KISAH ANAK SENDIRI – MACAM MANA BOLEH TERJEBAK DENGAN SUSU KAMBING, TAKDE BAU HAMIS KE?!

Hari ni nak bercerita perihal susu anak.

Seringkali, apabila disebut tentang susu, kita akan membayangkan susu serbuk dalam tin yang kebanyakannya susu daripada lembu. Walhal, susu kambing adalah lebih tinggi khasiat dan manfaatnya berbanding susu lembu.

Eh?!

Ada yang tak perasan atau tak tau?

Lama dah tau…. Tapi, susu kambing mahal..

Yeke?

Istilahnya bukanlah mahal, tapi lebih kepada jarang dan agak susah sikit nak dapat kalau dibandingkan keduanya.

Cuba fikir balik sejenak masa nak buat aqiqah anak dulu, daging kambing dengan lembu mana satu yang lagi tinggi RM? :)

Memang tak ada larangan, syarat mahupun paksaan untuk kita memberi hanya susu tertentu pada si kecil, tapi apa yang paling penting ialah kesesuaian susu tersebut pada anak kita. Tak semua susu anak kita nak minum senang-senang macam tu je. Fasa menukar atau memperkenalkan susu baru pada anak adalah fasa yang paling kritikal sebenarnya.

Termasuklah juga darisegi rasa dan kandungan nutriennya. Itu belum diambil kira tentang alahan, muntah-muntah, cirit-birit atau naik ruam merah lagi..

Betul. Tak ada seorang ibubapa atau emak abah pun yang tak sayang atau tak mahukan yang terbaik untuk anaknya kan?

Namun seboleh-bolehnya, di usia-usia awal bayi selepas dilahirkan, berusahalah untuk memberikannya titisan emas daripada ibu yang tinggi kandungan zat dan atibodi untuk menentang jangkitan penyakit. Dipermulaan umur bayi (0-6 bulan), susu ibu adalah pilihan utama yang sepatutnya diberikan bagi melunaskan tanggugjawab kita dan hak mereka.

Kongsi kisah anak sendiri

Orang kata, ilmu dan pengajaran yang paling berharga ialah daripada pengalaman sendiri kan? Kisah sebenar daripada pengalaman lalu yang diceritakan itulah juga yang akan lebih “dekat” di hati.

Betul. Saya setuju sangat.

Macam yang dah beberapa kali saya ceritakan dalam entri sebelum-sebelum ini, anak dara saya yang sulung dapat mengecapi manfaat susu ibu penuh selama lebih kurang setahun 6 bulan. Disebabkan beberapa masalah berkaitan kesihatan saya yang tidak mengizinkan setelah mengandungkan si adik, penyusuan terpaksa dihentikan tanpa rela.

Saya kemudiannya bertukar kepada susu kambing fresh yang dijual di pasar tani, direct daripada penternak kambing tapi anak saya taknak minum. Saya terus terusan mencuba dengan meninggalkan bekalan susu setiap hari di sekolah walaupun setiap hari saya kecewa melihat bekas susu yang nampak macam tak luak pun.

Dari sehari ke sehari saya cuba mencari susu alternatif sehinggalah saya menemui susu kambing dengan formula makanan sunnah, setelah mendapat advice daripada seorang rakan ibu yang anaknya juga mengalami masalah yang sama.

Kata ibu itu, ini bukan sebab jenama susu apa yang kita bagi, tapi kerana si anak belum dapat menerima hakikat bahawa momen indah dia dan ibu akan berhenti hanya setakat ini. Fasa peralihan yang sukar dan perit.

Akhirnya…

Sebelum tu, hampir 2 bulan anak saya hanya minum air masak di taska, gara-gara tekak yang masih belum bersedia menerima susu baru. Salah satu sebab yang paling utama ialah anak saya mempunyai alahan terhadap susu lembu.

Ingat lagi betapa cemasnya kami suami isteri bila anak nan seorang tiba-tiba mengalami muntah dan cirit-birit dengan teruk setelah diberi minum air milo kotak.

Tak dapat digambarkan perasaan saya. Al-maklumlah.. masa tu agak muda lagi (kononnya lah)… Anak pun baru sorang.

Tak cukup tanah saya berlari anak sambil dukung kakak melintas jalan sebaik turun dari kereta nak ke klinik pakar kanak-kanak. Masuk ke bilik doktor, jelas saya dapat dengar bunyi pada perut kakak Iman yang seolah-olah tengah bergelodak macam mesin yang sangat aktif bekerja. Kata doktor, usus kakak sedang bertindakbalas dengan apa yang kakak telah makan. Kami juga ditanya tentang “unusual food” yang diberi pada kakak.

Kesian sangat tengok keadaan kakak masa tu. Abi rasa betul-betul bersalah sebab biarkan kakak hijack sekotak milo yang abi beli sampai habis kakak sorang minum.

Jangankan kata makanan, air pun kakak reject habis-habisan. Lemah, lembik tak bermaya je kakak berbaring. Memang menitik airmata ibu bila tengok kakak kunyah dan telan dengan bersungguh-sungguh makanan pertama yang atuk bagi dekat kakak sebaik saja kakak dah mula rasa sihat.

Oh ya, cakap pasal alahan, macam-macam jenis alahan sebenarnya yang mungkin dihidapi oleh anak-anak kita.

Macam itu jugalah kisahnya kalau anak kita jenis yang alahannya timbul pada permukaan kulit. Naik ruam kemerahan atau gatal di seluruh anggota badan dengan tiba-tiba pun salah satu daripada petanda alahan juga. Alahan pada produk tenusu yag tertentu.

Oleh sebab ini jugalah saya tegar dengan misi mencari susu gantian yang hampir sama walaupun takkan ada yang sebaik susu ibu.

Dan saya telah memilih susu kambing.

Setahun lebih Iman Nasuha minum susu kambing tersebut dan…

Long Story Cut Short.

Ada sebab kenapa saya tukar susu anak.

Saya dan beberapa geng lain yang juga beri susu yang sama pada anak masing-masing, menghadapi masalah stok susu yang selalu putus-putus.

Memang sampai tahap semput la nak cari ganti yang lain. Bukan sehari dua oi nak boleh serasi dengan susu baru.

Sekali lagi saya mencari talian hayat.

Mujur ada seorang rakan ibu yang sudi berkongsi perihal anaknya yang juga penghidap ekzema yang agak kronik minum susu kambing organik jenama ini.

Macam yang ramai dah maklum, kes alahan ekzema ni kalau bab berpantang makan, memang kena betul-betul strict. Macam tu juga dengan susu.

Atas recommendation, saya pun cuba sekotak.

Alhamdulillah, serasi dan anak saya suka, tanpa banyak songeh. :)

Beruntungnya rasa. Walaupun tak kenal dan tak pernah bersua muka. Kami beramas-mesra cuma di WhatsApp Group parents taska. Bagus juga tak left group walaupun kenkadang ada juga sesetengah pihak yang bikin rasa annoying.

Dah banyak-banyak join group menyembang, macamni lah.

Yang baik kita ambik, yang kureng tu buat-buat tuli ajelah. Kita pun ada masanya menjengkelkan jugak, cuma tak sedar. Sesekali seronok apa boleh tukar-tukar story dan share pengalaman terdahulu pasal karenah dan isu berbangkit anak masing-masing.

Bab gossip memang tak sebab Tuan Tanah Kedaung A.K.A owner taska yang jadi admin tu garang. So, semua tak berani. hahaha…

Tapi part lain memang syok. Sambil baca WhatsApp geng ibu-ibu pun airmata boleh meleleh laju. Terasa mak-mak sangat sekarang ni.

Yang selalunya ialah part announcement baju atau seluar anak yang tertukar.

Pinjam meminjam pampers dan susu pun pernah.

Senang kan kalau ada beberapa orang anak yang minum susu yang sama?

Hari ni kita punya habis, mintak awak sikit.. esok lusa awak punya tak sempat restock kita share susu saya pulak.

Benda baik kena kongsi. Kelak, manfaatnya kita juga yang rasa.

Moral of da story, jangan asyik nak sentap left group kalau ada seorang dua yang menyakitkan hati. Kita pun ada masa meroyan tak tentu pasal. Ramai je lagi kenalan lain dari golongan ibu-ibu tu yang best. :)

Baca Juga : Kelebihan dan perbezaan Susu Kambing Suffy berbanding yang lain

susu kambing organik Suffy

susu kambing organik Suffy

Pengedar sah Suffy Goat – Susu Kambing Organik dengan ekstrak makanan sunnah serta terapi ayat rukyah dan doa syifa

Nusaybah Anuwar 019-3832656

COD sekitar Kajang dan Bangi

1,462 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation