HITAM PUTIH KEHIDUPAN, KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN!

Faktor pemakanan banyak mempengaruhi gaya hidup kita. Perut kita bukanlah seperti bakul sampah yang boleh dimuatkan dgn apa-apa sahaja yg kita selerakan.

Semua makanan yang disumbat ke dalam perut akan melalui berbagai-bagai tindakbalas kimia yg kompleks. Mana-mana bahan komponen yg tidak boleh dihadam dan dikumuh oleh mekanisma tubuh akan disimpan dlm badan sbg sisa. Sisa itu tadi lama kelamaan akan mereput dan bertukar menjadi toksin dalam badan.

Toksin itu pula akan dijelmakan dalam bentuk yg dipanggil sakit atau penyakit. Pada peringkat awalnya penyakit akan disignalkan dalam bentuk seperti pening kepala, sengal-sengal badan, bisa-bisa tulang, sakit urat dan lemah tubuh-badan. Semakin lama, ia akan semakin memudaratkan dan menyebabkan tubuh kita semakin tidak berupaya menanggung kesakitan. Ia ibarat bom jangka yang sedang menunggu masa untuk bertugas.

Keadaan tersebut akhirnya akan memberi siren dalam bentuk yang lebih kronik seperti kanser, kencing manis, masalah jantung, kegagalan buah pinggang, gout, gastrik, batu karang dan berbagai lagi. Pada peringkat ini sudah terlambat atau terlewat. Kos rawatan pada waktu itu juga sudah menjadi sangat tinggi.

Oleh itu pemilihan makanan yg betul dan sesuai dgn keperluan tubuh sangat penting dan harus dititikberatkan sejak awal lagi. Pelbagaikan warna dalam pemilihan makanan harian kita kerana setiap satunya mempunyai zat dan nutrien yg berbeza. Banyakkan makan makanan yang kaya dengan anti-oksidan kerana ia berfungsi meneutralkan radikal bebas dan membaikpulih sel-sel yg rosak.

UNGU

11066775_10152733112791938_6597898637431949551_n

Makanan ini mengandungi ‘anthrocyanins’, sejenis anti-oksidan yang kuat dan dapat menurunkan risiko penyakit jantung serta angin ahmar dengan mencegah berlakunya penbekuan darah. Antara makanan dalam kumpulan ini adalah ceri, terung, plam, prun, anggur ungu atau merah raspeberi, epal merah, kubis ungu, pir merah dan strawberi.

HIJAU

10574492_10152733112591938_800578175573369318_n

Bahan makanan berwarna hijau mempunyai bahan kimia semulajadi seperti ‘isothiocyanates’ yang dapat menghindari kanser – ianya terdapat pada brokoli, kubis, bunga kubis dan sawi hijau, ‘lutein’ dan ‘zeaxanthin’ yang dapat menghalang daripada terjadinya katarak – ianya terdapat timun (dengan kulitnya) kacang hijau, kacang buncis, pis hijau, cili benggala hijau dan bayam.

Kiwi pula kaya dengan vitamin C, ‘potassium’, serat, ‘phytochemicals’ dan ‘pectin’ yang mampu mengawal tahap kolesterol. Sebiji kiwi seberat 90 gram memberi 85 gram vitamin C, dua kali ganda daripada yang disyorkan untuk pengambilan seharian.

Asparagus dikatakan kaya dengan ‘folate’, ‘beta karotin’ dan ‘potassium’. ‘Folate’ amat penting untuk wanita hamil juga dapat mengawal ‘homocysteine’ yang dikaitkan dengan penyakit. Sayuran seperti saderi dan daun kucai pula kaya dengan ‘flavonoids’ yang dapat melindungi daripada terjadinya kerosakan sel.

KUNING

11071411_10152733112696938_1579566171532631970_n

Buah-buahan ini tergolong juga di dalam kumpulan jingga serta kaya dengan ‘beta crytoxanthin’, sejenis anti-oksidan yang melindungi sel daripada kerosakan. Antara makanan kategori ini adalah limau (oren), betik, pic dan nenas. Betik mengandungi dua kali ganda vitamin C berbanding buah limau (oren).

MERAH

11068389_10152733112836938_3552342963644237050_n

Semua makanan berasaskan tomato – termasuk sos tomato dan salsa – memberikan banyak ‘lycopene’, sejenis anti-oksidan yang dapat mencegah kanser khususnya kanser prostat. Turut berada dalam kategori ini adalah jambu batu, ‘grapefruit’ merah jambu dan tembikai. Cili juga merupakan sumber terbaik ‘beta karotin’ dan vitamin C. Ia lebih berkhasiat daripada cili Benggala, dan cili merah ada lebih ‘lycopene’ daripada cili hijau. Sebanyak 20 gram cili segar (anggara 2 tangkai) mengandungi 40 mg vitamin C, 100% daripada peruntukan makanan yang diperlukan dalam sehari. Selain daripada mengandungi ‘bioflavonoids’, cili juga meningkatkan kadar metabolik yang menambah penghasilan ‘endorphins’ daripada otak.

Subhanallah! Betapa hebatnya ciptaan Allah Yang Maha Besar. Dari tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, organ manusia serta seisi alam yang penuh dengan keajaiban. Hargailah dan sayangilah diri kita serta kesihatan yang telah dianugerahkan.

Variasikan warna dalam diet seharian kita. Tubuh kita tiada “spare part”. “Kita adalah apa yg kita makan!”

we-are-what-we-eat

Ingin dapatkan khasiat vitamin semulajadi yang terbukti berkesan dan selamat?!

Hubungi saya Nusaybah Anwar : 019-3832656

1,107 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation