KISAH TTC SAYA, KEGUGURAN DAN HAMIL SEMULA DALAM MENANTI CAHAYA MATA PERTAMA

Bila ku tengok-tengok, ku jeling-jeling vitamin promosi bulan ni ingatan berbalik pada kenangan masa awal-awal berkahwin dulu. Masa mula-mula berTTC.. Memang memory yang tak dapat lupa sampai sekarang. Manis, pahit, kelat, semua ada..

benarkah anak dikatakan pelengkap bagi sebuah rumahtangga

Eh, ada yang tak tau ke TTC tu apa? Trying To Conceive atau cakap melayu nya percubaan untuk mengandung. :)

Disember 2010 – Ijab dan kabul

Saya dan suami berkahwin pada 17 Disember 2010, dinikahkan pada hari jumaat selepas waktu asar setelah 9 bulan mengikat tali pertunangan. Umur kami beza setahun. Waktu itu abi 27, dan saya 26. Awal tidak, lewat sangat pun tak. Sedang-sedang je lah orang kata.

To be frank, lepas bergelar suami-isteri, apa yang paling saya takutkan ialah “how to fulfill my responsibility as a wife” dalam erti kata lain menjalankan tanggungjawab yang satu itu. Terus transform bahasa omputih. hahaha. Segan nak taip ni sebenarnya, tapi saya tau bukan saya sorang yang rasa benda ni, malah boleh dikatakan semua perempuan pun. Pengalaman pertama, katanya. Tak pelik, kan? Pergi kurus kahwin pun mana ada cover bab ni. Pepandai sendiri lah kau.

Masa mula-mula tu memang kami just enjoy the relationship je, doing housework sama-sama, makan sama-sama, tengok TV berdua, window shopping, etc etc semua. Lebih kepada nak mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Al-maklum, sebelum ni kitorang tak bercinta pun, kawan-kawan je.. :) Dan tak lupa jugak percubaan demi percubaan “berbaby dancing” di bilik tidur.

UPT test yang pertama

OK, terus ke cerita pasal nak mengandung ni. Bulan pertama memang lansung tak fikir pasal anak, pasal nak baby sebab rasa seronok giler kot kawin. hahaha.. Tup-tup bulan kedua tu, saya rasa terdetik nak beli UPT stick bila abi dengan tiba-tiba demam teruk, sakit-sakit badan, muntah-muntah sampai seluruh badan lembik. Berderau darah bila “urine test” nampak double line. Walaupun waktu tu tak jelas sangat, tapi saya faham ia petanda positif yang kami bakal jadi new parent.

Lepas buat pengesahan di klinik saya diberi bekalan folic acid, tablet bulat kecil yang warnanya kuning. Keadaan saya memang tip-top, tak ada pening mahupun mual-mual. Mungkin jugak masa tu baru lagi. Abi pun mula belikan saya Anmum Materna perisa coklat untuk keperluan nutrisi ibu mengandung. Bukan setakat beli, tapi bancuhkan sekali. Sweet sangat rasa. Mood waktu itu tak dapat dibayangkan, sangat excited, sumpah!

Tapi, kusangka panas hingga ke petang rupanya ada hujan masa lepas lunch tengahari. Saya tiba-tiba mengalami pendarahan masa usia kandungan 7 minggu plus. Mula-mula cuma sikit dan cair, tak rasa sakit, tapi sehari-dua lepas tu saya mula rasa berdenyut dan darah pun mula banyak. Ia sangat-sangat menyakitkan. Saya menangis. Tambah sedih sebab waktu itu abi tak ada di sisi sebab sedang bertugas di kuar kawasan. Dengan ditemani mama, saya akhirnya disahkan telah kehilangan bayi yang dikandung genap 8 minggu. Ya, saya keguguran. Tanpa prosedur DNC, saya cuma diberikan suntikan untuk mengecutkan semula rahim yang dah mula kembang sebagai persediaan tempat tinggal janin.

Februari berlalu dengan kisah duka yang buat saya selalu bermenung dan kadangkala mengalir airmata. Namun, perasaan itu sedikit terubat bila mama mula berkongsi pengalaman pertamanya dulu yang juga keguguran di kali pertama mengandung, tapi tengok sekarang. Anak mama 9 orang semuanya. :) Memang saya selalu dengar orang-orang tua kata, nak tau susah ke senang mengandung, bersalin dan berapa orang anak, tanya mak kita macamana dia dulu.

Saya sempat menjalankan beberapa terapi rawatan selepas keguguran termasuk berurut dan bertungku selama 3 hari. Bak kata golongan veteran yang dah berpengalaman lama, berpantang selepas gugur sepatutnya lagi strict daripada orang lepas bersalin. Tapi saya, cuma sekadarnya saja. Bertungku, pakai stoking, minum air kunyit dan madu, Itupun pada hemat saya, dah sangat hebat dah sebab bukan senang nak patuh dengan pantang yang sebegini. Tak ada baby, perut pun belum nampak, luka pun tak ada. Ketulan yang keluar sebelum tu pun masa saya di bilik air. Complete aborted. Ia keluar sepenuhnya. Ketulan darah yang macam hati ayam. Pendek kata, tak ada apa yang tinggal melainkan hati dan jiwa yang lara kehilangan bayi dalam kandungan.

Wife pada boss abi kirimkan saya pati ikan haruan polleney tapi saya tak makan pun sebab bau nya memang failed. Tak sanggup nak telan. Betul, pada zahirnya saya memang nampak sihat tapi saya silap, bahagian dalam tetap ada luka yang saya tak nampak, luka akibat regangan dalam rahim.

Apa yang saya ingat, sebaik mula bekerja semula, saya mula mencari-cari suplemen tambahan untuk persediaan kehamilan, saya dapat tau asid folik memang sangat penting bukan sahaja masa mengandung, malah ia juga sangat diperlukan sebagai persediaan sebelum hamil lagi sebab saraf tunjang baby terbentuk semasa di awal kehamilan, yang waktu itu kita belum tau pun dah ada baby sedang terbentuk di dalam rahim. Folic acid pertama yang saya beli sendiri waktu itu ialah jenama appeton. Macam vitamin budak-budak kan?! :)

kepentingan asid folik sebelum dan di awal kehamilan

Duka yang tak berpenghujung

April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober terus berlalu pergi tanpa sebarang khabar yang dinanti. 6 bulan ini dirasakan sangat lama. Setiap kali ber”baby dancing” memang saya membayangkan situasi sedang memeluk baby yang kecil dan comel dalam dakapan. Saya mula download beberapa apps yang dirasakan akan membantu misi kami. Lebih kepada misi saya seorang sebenarnya sebab abi kelihatan sangat tenang, pasrah dan sentiasa positif. Dia tidak sesekali memaksa saya atau membangkitkan hal-hal berkaitan anak. Setiap kali ingin mencuba, saya akan pastikan kami mematuhi kalendar ovulasi. Sungguh, saya dah tak rasa enjoy sebab dalam fikiran cuma fikir nak anak..anak..anak.. bukan kerana ingin melayan suami.

Bila tengok orang lain mengandung, satu perasaan menjalar.. entahlah. Nak dikata dengki tidaklah, tapi cemburu mungkin. Lain tau cemburu dengan dengki sebab cemburu tu boleh jadi positif and negatif, tapi dengki dah sah-sah negatif, seolah-olah ada niat jahat kat situ. Nak-nak pulak kalau orang tu baru je kahwin. Siap kira-kira lagi berapa lama beza tarikh kahwin dia dengan kita. What daaa ???

11 November 2011. Tarikh sepatutnya saya bersalinkan baby sulung kami. EDD yang diberi doktor masa 1st checkup di Pusat Perubatan Bangi. Saya masih juga sama. Belum ada tanda-tanda hamil atau akan hamil. Setiap bulan beli UPT stick dan setiap bulan juga saya membazirkannya dengan keputusan urin yang tidak menggembirakan. Saya makin kembang, baju nikah pun terperosok makin dalam, jauh dari pandangan.. Mula-mula tu sebab happy sangat dapat kahwin, and yes ia terbukti benar kerana berat saya makin hari makin naik, makin hari saya makin tembam. Sekali tengok macam penguin dah kalau dari pandangan belakang.

Saya memang sangat seronok bergelar isteri orang..tetapi.. macam ada sesuatu yang tak lengkap. Saya rasa kosong, saya terlalu ingin ada suara comel di dalam rumah kami. Oh, bahagianya..

Sehingalah saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan kerana dikhuatiri saya mempunyai masalah berkaitan saluran peranakan. Mama anak 9, boleh dikatakan subur lah tu.. tapi saya? Apesal susah sangat nak lekat ni? Tak tau step yang betul ke hape? Dah ikut semua tips kot. Ke ada masalah lain?

Appointment pertama dengan Pakar Sakit Puan

Ok, straight to the point bilamana saya booked appointment untuk jumpa dengan Dr.Khamsiah Muda di Klinik Pakar Wanita An-Nur, Bangi.

Kelakar gila beb bila flashback balik. Ayat pertama saya pada Dr. Kham petang itu ialah

Doc, saya rasa saya ada “endometriosis” dengan muka serius dan suara sedikit bergetar. Saya dah mula sebak sebenarnya masa tu.. hihihi..

Nak tersembul biji mata doktor tu bila dengar statement ala-ala gynae saya. Confident abis. Boleh bayangkan tak apa perasaan doktor pakar yang selama ini handle kes-kes mengandung dan beranak bila sorang patient yang sekali tengok macam budak baru habis sekolah tiba-tiba buat statement macam tu. hahahaa…

Terus dia ambil pen dan kertas, jarinya laju menulis sambil terus tanya saya lagi dan lagi..

Apa yang buat nusaybah rasa nusaybah ada endometriosis.. sambungnya dengan riak muka penuh minat. hehehe..

Saya pun mula lah buka cerita pasal sakit masa datang period, selalu sakit pinggang, susah nak buang air besar masa period, darah yang kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit dan macam-macam lagi lah yang saya pun dah lupa sebab masa tu, itu semua lebih kepada overclaimed kot sebab nak suruh doktor kasik saya “clomid” yang orang kata ubat subur sebab seboleh-boleh nak dapat anak kembar terusss. heheheh…

Dia minta saya test urin, dia scan perut saya, sambung tulis dan tiba-tiba dia pun mula bersyarah

Saya tak faham kenapa budak-budak muda zaman sekarang ni, lepas kahwin je cepat-cepat nak mengandung. Tak sabar-sabar nak dapat baby. Macam berlumba-lumba pulak. Siap ada tanam azam “saya mesti mengandung tahun ni jugak, tak kira!”

Kenapa ni?

Nusaybah sihat, pernah mengandung sebelum ni, dan saya check Nusaybah tak ada apa-apa masalah pun. Kita akan buat ujian PAP Smear dan kita akan jumpa lagi next week untuk review balik tengok result macam mana.

Haaah.. hambik.. part ni memang saya tak sangka. Tak pasal-pasal saya kena “clorox” kaw-kaw dengan Dr. Khamsiah hari itu. Begitu sekali respons dia. Siap dialog dan gaya lagi. Terkejut beb.

Dia kata saya ada kencing kotor dan dia beri saya ubat lawas kencing dan antibiotik. Dia kata masalah ni common untuk wanita yang dah berkahwin dan boleh jadi salah satu faktor juga susah nak conceive kalau dibiar-biarkan melarat. Doktor pesan suruh saya minum banyak air dan jangan biasakan tahan-tahan kencing. (eh..macam tau-tau je)

Long story cut short. Sekali lagi saya jumpa Dr.Khamsiah di minggu berikutnya dan masalah saya selesai sepenuhnya. Memang lepas first meet tu saya rajin minum air dan akan ke toilet setiap kali nak solat dan sebelum tidur. Sebelum ni saya kurang minum air pun bukan apa, sebab tak rajin nak gi toilet banyak kali lah. Tapi kali ni saya insof. Mana tidak, kena bebel dengan abi, plus takut, plus serius nak mengandung punya pasal kan..

Dan apa yang saya memang takboleh lupa sampai hari ini ialah, lepas je saya bangun dari kerusi, sebelum melangkah keluar dari bilik tu, Dr. Khamsiah hulur tangan bersalam dengan saya and dia kata,

Kita jumpa nanti masa awak mengandung, inshaAllah”..

Lama dia genggam tangan saya. Saya rasa sesuatu sangat tentang doktor perempuan yang pada firasat saya dalam range umur 40an ni, walaupun baru pertama kali kenal dan jumpa. Keikhlasan yang bukan dibuat-buat.

Ya Allah..hampir berjurai airmata saya masa tu. Positifnya doktor ni. Saya aminkan kata-katanya yang pada saya juga satu doa.

Segalanya berubah kerana Saya Tau Allah itu Ada

Lepas balik dari klinik, saya mula berfikir dengan lebih rasional. Berfikir lebih dalam tentang betapa Yang Maha Kuasa tahu Apa yang terbaik untuk kami. Rezeki Allah Maha Luas dan datang dalam pelbagai bentuk, bukan anak jadi simbolnya. Saya sepatutnya bersyukur dikurniakan rezeki jodoh, dapat berkongsi macam-macam dengan teman sebumbung dan sebilik. Dialah roomate, housemate dan soulmate saya. Betullah orang selalu kata, berdua itu kan lebih baik?!

Kalau kata saya dah bersyukur, ini maksudnya saya kena lebih bersyukur dan menghargai apa yang Dia dah beri pada saya. Suami yang baik dan memahami, ringan tulang membantu kerja-kerja rumah, juga rumahtangga yang aman harmoni.

Sejak hari tu, saya dah tak tak kisah pasal anak. Bila ber”baby dancing” pun saya just enjoy ourselves tanpa fikir-fikir or paksa diri untuk ikut tarikh-tarikh tertentu macam sebelum-sebelum ni. Yang konon nak folo ovulation kalendar segala.

Seriously saya rasa momen tu lagi best, hubungan kami pun lagi rapat each other. Kami habiskan masa dengan buat benda-benda yang bermanfaat sama-sama, operasi rumah sama-sama, solat jemaah sama-sama, berduet kat dapur sama-sama dan panggil family datang makan di rumah. Salah satu nya ialah kami kira coin dalam tabung sama-sama dan niatkan untuk bukak akaun simpanan bakal anak pulak. Walaupun masa tu belum tau pun bila Allah nak beri pada kami.

Kami habiskan masa bersama dengan macam-macam aktiviti yang menggembirakan. Saya dan abi pergi ke Cameron Highlands, tempat yang saya idam-idamkan sangat lepas hidup berdua.  Ya, cuma Cameron Highlands. Bukan sebab tempat yang cantik, tapi saya mahu rasa “kehangatan” dalam cuaca sejuk bila selalu dipeluk oleh seorang suami. Gatal! Kami ke panggung wayang untuk layan movie Tizz Zaqyah dan Remy Ishak, Nur Kasih. Tak pernah-pernah. ngeeee…

Suatu pagi di pekan Teluk Intan

Kami memang akan balik kampung jumpa mak apak setiap 2 minggu. Buat kesekian kalinya saya sangat bersyukur kerana dikurniakan keluarga mertua yang sangat-sangat menyenangkan hati, tidak lansung bersoal-tanya tentang cucu yang pastinya akan buat saya tertekan.

Walaupun tanpa kehadiran anak kecil, saya dah mak agak rapat. Kebanyakan masa kami akan habiskan di dapur bersama, sambil saya memerhatikan betapa cekap jari mak memintal aiskrim malaysia yang dijual cuma 10 sen sebatang.

Sehinggalah pada suatu hari ketika saya, abi dan arwah mak tengah pilih-pilih ikan di Pasar Teluk Intan saya tiba-tiba rasa loya, pening yang teramat sangat dan muntah!

Baru perasan dah hampir 2 minggu saya lewat datang bulan. Baru sedar saya dah tak kalut nak beli UPT bila period lewat. Betapa saya betul-betul dah serahkan tugas yang satu ni padaNya. Ternyata perancangan Allah adalah yang terbaik.

Memang saya menggigil masa tengok double line yang samar-samar di atas lantai bilik air rumah mak masa tu. Memang saya gosok-gosok mata dan cubit diri sendiri berkali-kali sambil mencangkung. Hampir tak percaya.

Abi memang blurr masa saya tunjuk result tu. Terus dia confuse apa maksud 2 jalur tu, positif ke negatif kalau gini? Saya tak dapat jawab atau luahkan dengan kata-kata tapi cuma menangis. Abi lantas peluk saya erat. Di kala saya sudah tak kisah pasal anak, Dia beri saya apa yang saya memang tak jangka sama sekali.

Kali ni gugur lagi airmata. Dasar orang perempuan, tak habis-habis nak menangis. Happy menangis, sedih apa lagi.. Benarlah janji Allah, yang penting kita kena percaya. Tak lama pun, lebih kurang sebulan je lepas jumpa Dr.Khamsiah tu. :) Subhanallah..

Pesanan Akhir Penaja 

Buat rakan-rakan yang belum beroleh rezeki nan satu ini, jangan pernah sekali putus asa. Buat yang masih mencari rentak “baby dancing” yang sesuai, teruskanlah berusaha dan banyakkan berdoa. Fikir yang baik-baik, inshaAllah kesudahannya akan baik-baik juga. Bila tiba masanya pasti Dia akan beri, bila kita percaya dan redha tanpa soal yang bukan-bukan. Bersangka baiklah dengan Allah. Kalau bukan hari ini, mungkin hari esok, kalau bukan tahun ini, mungkin tahun depan, kalau bukan seorang, mungkin kembar dua atau tiga. :)

Bersabarlah. Sabar itu indah. Keep on praying. Hidup ini bukan satu pertandingan.

Iman Nasuha cinta hati kami, lahir pada 30 Ogos 2012 :)

Iman Nasuha cinta hati kami, lahir pada 30 Ogos 2012

Whoaaahhaaa.. giler panjang entri. Asalnya sebab nak recall pengalaman berTTC jek..

Gara-gara offer vitamin cinta lah ni. Terus idea datang menderu-deru. Siap boleh tersedu masa menaip tadi ni. Hahaha. Dasarrr..

Diulang semula sekali lagi, promosi Oktober sedang berlansung dengan tema Vitamin Cinta. Vitamin E-Complex for him. GLA COmplex for her. wink wink wink.

promosi-oktober-vitamin-cinta-Shaklee-1024x576

Nantikan lagi kisah tentang kehamilan saya di entry akan datang di mana saya mula alami sakit setiap malam dan bagaimana saya dipertemukan, mengenali dan jatuh cinta dengan Shaklee.. :)

Baca Juga : Kesakitan tragis sepanjang mengandung yang buat saya serik dan hampir rasa tidak mahu mengandung lagi

Boleh roger saya untuk vitamin promo atau vitamin-vitamin lain yang menarik perhatian anda!

Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar – 019 3822656

6,755 total views, 10 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation