MAKANAN YANG BAGUS UNTUK BANTU ANAK YANG KERAP SEMBELIT

Lagi-lagi isu sembelit. Daripada baby, budak kecil sampailah ke ibu mengandung dan warga emas. Memang azab rasanya bila nak tunaikan hajat tapi tiba-tiba terhalang dan sakit begitu.

Biasa saya dengar emak ayah yang terpaksa “bantu” anaknya mengeluarkan sisa kumuh dengan memasukkan jari. sedangkan membuang air besar itu adalah suatu fitrah, yang semua orang buat tak perlu disuruh atau diajar, tak kiralah bayi atau orang tua nyanyuk sekalipun.

Sembelit pada kanak-kanak

Sembelit berlaku apabila najis di bahagian bawah usus ditekan oleh otot dan mengganggu proses pengeluaran najis. Semakin lama najis itu tersangkut di situ dan tidak dapat dikeluarkan, ia akan menjadi keras dan kering sehingga akhirnya kanak-kanak yang mengalaminya akan berasa sakit untuk membuang air besar.

Antara punca paling famous yang diakui oleh ibu bapa kanak-kanak yang mengalami masalah ini ialah kekurangan air, serat dan nutrisi yang cukup di dalam badan.

Tak makan sayur, kurang minum air, jarang makan buah. Semua yang tersenarai itulah punca!

Ibu bapa perlu tahu bahawa proses awal pengenalan makanan pejal kepada bayi amat penting kerana pada waktu itu bayi perlu didedahkan dengan pelbagai kategori makanan mengikut piramid makanan. Pemberian jumlah makanan mengikut saranan piramid makanan membantu kanak-kanak mendapatkan khasiat yang cukup. Apabila air tidak cukup, makanan yang diambil adalah terlalu pejal, pejal semata-mata dan menyebabkan apabila sampai ke usus, air menjadi kurang. Badan bertindak menyimpan air, jadi akan menarik air pada bahagian bahan buangan, sebab itu najis akan menjadi semakin keras.

Dr. Mahani Harun – pakar perunding Pediatrik, KPJ

Apa yang menjadi masalah besar ialah, apabila najis keras bayi akan berasa sakit untuk membuang najis. Apabila itu berlaku, bayi akan tahan untuk tidak membuang najis sehingga beberapa hari kerana mereka tahu jika berbuat demikian akan berasa sakit dan ini mengundang masalah lain pula.

Antara tanda-tanda yang boleh diperhatikan pada anak ialah kelihatan resah dan sering menangis ketika hendak membuang air besar. Kalau yang dah pandai cakap dan free pampers, mereka biasanya akan kerap mengadu sakit dan kelihatan meneran setiap kali di tandas. Najis yang keluar pula akan kelihatan kering, berbiji, berketul-ketul dengan bau yang sangat kuat.

Sembelit bukanlah suatu penyakit, tetapi awas, ia boleh menjadi gejala yang boleh menyebabkan anak kita trauma untuk ke tandas sehingga melibatkan kita sekali.

Yes, sebab kena tolong dia “qada hajat” sampai selesai. huwaaaa!!

Mari kita tengok testimoni visual ini :

Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

Allah.. Allah.. kesian sangat kan?

Sembelit tidak ada rawatan yang khusus, namun kanak-kanak yang sembelit dinasihatkan supaya mengambil jumlah air dan serat yang tinggi seperti makan epal dan betik serta sayuran hijau. Bagi rawatan segera, kanak-kanak sembelit akan diberikan ubat untuk memudahkan mereka membuang najis selain ubat tahan sakit bagi mengelakkan mereka berasa sakit di bahagian tempat keluar najis.

Mealshakes – penyelamat terbaik ibu!

mealshakes shaklee multivitamin serbuk yang lengkap dengan nutrisi untuk kanak-kanak

Juga digelar sebagai multivitamin serbuk untuk kanak-kanak. Mengandungi al-manna atau arabic gum yang sangat bagus untuk membantu kelancaran sistem penghadaman dan pencernaan.

Amat mudah diberikan kepada anak kesayangan ibu hanya dengan membancuhkannya ke dalam susu anak. Rasanya pula amatlah sedap! Natural vanila. :)

Bagi anak-anak yang tidak suka makan sayur pula, Vitalea for Children ini adalah jawapan terbaik!

vitalea-for-children-shaklee

Mengandungi 100% kandungan vitamin C, D, E dan kesemua elemen vitamin B yang lengkap

Mengandungi 200 mg kalsium, magnesium dan zink

Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang menghalang pembentukan kavity dan plak pada gigi

Tanpa pemanis, pewarna atau perasa tiruan

Gluten free – perasa anggur semulajadi yang sedap!

Memang sesuai sangatlah untuk anak-anak yang dalam kategori picky eater dan tak suka makan sayur tu. Mak ayah pun tak payah pening-pening lagi dah nak kasi settle sebab rasa dia memang sedap ok, seriously!

Kalau anak-anak saya, masing-masing suka sangat dengan air isotonik perisa oren ni. Boleh bancuh suka hati banyak mana, boleh minum setiap hari.

Inilah peneman setia kalau budak-budak pergi berjalan yang buat banyak peluh keluar atau tengah muntah dan cirit-birit.

Boleh maintain air dalam badan dan memastikan tubuh sentiasa terhidrat gitu!

performance-drink-shaklee

Ramai yang tidak sedar tentang komplikasi buruk sembelit ini.

Ia sebenarnya bukan setakat menyebabkan bayi atau kanak-kanak merasa fobia untuk membuang air besar dan hilang selera makan kerana perut dirasakan seperti sudah penuh. Masalah sembelit yang berlaku terlalu lama juga menyebabkan najis akan bertakung dalam badan dan apa yang berlaku kencing akan menjadi tidak lawas dan memudahkan jangkitan kuman kepada pundi kencing pula.

Ini boleh berlaku kerana apabila kanak-kanak mula berasa sakit untuk membuang air besar, mereka enggan makan kerana apabila makan mereka akan membuang air besar sekaligus akan berasa sakit.

Kesian kan.

Jangan biarkan sembelit terus mengganggu dan menghantui anak kesayangan kita.

Dapatkan set vitamin sembelit hari ini juga.

Order sekarang!

Pengedar sah Shaklee untuk penghantaran seluruh Malaysia

Konsultasi dan panduan pemakanan diberikan PERCUMA

Nusaybah Anuwar – 019 3832656

932 total views, 6 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation