LEMAK, BAGAIMANA NAK PECAHKAN DAN PERLUKAH IA DISIMPAN DALAM BADAN?

gemuk adalah petanda lemak berlebihan dan penyakit

 

 

 

 

 

Lemak berperanan menyediakan sumber tenaga dengan cepat disamping melindungi organ dalaman kita. Ia juga turut diperlukan dalam diet untuk membekalkan asid lemak yang menjadi bahan penting untuk pertumbuhan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Paras lemak tubuh yang terlalu tinggi berisiko tinggi terhadap kesihatan. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau gemuk mudah terdedah kepada pelbagai penyakit. Terlalu banyak lemak meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis, penyakit pundi hempedu, osteoarthritis dan banyak lagi.

Kegemukan atau berat badan yang berlebihan akan menjejaskan banyak sistem tubuh seperti sistem peredaran darah, penghadaman, metabolisme, pernafasan serta masalah ketidaksuburan.

Ya benar, gemuk bukanlah suatu dosa, tetapi berat badan berlebihan atau obesiti yang dilihat sebagai kegemukan adalah punca utama penyakit-penyakit merbahaya yang tidak kita pinta.

Bagaimana lemak terkumpul

Kita memerlukan tenaga untuk memastikan tubuh sentiasa berfungsi, menjadikan kita aktif dan mendapat makanan yang kita makan. Tenaga yang tidak digunakan akan terseimpan sebagai lemak, yang hanya boleh dikeluarkan apabila kita menggunakan lebih banyak tenaga berbanding yang diambil.

Jika kita mengambil lebih banyak tenaga (biasanya diukur dalam kalori-kcal) berbanding yang kita gunakan, kita akan menambah berat. Sebaliknya pula jika kita mengambil kurang daripada yang kita gunakan kita akan kehilangan berat dan jika kita terus-terusan mengambil lebih daripada yang kita gunakan, tubuh kita akhirnya akan menjadi gemuk!

Masukkanlah aktiviti fizikal seperti bersenam dalam rutin seharian agar lemak-lemak yang tidak diperlukan ini dapat dinyahkan dari tubuh kita. Berjalan kaki sahaja pun dapat memecahkan lemak-lemak, apatah lagi jika kita rajin beraktiviti atau pergi ke gym secara konsisten dan berjadual.

Tapi sayangnya, jarang sekali kita dapat mendisiplinkan diri untuk kerap bersenam, mahupun ke taman rekreasi untuk beriadah. Apatah lagi setelah berkeluarga dan perlu bangun awal pagi. Cukup dengan konsisten beberapa minit berjalan kaki daripada tempat parking kereta ke bangunan pejabat setiap hari untuk mengeluarkan peluh. Walaupun ramai yang sedia maklum akan kebaikan senaman kepada tubuh badan, kesedaran untuk melakukannya masih belum dilihat begitu memberangsangkan.

Tarian zumba adalah salah satu kaedah bersenam yang menjadi trend dan pilihan masa kini. Bergerak sambil bakar 400 kalori. Kan best tu…

Pengambilan makanan tambahan sebagai “pembantu” dalam mempercepatkan proses ini adalah satu langkah yang boleh diambilkira untuk kesan yang lebih dahsyat. :) Kerja-kerja mencuci di dalam usus juga kadangkala akan menjadi sukar apabila terlalu banyak kekotoran, selain menyebabkan badan terasa cepat letih dan kurang bersemangat.

Jangan benci lemak kerana tidak semua lemak itu jahat. Tetapi cedoklah sedikit ilmu berkenaan lemak-lemak baik dan cara mengubah tabiat pemakanan dengan lemak yang boleh menambahbaik kesihatan kita.

Ketahui cara efektif bagaimana saya membakar dan mencairkan lemak secara semulajadi dengan kesan sampingan yang menggembirakan! :)

1,045 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation