembilan daripada 10 ibu di dunia memberikan maklum balas positif terhadap teknik ini. Kira-kira 70 peratus ibu ini melaporkan mereka menjadi lebih positif dan berkeyakinan melayan kerenah anak manakala dua pertiga daripada responden mengakui hubungan suami isteri menjadi lebih positif dan tekanan emosi semakin berkurangan.

“Ini menunjukkan me­ngenali maksud tangisan bayi dapat merubah kehidupan wanita terutama ibu menjadi lebih positif dan bermakna. Malah bayi menjadi lebih ceria kerana kurang menangis dan membesar dalam keadaan sihat,” katanya.

Uswatun yang berkelayakan dalam bidang bahasa bayi memberitahu, dia kini menjalankan taklimat dan latihan mengenai topik Mentafsir Makna Tangisan Bayi Dengan Tepat kepada pihak hospital, pusat jagaan kanak-kanak dan ibu-ibu yang ingin mendalami maksud tangisan dengan betul.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut me­ngenai tangisan bayi, boleh melayari laman sesawang www.dunstanbaby.com atau e-mel blushing83@yahoo.com.sg.

 

4,172 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation