KRISIS PENYEMBUHAN SELEPAS MAKAN SHAKLEE PETANDA APA?

Sesetengah orang akan melalui satu jangkamasa penyesuaian apabila mula mengambil produk berupa suplemen. Simptom-simptom ini pada pandangan mata kasar kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya tidak. Ianya sebenarnya adalah tindakbalas tubuh kita kepada suplemen yang diambil kerana kekurangan khasiat disebabkan gaya hidup dan tabiat pemakanan kita selama ini.

Apabila makanan berkhasiat berbentuk vitamin atau suplemen ini dibekalkan dengan mengejut kepada tubuh, krisis pemulihan akan terjadi.

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, serta proses menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan kita seperti besi paip yang berkarat, dan apabila kita meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut. Ini akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru. Air yang mengalir keluar juga akan lebih laju dan dan lancar. :)

Apakah krisis penyembuhan?

Proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Proses ini akan bermula menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuat anda rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dihidapi oleh tubuh suatu ketika dahulu sebelum ini akan timbul kembali. Biasanya, ia akan terjadi selama beberapa hari, bergantung kepada faktor umur dan kondisi tubuh seseorang di mana kesan pengambilan akan berbeza-beza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan manakala sesetengah individu pula akan mengalami krisis penyembuhan selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga dipengaruhi oleh keadaan kesihatan individu, jika lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya. Ia mungkin mengambil masa sehingga 1minggu atau mungkin berbulan lamanya. Tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh sisa toksin yang tertimbun di dalam tubuh kita sejak sekian lama – (sisa-sisa makanan berkimia, lemak dan stress) ditambah pula dengan diet tidak seimbang, kurang tidur, antibiotic atau ubat-ubatan. Dietary suplemen membantu mempertingkatkan system imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ.

Healing Crisis selepas makan Shaklee

Nak sembuh dan makin sihat pun ada krisis-krisis ke?

Shaklee adalah produk dari bahan-bahan semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia juga tidak meninggalkan kesan sampingan. Akan tetapi, pengguna mungkin mengalami symptom-simptom seperti kelesuan, pening, muntah-muntah, demam dan sebagainya. Ini adalah disebabkan oleh body adjustment. Namun sayangnya ramai yang tersalah anggap, menganggapnya sebagai kesan sampingan yang mana ia sebenarnya adalah cuma satu salah tanggapan.

Pada waktu detoksifikasi ini berlaku, ada kemungkinan seseorang individu akan berasa pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, beangin, cepat lapar), cirit birit, kahak berlebihan, air kencing yang keruh, tubuh berasa hangat, berpeluh yang melampau dan sebagainya. Simptom-simptom ini berbeza antara satu individu dengan individu lain dan ia akan berlarutan atau berakhir selepas satu hingga 2 minggu bergantung kepada tubuh badan seseorang juga.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya Contohnya tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, tahap kesihatan semakin baik dan secara keseluruhan badan akan berasa lebih sihat. Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti :

  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  • Kurang minum air – disarankan minum air putih 3 hingga 4 liter sehari
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambil supplemen
  • Mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat & sempurna
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman berakhohol & minuman bergas
  • Tidur lewat malam (kurang tidur)
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yg panjang utk sembuh
  • Pernah mengalami tindakbalas yg kronik yg membuat anda hilang keyakinan dlm mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi

Tips nak berhadapan dengan healing crisis?

Terdapat pelbagai kemungkinan berlakunya healing crisis ini, diantaranya ialah kerana tubuh badan mengalami stress (keletihan akibat kurang rehat) dan keadaan hati yang tinggi dengan toksin. Jadi, kita seharusnya bersabar dan bersedia memberikan tempoh masa kepada tubuh untuk bertindakbalas dengan mengamalkan perkara² berikut :

  • Banyakkan minum air (minum air lebih daripada biasa)
  • Kurangkan dos/jenis vitamin yang diambil atau makan selang sehari
  • Jangan terus menghentikan pengambilan vitamin
  • Bersabar, bertenang dan sentiasa positif
  • Sentiasa berdoa agar proses penyembuhan dipermudahkan

 

Selagi kita faham ini adalah simptom-simptom baik untuk proses pemulihan yang akan memperbaiki tahap kesihatan kita menjadi lebih baik, kita akan lebih berfikiran positif seterusnya mudah melalui fasa ini.

Lebih baik lambat tapi selamat, daripada cepat tapi merbahaya.

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

 

1,160 total views, 3 views today

One Thought on “KRISIS PENYEMBUHAN SELEPAS MAKAN SHAKLEE PETANDA APA?

  1. Pingback: KENAPA KENA CUKUP AIR JIKA AMBIL VITAMIN | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation