KOLAGEN DAN KITA – PANDUAN PENGAMBILAN KOLAGEN YANG BETUL UNTUK KESAN LEBIH UMMPPHH!

Jika anda semua perasan dan punya perasaan, produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia, malah dunia sebenarnya adalah mengikut trend yang sentiasa berubah-ubah. Dah nama pun trend kan, memang ikut peredaran masa dan zaman.

Kalau dulu, untuk cantik semua pergi Yoga. Lipat kaki sana lipat kaki sini, bukak dada luas-luas, breathing dalam-dalam..fuhhh..haaa… puff tiba-tiba bertukar!! badan jadi mantap, tegap. ohsem!

And then, lepas tu.. kalau nak cantik lagi, pakai produk jenis minum beberapa gelas air ajaib, badan akan jadi slim macam anak dara you..

Dan selepas itu, trend berubah kepada produk shake-shake-shake dan anda kan mendapat result yang menawan hati. Tiga cara di atas memang terbukti bagus untuk kesihatan. Tapi rakyat Malaysia ni pesen mudah bosan.. jemu bila dah lama.. dan dan dan.. bila kebosanan melanda dengan produk dan cara tertentu, dia akan mula mencari-cari alternatif, scroll newsfeed, untuk mula berubah ke produk yang lain.. yang lebih panas dan pemes, mungkin?!

Yang terbaru, trend di Malaysia adalah kolagen (collagen). Actually, kolagen ni benda yang dah lama wujud, cuma lately ni kerap muncul di media massa, timbul balik di laman sesawang, laman sosial, akibat lambakan produk di pasaran. Amat lama sebenarnya ada dah dia ni, cuma dulu orang tak kisah sangat pun nak ambik tau… Cuma sekarang ni, bila celik mata besar sikit, akan mula nampak orang di sekeliling yg dah mula bercakap pasal kolagen. Jangan taktau, mak sy sendiri pun dah mula pandai shake-shake colagen buat minum tau! Oh mama, inikah penangan kolagen yg mampu menganjalkan kekenduran?! hihihi…

kolagen2

Apakah kaitan antara kolagen dan kita?

Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam tubuh badan mamalia (manusia dan haiwan). Ia merupakan salah satu protein yang panjang merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan. Kolagen memberi struktur tisu kulit menjadikan kulit sihat, gebu, cantik, kelembapan yg seimbang dan anjal. Selain itu kolagen penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang. Dengan kata lain, kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.

Terdapat lebih daripada 25 jenis kolagen wujud dan terhasil dalam badan kita secara semulajadi. Apabila usia kita mencecah 26 tahun ke atas, penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 5% setiap tahun. Kolagen dalam badan mudah dimusnahkan oleh banyak faktor seperti tindakan radikal bebas, keracunan dalam sistem badan ekoran amalan pemakanan yang tidak baik, stress dan kesan pencemaran kosmetik, wangian, aksesori dan pencemaran persekitaran. 

Bila usia kita mencecah 40 tahun, hampir separuh kolagen hilang dari tubuh kita. Akibatnya kulit kelihatan mula berkedut, hilang kelembapan,nampak kusam, jeragat mula kelihatan, keanjalan berkurang dan sebagainya.

Penghasilan kolagen yang semakin berkurangan ditambah lagi dengan kemusnahannya, kita sangat memerlukan kolagen tambahan untuk menampung keperluan kolagen harian badan.

Peranan dan fungsi kolagen

Kolagen memainkan peranannya dalam kesihatan penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian kolagen yang kuat yang juga dikenali sebagai fiber kolagen merupakan komponen utama pada matrik ekstraselular yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Kolagen merupakan komponen utama dan fascia, cartilage, ligamen, tendon tulang serta kulit. Dengan adanya lapisan keratin yang lembut, ia membantu dalam menguatkan struktur lapisan kulit di samping elastisiti kulit. Selain itu, kolagen juga membantu dalam menguatkan saluran darah serta memainkan peranannya dalam membentuk tisu tubuh. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan dan untuk keanjalan kulit.

Seringkali kolagen dikaitkan dengan kesihatan kulit manusia. Ia bersama-sama keratin menjadikan kulit kuat dan anjal. Kolagen menjadi kurang dengan bertambahnya usia. Kulit menjadi berkedut. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mencari-cari sumber dalam usaha menangani kesan ketara penuaan pada kulit. Selain itu, kolagen diperlukan dalam hal perubatan, turut dijual sebagai suplemen bagi melancarkan pergerakan sendi. Kadang-kadang digunakan dalam merawat dan mengubat kes-kes melecur yang serius. Bagi merawat kes melecur, ia digunakan bagi mencipta ganti kulit palsu.

Selain daripada kulit, kekurangan kolagen juga ditunjukkan dengan keadaan kehilangan keanjalan pada payudara, bahagian punggung dan bahagian abdomen atau perut kelihatan mengendur ke bawah. Salah satu fungsi lain kolagen adalah merawat luka pada kulit. Ia merangsang platelet darah agar cepat membeku dan membentuk selapisan bagi melindungi luka.

Marine kolagen atau kolagen dari sumber laut mempunyai molekul yang rendah. Oleh itu ia sangat mudah diserap oleh tubuh kita. Yang paling penting lagi, sumber marine tentu sekali halal dan tiada keraguan di situ.

Kenapa kaum wanita sangat suka pada kolagen, sanggup beli walaupun harganya mahal?

Kita semua tahu yang kaum wanita atau gegurl ni semua alergi dengan produk kecantikan dan menguruskan badan. Semua pesen nak nampak cantik, mantap dan selim je setiap masa. Al-maklumlah, bagi mereka kecantikan itu hak milik setiap insan dan salah satu sumber keyakinan diri yg paling utama. Kalau nampak ada gadis lain yang lagi cantik dari dia, mesti dia jeles abiss. Kalau tak jeles pun, mesti terujaaa sangat nak tau apa rahsia dan amalan si cantik.. 

Sebagai pengetahuan asas, bila seseorang (baik gadis atau jejaka) meningkat dewasa, banyak protein yang ada dalam kulit mula hilang. Bila dah hilang, kulit akan mula jadi berkedut-kedutan dan warna pun bertukar kusam. So, apa kena mengena dengan kolagennya?

See, kolagen sebenarnya adalah sejenis protein yang ada pada kulit. Boleh dikatakan 80% dari kulit-kulit kita mengandungi kolagen.

Apa pula akan terjadi kalau kulit kita kekurangan kolagen tertentu? Ya, anda akan kelihatan tua, samada benar-benar tua atau jadi tua sebelum usia.. It sounds mengeri kan..kan??

Sebab itu lah ada di kalangan makcik-makcik yang pakai atau makan kolagen akan kata “Kolagen ni kasi awet muda weii”.

Sebenarnya, kolagen ni umpama refill. Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kulit. So, bila anda ambil supplement yang berunsurkan kolagen, ianya membuatkan kulit anda nampak cerah dan tak kedut sebab dia dah ganti protein yang dah hilang atau berkurangan dalam tubuh. Bila dah cerah dan tak berkedut, kita akan nampak makin muda la kan?

Itu je yang berlaku sebenarnya. Simple..

Bagaimana memilih suplemen kolagen ?

  1. Pilih supplemen yang mengandungi 100% serbuk Collagen. Suplemen Collagen lebih berkesan apabila di ambil semasa perut kosong ( kira-kira 1 ½ jam selepas makan) dan untuk kesan lebih baik, harus di ambil sebelum tidur.
  2. Kenapa 100% serbuk Collagen dan mengapa semasa perut kosong? Untuk mengelak daripada tindakan berlebihan oleh asid perut dan juga untuk mengelak daripada collagen berinteraksi dengan makanan lain, oleh itu penyerapan dan penggunaan kolagen lebih efektif.
  3. Badan menyerap Collagen di bahagian usus kecil. Kesan lebih baik apabila collagen tidak terurai terlebih dahulu oleh tindakan asid perut dan sebab kedua supaya collagen tidak berinteraksi dengan makanan lain semasa penyerapan di intestine/usus kecil. Inilah sebab mengapa collagen perlu di ambil bersama segelas air biasa semasa perut kosong.

Bila dan bagaimana cara mengambil suplemen kolagen ?

  1. Ambil semasa perut kosong atau sebelum makan bersama segelas air.
  2. (Sekurang-kurangnya 1-2 jam selepas makan sekiranya ambil selepas makan).
  3. Minggu pertama – kedua : ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam
  4. Selepas minggu kedua : ambil 2 biji sebelum tidur atau untuk kesan yang lebih istimewa teruskan makan 2 kali sehari untuk 1-3 bulan pertama. (harga rendah tidak membebankan anda).

Masa yang sesuai mengambil suplemen kolagen ?

  1. Waktu malam sebelum tidur. Ia sesuai dimakan sebagai makanan terakhir sebelum tidur.
  2. Dalam masa sejam pertama tidur, badan kita dalam mode tidur alfa (alpha sleep mode). Tempuh masa ini adalah tempuh paling sesuai badan menggunakan kolagen secara optimum.
  3. Kelenjar pituitary merembes hormone tumbesaan HGH, dan pada masa ini badan semakin aktif dalam proses penghasilan sel-sel baru, membaiki dan menggantikan sel-sel mati.
  4. Ketika ini hormon tumbesaran menggunakan collagen sebagai bahan mentah untuk memaksimakan penghasilan asid amino dalam fungsi memudakan kulit, menguatkan ligamen, tulang dan rawan serta menormalkan sistem imuniti badan.

Berapa lamakah ia berkesan ?

  1. Bergantung kepada individu dan keadaan badan seseorang.
  2. Tetapi secara kebanyakannya boleh lihat kesannya dalam 2-3 minggu pertama iaitu tempoh biasa bagi kitaran pembaharuan kulit.

picture5

 

Jangan cucuk-cucuk, sayangi diri dan wang anda!

Buat pilihan yang tepat! Pilihlah suplemen daripada sumber kolagen yang terbaik. :)

Psssttt konsultasi dan panduan pemakanan diberikan percuma tau!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

23,212 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation