KISAH SAYA & OSTEMATRIX

Februari dikaitkan dengan bulan kasih sayang. Makanya bulan ni sesuai sangat dengan tema. Bukan sebab saya seronok nak sambut valentine’s, tapi sebab bulan ni Shaklee tawarkan pula offer menarik vitamin kesayangan saya.

ostematrix shaklee

ostematrix shaklee

Ostematrix.
Model Shaklee bulan ini.

Vitamin Shaklee pertama yang saya kenal.

Cinta pertama saya.

Vitamin pertama yang terus buat saya percaya dan jatuh cinta dgn Shaklee…

Over tak? Pelik tak?
Dengan vitamin pun boleh jatuh cinta!
Sebab tu rasa teruja sangat nak share perasaan ni. Sebab saya tau ramai kawan-kawan kat luar sana yang pernah rasa dan masih rasa apa yang saya pernah tanggung suatu ketika dulu.. Rasa bersalah pulak kalau tak share..

Saya yang dahulu, bukan yang sekarang

Sejak kecil, saya memang tak suka minum susu. Takpayah minum lah, bau pun boleh buat loya. Kalau minum pulak, mesti termuntah balik. Jangan kata susu putih, semua unsur berkaitan susu. Susu coklat, susu stroberi, teh susu, kopi susu, karot susu, epal susu, biskut susu, hatta aiskrim susu pun saya allergi. Semua lah yang ada nama susu. Apa jua minuman atau makanan yang ada unsur susu memang saya “cannot go”.

Bukan allergi naik gatal-gatal, tapi allergi dekat tekak.

Salah satu sebab badan tak besar, tak tinggi-tinggi kot.

Tak dapat recall pulak sejak umur berapa saya berhenti menyusu.

Sehingga saya besar, menginjak usia, meniti keremajaan.. pun saya masih melalui hari-hari tanpa susu sedangkan saya tahu dan selalu dengar akibat daripada kekurangan kalsium dan betapa pentingnya susu dalam diet seharian.

big NO to dairy product

big NO to dairy product

Senang cerita, memang takde kompromi lah kalau pasal bab yang satu ni.

Dulu.. saya tak pernah concern pun pasal kalsium. tak peduli lansung. Tak minum susu. Tak heran tengok orang lain minum dutch lady ke apa ke.. perisa stoberi ke coklat ke.. ade aku kisah?! Memang berlagak gila masa tu sebab konon muda lagi. Siap pasang niat, “alah..rilek aare..esok-esok bila pregnant barulah start minum susu”.

Bukan salah ajaran, tapi fahaman!

Kedegilan yang tak berpenghujung

Segalanya berubah dan bermula apabila saya pregnant anak sulung masa tahun 2012..

Setiap hari rasa sakit dekat seluruh tubuh badan. Setiap anggota rasa lenguh. Asal duduk lama sikit kaki akan krem. Terkial-kial sorang-sorang betulkan kaki bawah meja kat ofis. Teruk tapi benar. Malah kalau saya cerita setiap tragedi yang saya alami sepanjang tidak mendapat manfaat kalsium ni, memang sadis. Bila tidur malam betis kejang. Simpul biawak atau mengkarung, semua saya dah rasa. Sampai menangis-nangis.

anmum materna.jpg

Lepas tu mula lah insaf. Baru nak mula berjinak-jinak dengan susu. Saya ingat lagi, abi belikan Anmum yang Coklat flavour tu untuk saya. Nak menyokong kehamilan yang berliku ini katanya. Dahlah saya tak suka coklat. Tapi bagi saya ia lebih baik daripada perisa asli yang putih tu. Saya minum dalam keterpaksaan. Semuanya kerana saya fikirkan diri yang macam dah reput dan tak larat kandungkan baby. Kesian pada baby dan simpati pada diri sendiri sebenarnya.

Minum memang minum, tapi saya terpaksa tipu diri sendiri. Kena minum 2 kali sehari dengan sukatan yang betul supaya keperluan kalsium ibu hamil dapat dipenuhi tapi saya memang selalu lebih pandai dari doktor, semua saya potong dua. Cuma minum sekali, dengan separuh sukatan and bancuh pekat dengan air yang sikit supaya senang nak telan dengan sekali teguk. Perasaan masa tu, asalkan saya minum susu. Saya memang tak tau berapa banyak kalsium yang saya perlu ambil setiap hari. Saya degil dan tak sedar diri.

Kadang-kadang memang rasa bodoh bila buat macamtu sebab kemudian hari nanti saya jugak yang akan tanggung sakit. Tapi saya terpaksa sebab saya memang tak sanggup nak telan susu. Bukan tekak saya. Baik tak payah minum kalau setakat nak muntahlan balik, kan?!

masalah common say sepanjang kehamilan

masalah common say sepanjang kehamilan

Akibat kedegilan yang tiada penghujung tu, saya memang terus-terusan menderita sakit pinggang yang rasa macam nak patah, lenguh betis dan lutut rasa macam nak lucut. Sangat tak larat nak buat semua benda. Kerja rumah pun terbengkalai. Bukan sebab alahan mengandung, tapi sebab tak cukup kalsium. Gusi selalu berdarah, gigi mudah goyang macam dah tua sangat. Boleh dikatakan setiap malam saya menangis bila tiba-tiba betis dan kaki rasa kejang. Merayu-rayu tak kasi abi keluar outstation lama-lama, takut sakit masa tidur sorang-sorang. Macam saya sorang yang mengandung dan bawa baby dalam perut.

Doktor ada beri saya bekalan pil kalsium yang besar gedabak yang kena makan sebiji sehari sebelum tidur yang saya memang makan dengan patuh tetapi simptom saya masih juga tidak kurang-kurang. Firasat saya, dos yang saya makan masih tidak cukup barangkali. Mungkin doktor menjangkakan saya ada mengambil sumber kalsium yang lain juga. Sebulan, 2 bln, 3 bulan sy menderita siang malam sakit everywhere. Makin besar perut, saya makin terukkk. Dah rezeki saya tak teruk dengan alahan masa 1st trimester, tapi saya menderita kekurangan kalsium yang agak kritikal. Siksa bila fikir. Serik rasa nak mengandung.

Ostematrix mengubah segalanya

Sehinggalah saya diperkenalkan dengan ostematrix masa 7-8 bulan kehamilan. Ya, benar. Ketika usia kandungan sudah mencecah 30 minggu ke atas. 3rd trimester pregnancy. Fasa ketiga kehamilan. 7-8 bulan hamil. Setiap malam saya makan 4 tablet putih bujur itu dengan penuh bunga harapan.

Ajaib! Kesemua simptom yang buat saya ngeri kalau tidur malam tanpa suami di sisi perlahan-lahan lesap. Lama-kelamaan terus hilang daripada membelenggu kehamilan saya. Siap rindu nak abi picit-picit tengah malam pulak. :)

Saya hampir tak sedar yang saya mampu mendaki anak tangga hampir setiap hari dengan berstatus mak buyung. Sehinggakan di akhir-akhir minggu kehamilan, saya sangat kuat berjalan mengelilingi Taman Tasik Cempaka. :) Bukan satu round, bukan dua round, malah 3 round pun saya masih boleh tersenyum. Gembira dan bangga sekali. :) Ni orang Bangi je tau betapa luasnya tasik yang dapat saya tawan ini.

Selama ni saya tak pernah tau pun ada tablet kalsium yang sangat hebat dan mudah ditelan macam ni. Lambat. Kalau saya tau dari awal, sumpah saya akan mkn awak hari-hari sejak dulu. Tak payah sakit sana-sini. Tak payah berkira-kira nak jimat-jimatkan kekerapan mengandung. hehehe.

Sengsara btul kalau diingat balik kisah tu. Tapi, sekarang dia lah yang selalu buat saya mudah bangun pagi tanpa rasa kebas dan sengal lagi. Malah kini saya masih kuat dan gagah dukung adik baby yang dah cecah 7 kg di usianya 4 bulan. Baby yang bukan saja comel, malah sangat tegap! (sesi puji memuji anak sendiri) :)

Saya yang sekarang bukan yang dahulu lagi

Sehingga kini pun, saya masih setia dengan Cinta Pertama saya ni. Saya makan tablet kalsium Shaklee yang super hebat ni selepas bersalin, semasa berpantang, ketika menyusukan dan saya tak rasa saya akan tinggalkan dia walau saya sudah buat keputusan tidak mahu tambah anak lagi.

Saya semakin tua, umur saya semakin bertambah. Sudah tentu saya semakin memerlukan kalsium tambahan untuk keperluan harian serta mencegah osteoporosis yang sangat sinonim dengan wanita lanjut usia. Dah masuk 3 series ni memang kena celik nutrien ok.

Oh My Vitamin saya sayang kamu ketat-ketat, ostematrix!!!!

sebab kenapa saya sayang ostematrix shaklee

sebab kenapa saya sayang ostematrix shaklee

Ingin mencuba dan merasai sendiri bagaimana rasanya jatuh cinta dengan Shaklee ?

Ingin menikmati tempoh kehamilan yang membahagiakan ?

Ingin mencuba vitamin semulajadi yang mesra alam dan terbukti berkesan ?

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar Sah Shaklee Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar  019-3832656

1,724 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge