MANFAAT LECITHIN YANG SEMUA IBU MENYUSU PATUT TAHU

Sebut pasal bengkak susu memang terbayang sore breast, plugged duct dan payudara yang menegang dan menyakitkan. Kesemuanya berkaitan susu yang merajuk tak mahu keluar setelah beberapa hari penghasilan melebihi permintaan, tetapi tidak diendahkan.

Teringat dulu masa mula-mula jadi ibu kepada Nasuha, memang keterujaan nak menyusukan dia dengan susu badan sendiri buat saya selalu mencari ilmu-ilmu berkaitan penyusuan. Teruja sangat nak lihat hasil susu yang diperah dalam botol-botol storage yang comel-comel belaka.

plugged ducts atau bengkak susu sering terjadi kepada ibu selepas bersalin kerana ibu masih berada dalam fasa penyesuaian akibat perubahan hormon

 

 

 

 

 

 

Kebiasaannya selepas selesai berurut, memang breast akan mula padat dan keras menegang. Ia memberi signal memberitahu bahawa kilang susu sudah mula bekerja, susu sudah mula terhasil dengan banyak dan menunjukkan dirinya hari demi hari. Memang sudah semakin banyak dan mencurah-curah sampai sakit demam segala.

Ya, memang secara fisiologi susu akan mula banyak 3 hingga 5 hari selepas bersalin, sekitar seminggu awal kelahiran bayi.

Pada suatu ketika saya merasakan breast sangat tegang, berat dan sensitif, tetapi sangat sakit apabila disentuh. Baby pulak sampai tersedak, berada dalam lena yang panjang sebab terlebih kenyang. Penawaran melebihi permintaan. Breast belum dapat adjust perubahan hormon dan keperluan sebenar yang bayi perlukan dari ibunya. Sedangkan waktu itu, ibu pun sedang dalam fasa nak menyesuaikan diri dengan alam baru bergelar seorang ibu, serta sedang memperkemas skill menyusukan bayinya lebih-lebih lagi jika ini adalah kali pertama menjadi ibu.

Saluran di payudara adalah jaringan kompleks yang membawa susu daripada tisu-tisu yang dibuat untuk disalurkan ke puting ibu. Duktus susu berperanan sebagai straw panjang yang membawa susu di mana pada akhir hujung puting nanti, ia akan mengalirkan susu ke dalam mulut bayi pula. Keadaan ini sekiranya dibiarkan akan menyebabkan berlakunya penyumbatan.

sore breast adalah salah satu simptom yang sering terjadi semasa menyusukan bayi

 

 

 

 

 

 

 

Tisu di sekitarnya akan menjadi bengkak, menjadi radang dan akan menekan saluran duktus susu, seterusnya menyebabkan ibu mengalami kesakitan. Lebih membimbangkan jika radang ini mendapat jangkitan kerana ia boleh menyebabkan ibu mendapat demam. Orang tua dulu-dulu menyebutnya sebagai “barah susu”.

Kejadian duktus susu yang tersumbat ini juga boleh berlaku jika payudara anda tidak dikosongkan secara konsisten atau susu tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya.

Lecithin has been recommended to combat recurrent plugged ducts. The usual recommended dosage for recurrent plugged ducts is 3600-4800 mg lecithin per day, or 1 capsule (1200 milligram) 3-4 times per day. After a week or two with no blockage, mom can reduce the dosage by one capsule. If there is no blockage within another 2 weeks she can reduce it again by one. Mom may need to continue taking 1-2 capsules per day if stopping the lecithin leads to additional plugged ducts.

Lecithin is a very common food additive, and is found naturally in many other foods. There are no known contraindications to its use by breastfeeding mothers.

Lecithin ialah bahan berupa lemak yang sangat disyorkan untuk mengatasi masalah duktus susu tersumbat yang sering berulang. Dos biasa yang disyorkan adalah antara 3600-4800 mg lecithin sehari, atau bergantung dengan kandungan dalam setiap kapsul, 2 hingga 3 kali sehari. Selepas satu atau dua minggu di mana apabila simptom tersumbat telah semakin reda, ibu boleh mengurangkan dos sedikit demi sedikit.

Jika keadaan semakin baik, dalam tempoh sekitar 2 minggu lagi bolehlah dikurangkan lagi satu demi satu. Ibu mungkin perlu terus mengambil 1-2 kapsul sehari jika sekiranya apabila pengambilan dihentikan, ia akan yang menyebabkan masalah pembengkakan dan penyumbatan susu tersebut berulang semula.

Lecithin adalah makanan tambahan yang biasa, dan terdapat secara semulajadi dalam banyak makanan lain seperti kuning telur, kacang soya, bijirin gandum, yis dan sumber kekacang. Tidak terdapat percanggahan atau larangan yang diketahui sekiranya penggunaannya boleh mengganggu dan menjejaskan penyusuan ibu.

Dalam industri pembuatan makanan, lecithin digunakan sebagai bahan tambahan yang berfungsi sebagai pengemulsi, pemekat, penstabil, pengawet dan pelembap yang kebiasaanya digunakan dalam kek, puding, cookies, karamel, gravy dan dressing pada salad.

kuning telur adalah salah satu sumber semulajadi lecithin yang berperanan sebagai penstabil dalam kek dan cookies

 

 

 

 

 

 

Lecithin Shaklee diekstrak daripada kacang soya organik (bukan GMO), di mana setiap kapsul mengandungi 518 mg lecithin soya termasuk 80 mg kolin dan 48 mg inositol.

Lecithin berfungsi untuk mengawal keluar masuk nutrien sel (neurotransmitter) yang disebut pembentuk acetyl-colin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. Ia mengandungi kolin yang merupakan sebahagian daripada lecithin yang dapat membantu proses pembentukan sel saraf. Lecitin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah keradangan.

Selain itu, lecithin juga bertindak sebagai pelarut kepada lemak-lemak di dalam tubuh seperti kolesterol, triglycerides serta juga lemak-lemak jahat yang lain. Oleh sebab itu, ia berupaya membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, serta penyakit berkaitan hati dan arteri jantung. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sekitar 6000 – 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

Saya memang ambil 2-6 biji sehari lecithin sesuai dengan keperluan badan yang jarang-jarang dapat memenuhi keperluan nutrisi. Memang lepas tu susu lancar dan yang lagi best, lemak-lemak pun semua pecah dengan jayanya. hehehe. memangkah tersangat best..best..best.

Bukti? Saya dengan mudah dapat menurunkan berat badan semula selepas bersalin, tak sempat pening-pening nak pergi slimming center pun.. :)

Lagi kisah tentang bagaimana saya mengharungi bengkak susu bersama lecithin yang diutuskan untuk menjadi hero. :)

Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak) yang tidak diperlukan selain menjaga kesihatan organ hati dan jantung juga.

Tahukah anda bahawa lecithin sudah terbukti boleh membantu menurunkan berat badan?

Ya. Ianya benar. Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (memecahkan lemak) serta kolesterol jahat yang tidak diperlukan tubuh.

Sebab kenapa sejak kenal dengan lecithin, ia kini dah jadi dan sentiasa akan jadi antara suplemen wajib ada di rumah! :)

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma.

Pengedar Shaklee Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya :

Nusaybah Anuwar  019-3832656

Sumber Rujukan :

  1. http://www.todaysparent.com/baby/breastfeeding/breastfeeding-how-to-prevent-and-treat-plugged-ducts/
  2. http://kellymom.com/nutrition/vitamins/lecithin/
  3. http://www.drugs.com/breastfeeding/lecithin.html

878 total views, 4 views today

One Thought on “MANFAAT LECITHIN YANG SEMUA IBU MENYUSU PATUT TAHU

  1. Pingback: PETUA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation