KURUS DAN GEMUK BUKAN TAKDIR, TAPI IA SUATU PILIHAN

Memetik kata-kata daripada seorang mentor yang telah berjaya menurunkan berat badan,

“Kita gemuk pada hari ini semuanya adalah kerana kesilapan yang telah kita lakukan dahulu”

– Master Firdaus (Penulis Now Everyone Can Kurus) –

Setuju?!

Selama ni kita tak pernah mengamalkan cara hidup sihat, tak pernah konsisten menjaga pemakanan, tak pernah kisah pasal kalori yang terlebih-lebih, tak pernah ambil peduli tentang makanan yang masuk dalam badan sehari-hari serta tidak juga melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan sebagainya.

Dan oleh sebab itulah kita jadi gemuk!

Setuju?!

Kisah tak bila orang pandang-pandang, jeling-jeling, dan lagi teruk kalau jenis perli-perli saiz badan kita yang dikategorikan sebagai “kenderaan berat” ni???

Malu dan sakit hati bukan?!

jangan salahkan penimbang

Sampai trauma dan menyampah tengok scale pun ada.

Menurunkan berat badan ketika pertambahan berat masih di peringkat awal memang terbukti lebih mudah jika nak dibandingkan dengan ketika berat badan kita dan bertambah dengan jayanya. Lebih sukar lagi jika pada waktu itu kita sudah tergolong dalam kategori obes.

Ada pulak yang kata, nak turun berat bukan main susah, nak naik sekejap je berdesup..bukan main senang lagi!

Agak-agaknya lah kan, sebab apa ya?!

Jom korek punca, jom sama-sama perhatikan gaya hidup masyarakat Malaysia kini (termasuklah saya jugak) :

  • tak pantang makan
  • tak suka bersenam
  • pantang tengok, semua nak bedal!

Herm, ada jugak tu, malah ramai yang selalu tak serius bab-bab nak turun berat ni. Mula-mula start memang berkobar-kobar, lepas dah cuba sekali failed, cuba kali kedua gagal lagi. Dan lepas tu memang takde dah kali ketiga dan seterusnya.

Buang duit dan membazir masa. (Baca : ada juga orang kata buang masa dan membazir duit)

Sudahnya, yang baru tergelinicir sikit-sikit tu buat-buatlah pejam mata yang berat dia dah tersasar dari BMI. Konon-kononlah berlakon yang dia belum kategori obesiti lagi walopun dah terkeluar daripada range normal weight.

Katanya,

Kenapa perlu berdiet jika kita boleh makan apa yang kita mahu?

Kenapa kena pantang makan jika kita tak ada apa-apa penyakit yang perlu pantang pada makanan tertentu?

Sudahnya berat naik mencanak-canak, and time tu memang dah berkali ganda susah dah nak diturunkan balik sebab dah masuk kategori obes tahap 3 dan 4.

Masa fasa ni memang kena psycho diri sendiri supaya rasa insaf tu datang dari hati sendiri, bukan sebab orang paksa-paksa, bukan kerana mak tak kasik tambah nasik.

Antara ayat-ayat motivasi yang terhangat di pasaran ialah :

Aku ni, takkan dah sakit baru nak pantang?

Nanti dah tak boleh makan baru nak insaf dan sedar diri? Masa tu mungkin dah terlambat.

Sedarkah kita obesiti adalah merupakan punca UTAMA masalah kesihatan kronik seperti serangan jantung koronari, diabetis dan kegagalan buah pinggang?

Bila makan tak jaga, malas bersenam pulak, ia akan jadi sebab UTAMA seseorang itu boleh jadi gemuk. Dan kebanyakan daripada kita alasan dan punca gemuk adalah SAMA.

Kalau nak kurus, kita MESTI :

  • kena ubah gaya hidup sebelum ini
  • kena hidup luar biasa selepas ini
  • tak boleh hidup biasa-biasa seperti gaya hidup yang terdahulu

Kurus dengan sihat dan yang lebih penting ialah ia dengan cara yang selamat serta terbukti berkesan.

Badan kita memerlukan nutrien yang cukup untuk membolehkannya menjalankan fungsi tubuh yang normal. Jangan sesekali berlapar. Jangan skip makan.

Dan yang teramat penting daripada semua yang tersenarai ialah Sabar.

Jangan baru seminggu start “rutin baru” dah menggelupur tak tahan nak makan bukan-bukan. Lepas tu duk blame sana sini. Tips yang dapat pun dikatakan tak menjadi. Konon tak sesuai dengan diri.

Engkau dah gemuk bertahun-tahun, jangan expect nak kurus sebulan dua tapi derhaka sangat dengan jadual dan pantang larang. Dah ramai orang yang berjaya hasil daripada follow mentor yang berjaya

Ambil suplemen yang boleh bantu buang lemak dan detoks (buang toksin) daripada dalam badan. Suplemen membantu mengurangkan rasa lapar, mengekalkan rasa kenyang lebih lama, memberi tenaga berpanjangan tanpa menjejaskan kesihatan kita.

Body

Kenapa mesti gemuk, malas dan akhirnya sakit sedangkan kita punya pilihan untuk hidup dengan lebih sihat, cantik dan bahagia dengan nikmat Allah yang tidak terhitung banyaknya di muka bumi ini.

Dalam agama Islam sendiri pun dah highlight tentang pentingnya gaya hidup sihat ni. Salah satu jaminan untuk mendapat kualiti ibadah yang baik juga tau!

gayahidupsihat

Nak kurus? Mental kena kental.

Its either Now or Never!

It Never Too Late and Better Late Than Never!

Sedikit sedutan yang telah diolah dari ebook “Now Everyone Can Kurus”.

NowEveryoneCanKurus-eBook

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini. Semoga beroleh rezeki yang berkat dan melimpah ruah. :) :) :)

Ingin tahu kaedah menurunkan berat badan secara efektif beserta tips kesihatan yang mudah lagi berkesan?

Hubungi saya : Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,367 total views, 8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation