KISAH LEGEND KATAK PEKAK, LEMAS DAN HODOH YANG MENGINSAFKAN

Katak. Spesies Reptiles Amfibia yang saya paling geli tapi paling suka nyanyi sama dengan kakak Iman Nasuha yang sejak bersekolah memanjang lah nak berjoget si katak lompat segala.

“Lompat si katak lompat, Lompatlah tinggi-tinggi, Cepatlah adik cepat, Cepatlah bangun pagi-pagi. Kalau adik, malas lagi. Malas bangun pagi. Lalalalalalala.. Nanti adik rugi”

heheh..recall lirik jap.. Bagus tau mesej nasihat yang diselitkan dalam lagu yang ala-ala pantun ni. Bukan sebarang katak yang lembik, sejuk dan menggerutu walopun pelik jugalah dalam banyak-banyak spesies haiwan, kenapa katak yang jadi pilihan. Kenapa tidak zirafah ke, unta ke..

Lebih sesuai dan terkesan dengan hati orang-orang kita barangkali. Ok. Jom kita baca lagi kisah katak yang selalu kita buat hari-hari walopun kita bukanlah katak.

kisah motivasi katak

 

 

 

 

 

Kisah 1 

Alkisah di sebuah negeri ada 2 ekor katak yang telah terjatuh masuk ke dalam kolam susu. Si katak A lansung tidak berikhtiar untuk menyelamatkan dirinya, tetapi hanya berserah dan menunggu apa yang bakal berlaku. Dia berfikir seandainya sudah tertulis sebagai takdirnya untuk mati dalam keadaan sebegitu, dia redha. Oleh itu, dia hanya berdiam diri di dalam kolam susu tersebut. Dan akhirnya benarlah.. dia akhirnya mati dengan pilihan yang dilakukannya sendiri.

Sebaliknya si katak B telah berusaha melompat keluar sebaik terjatuh dengan sekuat tenaganya walaupun dia telah berada di dalam lautan susu yang boleh dinikmati seumur hidupnya. Setiap minit dia melompat-lompat seolah-olah sedang mengacau susu tersebut yang lama kelamaan semakin padaat, kental dan bertukar menjadi keju. Akhirnya, dia berjaya keluar dari kolam susu tersebut dengan hasil usahanya yang tidak jemu-jemu.

Moral yang boleh diambil daripada cerita dua katak ini mengajar kita untuk segera bertindaK, bergerak untuk melakukan suatu perubahan yang lebih baik dalam setiap bidang yang kita ceburi termasuklah ilmu pengetahuan, teknologi, ekonomi, mahupun pendidikan.

katak beracun

 

 

 

 

 

 

 

Kisah 2

Sebuah lagi kisah katak di suatu negeri, yang terkenal dengan Cerita Mitos Putera Katak yang selalu menjadi khayalan anak-anak kecil sebelum tidur. Sungguhpun begitu, ada nilai-nilai murni yang kita harus ambil iktibar.

Dikisahkan seorang puteri raja yang cantik jelita sedang bermain bola emas di taman kerajaan. Dengan tidak sengaja, tiba-tiba bola emasnya telah tercampak ke dalam lopak air berhampiran sehingga beliau menangis teresak-esak. Beliau berteriak meminta tolong, tetapi sayangnya tiada siapapun yang ada di situ yang mendengar kecuali seekor katak hodoh. Sang puteri kemudian berjanji sekiranya si katak sudi menolongnya, apa jua permintaan si katak akan dituruti.

Setelah terjadi kesepakatan antara sang putri dan si katak. Si katak memahami perasaan sang puteri dan akhirnya berjaya mendapatkan dan mengembalikan bola emasnya semula. Persitiwa ini kemudiannya ini sempat diceritakan sang putri pada ayahandanya, sang baginda raja.

Setelah beberapa bulan, di suatu majlis keraian kerajaan, datanglah si katak dengan jemputan Kehormat. Ketika itu, si katak dihidangkan makan yang enak-enak sehingga dapat makan sepinggan dengan si Tuan Puteri. Walaupun pada mulanya si puteri yang cantik menolak, namun beliau akhirnya menuruti permintaan si katak mengenangkan beliau telah berjanji sebelum ini. Si katak pun tidak mahu ketinggalan sehingga mengikut sang puteri sehingga ke kamar tidur yang menyebabkan putri marah-marah sehingga mengusir si katak keluar.

Ayahanda Raja yang mengetahui kejadian itu menasihati sang puteri akan setiap janji yang telah dilafaz seharusnya ditepati. Kita harus memegang komitmen dangan apa yang sudah kita janjikan. Akhirnya, sang puteri menuruti nasihat baginda raja, dicarinya semula si katak dan dipersilakan menemani ke kamar dengan senyuman dan layanan yang istimewa. Oleh kerana sang puteri telah menepati janji, terjadilah keajaiban apabila si katak yang hodoh tiba-tiba menjelma bertukar menjadi seorang jejaka kacak yang muda dan baik hati. Dipendekkan cerita, sang puteri telah jatuh cinta kepada pemuda itu. Kesudahannya mereka akhirnya berkahwin dan hidup gembira ke hujung nyawa.

Setiap kebaikan tentunya akan dibalas oleh Tuhan dengan kebaikan, begitu juga sebaliknya. Itulah kisah Putera Katak yang memberikan contoh tentang bagaimana memenuhi janji dan komitmen kita.

katak gemuk

 

 

 

 

Kisah 3

Berbeza pula dengan kisah si katak yang seterusnya ini yang berkisarkan tentang satu pertandingan memanjat tiang pokok pinang. Tiang yang harus dipanjat dengan ketinggian sekitar 10 meter dan sangat licin. Banyak sekali katak lain yang menyertai perlumbaan itu. Seekor katak cuba memanjat, namun akhirnya jatuh. Katak kedua pula mencuba, dan jatuh juga. Begitu juga dengan katak-katak berikutnya. Berkali-kali mereka cuba memanjat dan terus jatuh dan jatuh. Lagi dan lagi. Jatuh dan terus jatuh.

Ramai penonton yang mengomel-ngomel, “Ah, ia terlalu mustahil. Katak-katak tak akan mampu sampai ke puncak tiang.” Jeritan dan kata-kata para penonton itu memang membuat si katak semakin tidak yakin akan kemampuan diri masing-masing memanjat tiang itu sampai ke puncak. Semua katak yang lainpun akhirnya menyerah diri dan gagal. Tinggallah seekor sahaja katak yang terus memanjat tidak menyerah kalah. Dia jatuh, memulakan semula dari bawah, jatuh lagi.

Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya dialah satu satunya katak yang berjaya tiba ke puncak tiang itu dan menjadi juara. Setelah disoal selidik ternyata si katak pemenang ini adalah seekor katak pekak. Dia lansung tidak mendengar kata-kata jeritan daripada penonton yang telah mematahkan semangat rakan-rakan kataknya yang lain.

Semoga kita dapat mengambil manfaat dan pengajaran daripada kisah-kisah motivasi katak ini. Bukan setakat loya dan geli geleman dengan si katak yang bermata buntang itu!

Lagi Kisah Katak Rebus bersama LIVE VIDEO di SINI.

1,210 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation