MAKANAN HARUS ELAK DAN BAGUS DIMAKAN OLEH PESAKIT FIBROID

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus atau rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an (tahun-tahun kesuburan wanita).

Ia juga boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin di mana ia secara fizikalnya adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Pada kebiasaaannya fibroid bermula sebagai ketumbuhan dan kemudiannya membesar secara perlahan-lahan tanpa simptom yang jelas. Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi kerana ia merupakan penyebab utama bagi pembedahan pembedahan mengeluarkan fibroid dan membuang rahim.

Siapa yang berisiko ?

Mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat fibroid.

Sekitar 25 % pesakit fibroid yang merasai simptom-simptom termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang sangat banyak, rasa sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid.

Jika wanita tersebut mengandung, fibroid boleh menyebabkan komplikasi seperti keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan luar biasa yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan (terdapat sel kanser), apabila ianya terlalu besar atau membesar dengan sangat cepat.

Wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka. Bagaimanapun mereka yang terlibat perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan nasihat rawatan selanjutnya.

Ramai wanita tidak sedar bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu telah mencapai usia menopaus.

Walaubagaimanapun, ada kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

Inilah antara sebabnya menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid adalah tanpa simptom. Jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh hinggap atau melekat pada organ-organ lain, ia akan mengundang mudarat dan menyakitkan.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur

Dr. Salleh Mohd. Yatim

Makanan yang boleh mengecutkan fibroid

1. Makanan anti-estrogen

Pastikan mana-mana atau apa jua produk yang diambil adalah organik dan semulajadi bagi mengelakkan terdapatnya kandungan bahan kimia dan toksin (xenoestrogen)

2. Makan lebih banyak makanan yang tinggi kandungan serat

3. Makanan yang mengandungi karotin semulajadi seperti aprikot, sweet potatoes, tembikai, lobak merah, labu dan bayam.

4. Makanan yang kaya dengan vitamin E seperti badam, germs, gandum, kacang hazel dan minyak ikan

5. Minuman teh hijau yang mengandungi anti-oksidan polifenol yang boleh mengawal kesan-kesan dan simptom estrogen.

Ambil tahu tentang makanan yang tinggi kandungan polifenol yang berasal daripada tumbuhan. Kajian menunjukkan polifenol berupaya membantu menurunkan paras hormon estrogen di dalam darah.

Baca Juga : Vivix satu-satunya sirap anti-oksidan yang mengandungi kombinasi resveratrol dan polifenol yang telah mendapat hak paten!

6. Makan makanan yang mengandungi agen anti-radang seperti herba rosemary dan nenas.

7. Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang mempunyai fungsi detoks hati dan boleh menyahtoksik darah seperti :

  • bawang putih
  • lobak merah
  • arthichokes
  • ubi bit
  • brokoli
  • kobis
  • pak choy
  • kale
  • sengkuang
  • lobak putih

Baca : DTX Complex agen detoks yang berkesan elak kanser hati

Makanan yang harus dielakkan oleh pesakit fibroid

1. Apa jua makanan yang secara semulajadinya boleh meningkatkan paras hormon estrogen atau mengitar semula estrogen ke dalam bentuk yang lebih agresif :

  • daging merah
  • alkohol
  • keju
  • krim
  • mentega
  • kafein
  • aiskrim
  • coklat

2. Susu penuh krim. Gantikan ia dengan susu rendah lemak

3. Elakkan makanan yang mengandungi unsur soya kerana ia terkandung phytoestrogen. Soya organik dan Non-GMO adalah rendah risiko.

Baca Juga : Kenapa ESP tak sama dengan jenama soya lain yang banyak terdapat di pasaran.

4. Elakkan makanan yang dibungkus dalam bekas plastik kerana bahan plastik yang masuk ke dalam makanan akan mempunyai kesan terhadap estrogen.

Antara nasihat doktor dan pengamal perubatan yang sering diberikan ialah :

Ambil 1 jenis multivitamin dan multimineral yang baik.

Memeranjatkan! Kesan makan vitamin bertahun-tahun pada wanita ini buat ramai yang terkejut

Ambil suplemen omega-3 yang boleh mengawal paras hormon wanita.

Omega Guard, minyak ikan yang sentiasa sold out dan mendapat permintaan ramai!

Ambil soya isoflavones sebanyak 50-100 mg sehari.

Segalanya tentang minuman soya ESP Shaklee yang ramai belum tahu

Ambil tambahan herba semulajadi keladi liar yang boleh membantu mengurangkan pendarahan berlebihan.

Sel garam kalsium florida dan makanan tambahan silika boleh membantu mengecutkan sel fibroid.

Bagi wanita yang telah sampai ke fasa menopaus, segeralah mendapatkan rawatan kalau-kalau mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.

Sebagai suami pula, berikanlah sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuklah bab hubungan suami isteri.

Lakukanlah ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser serviks dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga satu petanda berbahaya bagi wanita.

Baca : Kenapa Wanita disuruh buat Ujian Pap Smear sekurang-kurangnya setahun sekali?

Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang, nutrisi yang cukup serta senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya.

Sakit itu mahal. Hargailah ia ketika masih sihat.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

79 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation