KISAH CINTA BAGAIMANA SAYA TERJEBAK DENGAN SHAKLEE SEHINGGAKAN RASA TAK LENGKAP SEHARI TANPANYA

Harini nak share balik kisah bagaimana boleh terjebak dengan Shaklee.

Baru lepas makan 4 biji tablet kalsium yang nama glemernya ostematrix. Ambil immediately before sleep adalah tips kemujaraban yang terulung sebab kalsium diserap dengan baik masa tubuh kita dalam keadaan rehat (tidur).

Oh ye disebabkan semalam bercerita dengan abah pasal geng surau dia yang datang beli ostematrix dekat rumah. terus abah angkut botol-botol ostematrix bawak masuk tidur. Berkobar-kobar betul nak makan dengan disiplin lepas tau yang ostematrix tu bukan saja boleh melembutkan najis, tapi boleh redakan sakit dan kaki yang lenguh-lenguh.

Terusss anak dia ni terkenangkan kisah cinta dengan Shaklee yang buat makin hari makin sayang. So malam ni saya share kisah cinta luar biasa saya ni.

Ostematrix – segalanya bermula

Sejak kecil, saya memang tak suka minum susu. Bau pun boleh buat loya dan yang dalam mulut termuntah balik semua. Jangan kata susu putih, semua unsur berkaitan susu termasuklah cookies or aiskrim susu, pun saya alergik. Pendek kata semua lah yang ada nama susu. Salah satu sebab badan tak besar, duk ketot macam tu jelah, tak mau tinggi-tinggi.

Sehingga saya besar, menginjak usia, meniti keremajaan.. pun saya masih melalui hari-hari tanpa susu. Siap pasang niat, “alah..rilek aar..esok-esok bila pregnant barulah start minum susu”

Segalanya berubah dan bermula bila saya pregnant anak sulung masa tahun 2012.. Setiap hari saya rasa sakit dekat seluruh tubuh badan. Setiap anggota rasa lenguh. Asal duduk lama sikit kaki akan krem. Terkial-kial sorang-sorang betulkan kaki bawah meja kat ofis. Teruk tapi benar.

Bila tidur malam betis kejang. Simpul biawak atau mengkarung, semua saya dah rasa. Sampai menangis-nangis dan rasa mcm tulang semua dah mereput tahap kronik. Sempat sy terfikir, macamni punya azab ke jadi mak mengandung?

Akibat kedegilan itu, saya semakin menderita sakit pinggang yang rasa seakan nak patah, lenguh betis dan lutut rasa mcm nak lucut. Sangat tak larat nak buat semua benda. Kerja rumah pun terbengkalai. Bukan seabb alahan mengandung, tapi gara-gara tak cukup kalsium. Gusi selalu berdarah, gigi mudah goyang macam dah tua sangat. Boleh dikatakan setiap malam saya menangis bila tiba-tiba betis dan kaki rasa kejang. Merayu-rayu tak kasi abi keluar outstation lama-lama, takut sakit masa tidur sorang-sorang. Macamlah saya sorang je yang mengandung dan bawa baby dalam perut.

Doktor ada beri saya bekalan pil kalsium yang besar gedabak yang kena makan sebiji sehari sebelum tidur. Saya memang makan dengan patuh tetapi simptom saya tu masih juga tak kurang-kurang. Firasat saya, dos yang saya mkn masih tak cukup barangkali. Mungkin doktor ingat saya ada ambil sumber kalsium lain.

Sebulan, 2 bulan, 3 bulan saya menderita siang malam sakit everywhere. Makin besar perut, saya makin terukkk. Dah rezeki saya takde alahan masa 1st trimester, tapi saya menderita kekurangan kalsium yang agak kritikal. Siksa bila fikir. Serik rasa nak mengandung dengan keadaan macamtu.

Sehinggalah saya diperkenalkan dengan ostematrix masa 7-8 bulan kehamilan. Masa tu usia kandungan dah cecah 30 minggu ke atas. 3rd trimester pregnancy. Siap terdetik dalam hati, mahalnya “biji kalsium sampai 61 hengget. baik minum susu kalo ginih” (pulak daaahh.. perangai sangat makyong ni kan)

Dalam rasa skeptikal dan tak percaya yang ostematrix boleh membantu, setiap malam saya makan 4 tablet putih bujur itu dengan penuh bunga harapan. Insof katanya.

Ajaib! Baru 2-3 hari kesemua simptom yang buat saya ngeri kalau tidur malam tanpa suami di sisi perlahan-lahan lesap. Lama-kelamaan terus hilang daripada membelenggu kehamilan saya. Siap rindu nak abi picit-picit tengah malam pulak. Mengada-ngada sangat. Saya hampir tak sedar yang saya mampu mendaki anak tangga office yang di tingkat dua tu hampir setiap hari dengan berstatus mak buyung. Sehinggakan di akhir-akhir minggu kehamilan, saya sangat kuat berjalan mengelilingi Taman Tasik Cempaka (nak kasi cepat bersalin kekdahnya). Bukan satu round, bukan dua round, malah 3 round pun saya masih boleh tersenyum.

Kisah mak yong yang gagah mendaki candi borobudur

Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! from iReach HD on Vimeo.

Selama ni saya tak pernah tau pun ada tablet kalsium yang sangat hebat dan mudah ditelan macam ni. Lambat. Kalaulah saya tau dari awal, sumpah saya akan mkn awak hari-hari sejak dulu. Tak payah sakit sana-sini. Tak payah berkira-kira nak jimat-jimatkan kekerapan mengandung. hehehe. Sengsara betul kalau diingat balik kisah tu. Tapi, sekarang dia lah yang selalu buat saya mudah bangun pagi tanpa rasa kebas dan sengal lagi.

Bonus tambahan sebab baby yang lahir pun tubuhnya tegap, pejal dan senang pegang. Saya mmg tak merasa lansung azab yang mak dalam pantang selalu cerita bab nak membuang sampai jadi sembelit dan buasir. Baru saya tau kandungan magnesium dalam ostematrix ni bantu untuk pengecutan usus dan lembutkan najis jugak. Terus rasa murah gila sebotol ostematrix kalau saya compare dengan kos beli setin susu ibu mengandung atau susu segar hari-hari.

Sehingga kini pun, saya masih setia dengan Cinta Pertama saya ni. Sejak kenal dia masa preggy anak sulung, saya terus makan tablet kalsium Shaklee yang super hebat ni lepas bersalin, masa pantang (hari-hari membuang lancar dan najis lembut je), ketika menyusukan dan saya tak rasa saya akan tinggalkan dia sekalipun jika saya dah buat keputusan takmau tambah anak lagi.

Saya semakin tua, umur makin bertambah. Sudah tentu saya semakin memerlukan kalsium tambahan daripada suplemen untuk keperluan harian serta mencegah osteoporosis yang sangat sinonim dengan wanita lanjut usia. Dah masuk 3 series ni memang kena celik nutrien ok. Saya tak minum susu, cheese dan yougurt saya tak suka.

Keluarga tersayang pun dah jatuh cinta sama

Vitamin kesayangan yang saya dah consume hampir 4 tahun ni saya sayang sebab ia juga buat keluarga tersayang saya mendapat banyak manfaat. Memang sayang sebab banyak sangat membantu perjalanan mengandung, bersalin, berpantang dan menyusukan anak dara 2 orang ni.

Sampai hari ini pun masih setia dengan vitamin yang sama sebab bulan puasa ni dia jugaklah yang “mengisi perut” dan kasi menten bertahan sampai petang sekalipun tanpa makanan ruji orang melayu. Alhamdulillah.

Takde timbul isu membazir langsung sebab lepas beranak ka, operation ka, nak ganti puasa ka, nak jadi supermak ka.. semua pulun makan vitamin yang sama je. Boleh share lagi makan sama-sama satu family dengan suami sekali.

Kalau dulu pak suami tu asyik juih-juih mulut bila disuruh makan vitamin, tapi sekarang dia sendiri yang ambik dan telan bila badan dah start rasa tak sedap atau acah-acah nak demam selsema.

Tu belum cakap pasal si kenit berdua yang suka sangat dengan vitamin tahap boleh buat jajan dan kudap-kudap.

Baru perasan yang budak-budak ni tidaklah ekstrem terhadap makanan rapu macam kanak-kanak lain seusia mereka (walopun kenkadang tu jakun jugak tengok orang lain makan cekedis). Sesambil tengok Didi & Friends pun mulut duk mengunyah buah epal ngan oren diorang ni. #eatclean #eathealthy sangat kekdahnya.

Benarlah nutritionist kata, bila tekak asik nak makan merepek yang tak sihat, yang manis-manis.. itu maknanya badan kita kekurangan vitamin tertentu.

Walopun ada yang mulut-mulut “overconcern” yang berbunyi,

“eh.. bagi makan vitamin pun anak sakit jugak?”

“eh.. bagi nenen tak campur susu tepung pun anak kena tahan wad?”

Hek eleh. Suruh makan bcomplex kang..

Tapi sebagai SID pro kita senyum jelah. Dalam hati zikir banyak-banyak kata “semoga dia jadi customer aku suatu hari nanti”. :)

Nanti kalau ada mood saya share cerita sikitlah pasal kisah “anak beranak makan vitamin tapi sakit berjemaah”

Yang pasti, tak pernah la saya rasa sangat berbaloi guna barangan kesihatan sampai macam ni. Tiap bulan dapat cashback lepas tu tak sedar vitamin semua yang duk makan tu semua free.

Best ke best ke best?

Paling best sebab sejak kenal dgn shakeli saya siap dapat detoks satu rumah sekali tau!

Kalau ada yang nak rasa jugak mcmana jatuh cinta dengan vitamin, boleh cari saya. Nak tanya saje boleh, nak beli terus pun laaggiii bagus.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran

Nusaybah Anuwar – 019 3832656

367 total views, 1 views today

2 Thoughts on “KISAH CINTA BAGAIMANA SAYA TERJEBAK DENGAN SHAKLEE SEHINGGAKAN RASA TAK LENGKAP SEHARI TANPANYA

  1. Pingback: PERUBAHAN YANG BERLAKU SELEPAS BERSHAKLEE YANG BUAT SAYA RASA INILAH BISNES MLM TERBAIK PERNAH SAYA JOIN | Life is a Story

  2. Pingback: CARA MENURUNKAN BACAAN DARAH TINGGI SECARA SEMULAJADI SELAIN BERGANTUNG KEPADA UBAT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation