MAK, SAYA RINDU MAK…

Dua hari MC semalam dan kelmarin, sempat menyusun atur semula rumah. Beberapa jenis perabot saya alihkan ke tempat lain sebagai salah satu terapi diri. Sesekali cerah mata melihat susun atur perabot di lokasi berbeza. Perasaannya seperti berada di rumah lain. :) Saya terjumpa beberapa bingkai gambar kenangan perkahwinan kami 4 tahun lalu.

Ingatan saya kembali pada Puan Hindon Bt Mat Idris. Seorang wanita cekal yang sempat hadir dalam hidup saya walau sekejap cuma. Dialah arwah ibu mertua saya yang saya panggil mak, yang kakak Nasuha beri gelaran opah.

#FLASHBACK.

Sekarang ni asik teringat mak. Dah lama tak balik kampung.

Kalau dulu setiap bulan mesti wajib balik. Nak nak kalau ade kenduri. Almaklum, kenduri kendara kampung makan semua best.. ada rendang tok kegemaran saya! Hari sabtu pulak kami akan ke pasar malam yang ada laksa best dekat menara condong. Bazar larut malam pun boleh tahan meriah dengan kain baju dan aksesori. Seterusnya, hari ahad kami ke pasar tani yang lokasinya dekat tapak yg sama jgk. Seronok!

Walopun umah mak bertema taman perumahan, feeling dia tetap best..sebab mak rajin, mcm2 dia tanam,semua menjadi. Ada bnyk buah pelam pokok tepi umah (umah mak corner lot), daun cekur manis (mak panggil daun asin) bukan main cantik tumbuh tepi pagar.. Mencanak-canak nai. Selalu hindu yang duduk deklat lorong rumah depan tu datang nak mintak free daun tu buat masak. Geram agaknya tengok tak luak dipetik orang.

Teringat masa mak duduk rumah kami 5 bulan dulu.. Masa tu dia tak sihat. Betul-betul teruk kondisi mak. Terpaksa naik turun tangga sebab bilik kat atas. Kata mak, “iman pun lagi laju turun naik pintas mak”. Memang. Perlahan sangat dia melangkah mengira anak tangga satu demi satu. Tiap hari mengadu sakit sampai kami tak tahu dah nak buat apa. Pergi dokter, ckp mak kena gastrik yang teruk, usus dah luka. Mungkin juga dah jadi ulser.

Makan tak mahu, tidur bukan saje tak lena, tapi tak lelap..kesian mak.. Ada sekali tu, seharian mak tak berganjak kemana2..berbaring saje dlm bilik sbb tak berdaya lansung bergerak.. Bergegas kami yg baru blk kerja trus pegi jenguk mak kat bilik. Iman pun behave sgt, seolah paham bila tengok opah dia berkeadaan mcmtu.. Bila disuruh cium, dia kucup pipi opah. Manja.

Bila malam mak minta halia dan bawang putih utk dibuat air, utk diminum. Mak kata rasa berangin, pedih ulu hati. Lepas minum dengar bunyi sendawa mak erk..erkkk.. Kadang2 mak sampai muntah. Keluar kuning2..pahit aje rasa, kata mak lagi.. Sudahlah mak tak makan seharian, muntah pulak..rasa sedih.simpati sgt.. Macam2 kami ikhtiar utk bantu mak bagi dia ada selera mkn blk.. Klinik kerajaan sudah, klinik swasta pun sudah. Malah, kaedah tradisi pun kami cuba. Pelbagai. Akhirnya kami tunggu tiba tarikh appointment dgn pakar pulak utk kaji apa sbnrnya sakit mak.

Kami cuba bagi mak minum susu anlene dia mcm biasa, tapi dicampur dgn mealshakes biar ada selera makan sbb mak kata dia bkn taknak makan tp selera tak ada lansung. Lgpun sentiasa rasa kenyang dia kata.. Mak mmg patuh dgn aturan obat doktor.kemana pun mak pergi bekas ubat mmg tak pernah tercicir. Ubat biasa utk wanita seusia mak. Darah tinggi dan jantung.

AJHT dan ostematrix mmg kami dah supply awal2 sbb mak ada mslh sakit lulut dan sendi, susah nak bgn bila dah lama duduk..tp mak tak suka solat duduk.. Badan mak makin mengecil. Mak sangat sangat kurus. Entah berapa berat badan mak. Kadang2 mak nmpk ok tp kdg2 keadaannya sgt menyedihkan.

Sebaknya rasa hati bila terkenang apa yg mak lalui masa tu.. Ralatnya kami sbb tak tahu apa sbnrnya sakit yg mak deritai.. Baru-baru ni aje mak ade simptom mcmni. Sebelum-sebelum ni walopun mak mkn mmg tak bnyk, tp dia masih ade selera utk makan.

Bertuah rasa ada mak mertua mcm mak. Mak tak pernah marah2 atau sindir2 anak menantu. Tak susah lansung jadi menantu mak. Bila blk kampung, mak biarkan saje saya jd masterchef kat dapo..belilah ape yg teringin. masaklah ape yg nak..semua mak mkn aje. Kain baju mak yg offer nak tlg basuh tp sy tak kasi sbb taknak nyusahkan mak.

Mak awal2 pagi dah bgn buat air teh, rutin harian dia selama hidup bersama apak.. Sebak bila tgk mak termenung bila air teh dah kuih muih atas meja tak abis. Style apak, celik2 mata je, lps keluar toilet mesti dah ready semua atas meja. Mak mmg superb.perfect housewife.. Mak terlalu rajin. Tak hairanlah kalau dgr cerita org dulu2 senang aje dpt jodoh. Erm..bila dah kehilangan mcmni, makin terasa kerinduan kat mak.

29/07/2013
Hari ni pergi kerja drive sendiri sbb abi tak ada. Outstation ke utara bersekali dgn menggalas tanggungjawab sbg anak bongsu mak. Berikutan dgn sakit “gastrik” mak yg makin hari makin melarat, abi dan abang ipar buat appointment pakar di Hospital Bukit Mertajam esok harinya.. Abi ckp dia nak teman mak dan dengar sendiri apa kata doktor tentang mak.

Tib-tiba abi call bgtau mak dikejarkan ke hospital sbb keadaan mak makin teruk.. (Saya tak sanggup nak ceritakan semuanya di sini. Biarlah kami sekeluarga saja yg tau dan ingat momen2 berharga dgn mak tika ini walaupun sy tak berkesempatan berada di sisi mak).

30/07/2013
Inilah tarikh sebenar mak sepatutnya ada temujanji dgn pakar. Tapi pd waktu ini, mak dah ditahan di wad utk ujian MRI..dokter kata ada sesuatu dalam perut mak. Mungkin ketumbuhan.

31/07/2013
Malam kedua tidur tanpa abi di sisi.. Iman nasuha pengubat rindu pada abi yg sedang bersama mak yg melahirkan dan membesarkannya sejak sebesar tapak tangan.. Pejam celi pejam celik rasa susah sgt nak lelapkan mata.hati pun rasa tak sedap.. Tiba2 tersedar jam 3 pagi check handphone yg kehabisan bateri kat luar bilik.. Macam dah dirancang, terus berdering tema default ringing sebaik si smartphone digenggam.. Terpapar nama encik hubby di skrin. Suara abi tenang dan sayup. “Ibu, mak dah tak ada”.

Doktor diagnosed mak menghidap “kanser hati”. Tak sempat tau stage berapa, tak sempat buat kimoterapi. Itulah Kanser. Pembunuh senyap. Bukan gastrik, bukan ulser usus. Sikit pun kami tak sangka seteruk itu penyakit yg mak hidapi. Tanpa simptom. Waktu itu baru saya terbayang semula warna mata mak yg sedikit kekuningan. Itulah salah satu tanda tapi kami lansung tak sedar. Mudahnya perjalanan mak menghadap ilahi. Mak pernah kata, percaturan Allah itu adil dan cantik “nanti tiba masa mak senang je pergi sbb masa apak sakit dulu semua org susah berjaga siang malam”.

Mak pergi di bulan ramadhan kareem..bulan mulia.. Bnyk ucapan takziah yg saya terima mendoakan kebaikan buat mak.. Meninggal dunia di bulan puasa dan di tanah suci menjadi intipati doa ramai orang.. Saya sempat beli kain dan jahitkan sepasang baju kurung raya utk mak. Mak suka warna hijau, bnyk baju mak kaler hijau..tp saya beli warna warni. Nak tgk mak nampak berbeza sikit. Biar mak ceria di pagi Aidilfitri. Tapi..saya tak sempat tengok mak pakai baju tu. Mak pergi dulu sebelum sempat bergema takbir 1 Syawal yang kita semua tunggu-tunggu.

Tatkala ini, ada genangan air jernih bertakung di kelopak mata dan sebahagiannya telah pun mengalir perlahan.suam.. Saya rindu mak. Saya sayang mak. Saya redha dgn pemergian mak. Saya pasti akan sentiasa mendoakan mak di sana. Semoga Allah tempatkan mak di kalangan hambaNya yg diberi rahmat.

doa-untuk-emak

Lebih 20 bulan berlalu, bermakna hampir 2 tahun emak pergi meninggalkan kami. Mungkin saya boleh ikhtiarkan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa emak. Tapi saya akur, inilah takdir ilahi. Semuanya telah ditetapkan. Semestinya Dia tahu apa yang terbaik buat mak.

Lagi perkongsian kisah tentang apa penyakit mak klik SINI

1,955 total views, 1 views today

2 Thoughts on “MAK, SAYA RINDU MAK…

  1. Pingback: DTX COMPLEX, FORMULA UNTUK FUNGSI DAN HATI YANG SIHAT | Nasuha Vita Life

  2. Pingback: JANGAN AMBIL RINGAN JIKA SERING TIADA SELERA MAKAN, IA MUNGKIN PETANDA KANSER HATI | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation