MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KURUS?

Harapkan makanan tambahan utk kurus? Utk diet? Sihat semulajadi? Susu bdn bnyk?

Tak ada masalah dgn mana-mana suplemen atau makanan tambahan TAPI jgn terlalu bergantung kpd produk sbb kesemuanya juga bkn produk ajaib. Pastikan diet keseluruhan dah baik, lifestyle yg sihat, kehidupan yg cergas & kemudian gabungkan dgn makanan tambahan. Barulah berkesan. Barulah dpt hasil yg tip top! Kita yg mengamalkan pun pasti akan rasa puas hati..

Bila diperhatikan balik pun..konsep yg sama juga dgn penyusuan.

Kalau ada yg tanya sy nak beli alfalfa Shaklee sbb susu badan kurang, sy pun tak mau senang2 jual walopun senang2 je luak stok dlm almari hikmat. Ye, mmg tak sudi sbb sy perlu tahu dulu jadual pumping mcmana, minum brp liter air sehari, sebab ia bkn solution utk banyakkan susu sebaliknya ia sekadar membantu meransang penghasilan susu dgn syarat prinsip asas penyusuan wajib dipatuhi!

Kena control dulu gaya hidup utk berjaya diet sihat & kena patuh dulu rules supply vs demand utk berjaya dlm penyusuan susu ibu!

See.. Sama kan? Tak ada jln mudah utk dpt apa yg kita mahukan. Apa yg penting cuma faham konsepnya. Then, for sure it will work for you..

Suatu hari.. kita pasti mampu tersenyum krn kejayaan jd kurus dgn sihat & susu badan yg meriah, kedua-duanya adalah milik kita!

Kita dgr apa kata Cikgu Fitness Malaysia ni…

250_jom_kurus__54030

Apa yang Kevin Zahri kata ?

Dalam kebanyakan seminar-seminar dan email soal-jawap tentang diet, berikut adalah antara mistake yang sering diulang. Kesilapan berikut TIDAK akan membantu anda kurangkan berat badan. Jadi pastikan anda tidak amalkan mistake berikut.

    1. Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
    2. Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda.
    3. Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu
    4. Elak nasi. Saya sendiri pun makan nasi 2x sehari. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebihkan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan
    5. Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
    6. Harapkan makanan tambahan. Herbalife anyone? Tiada masalah dengan Herbalife atau mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan dah baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.

herbalife? Saya tiada masalah dgn penggunaan herbalife atau mana2 produk meal replacement. Tapi ia juga makanan dan bukanlah produk ajaib. Cuma kosnya tidak munasabah untuk penggunaan jangka masa panjang di Malaysia. Saya prefer whey protein – lebih ekonomi.

  • Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
  • Elak makanan tempatan. Saya sendiri pun makan di mamak hari-hari. Gaya hidup saya sememangnya Malaysian. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
  • Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
  • Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.

 

 Credited to : http://kevinzahri.com

1,616 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation