KEWUJUDAN MOLECULAR DISTILLATION DALAM SUPLEMEN MINYAK IKAN

Semalam ada seseorang WhatsApp saya tanya pasal “molecular distillation”. Saintifik sangat bunyi nya kan.

Nak tau tak apakah yang ditanya?

“Saya nak beli minyak ikan, tapi saya nak tau dalam Omega Shaklee ada molecular distillation tak? Saya baru je buat full medical checkup, dan doktor kata dalam badan saya ada plumbum”

Takut tak bunyi soalan ? Dah macam ahli kimia pulak ku rasa. :)

Saya tersenyum sambil menaip jawapan yang berlegar dalam fikiran. Seronok sebenarnya bila ditanya tentang sesuatu yang kita tahu. Yang fakta, bukan auta.

Apa itu molecular distillation?

Bahaya ke benda ni?

Pernah dengar?

Tak pernah dengar?

Pernah tahu?

Tak pernah diberitahu?

Tahu tapi tak pernah ambil tahu?

minyak masak melalui proses penyulingan atau pemeringkatan untuk mendapatkan minyak yang berkualiti dan baik untuk kesihatan

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya, mollecular distillation ni bukanlah satu unsur kimia atau zat mahupun nutrien tertentu yang terkandung dalam kapsul minyak ikan.

Ia adalah suatu proses yang terlibat dalam penghasilan suplemen minyak ikan yang kita ambil sebelum ia sedia untuk dimakan.

Minyak ikan yang dihasilkan oleh Shaklee bukan sahaja melalui double molecular distillation, malah triple molecular distillation. Orang Melayu kita kata pemeringkatan 3 kali. Macam minyak masak jenama Seri Murni tu… :)

Seperti juga air mineral yang kita minum setiap hari, ia harus melalui proses penyulingan bagi menapis kekotoran, bahan cemar dan logam berat yang boleh membahayakan kesihatan kita yang terkandung di dalamnya.

minyak ikan sangat bermanfaat untuk kesihatan otak, mata dan sendi

 

 

 

 

 

Minyak ikan Shaklee yang diberi nama Omega Guard ini mempunyai Gred Farmaseutikal dan melalui pelbagai proses penyulingan yang ketat bagi :

  • membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan lain-lain yang terdapat dalam ikan air laut dalam yang diekstrak
  • mengurangkan oksidasi dan pembentukan lemak trans yang tidak baik untuk kesihatan
  • menjaga keaslian dan ketulenan minyak ikan tanpa perasa, pewarna atau pengawet tiruan
  • menghilangkan rasa dan bau hanyir ikan walaupun kepekatannya lebih tinggi daripada jenama lain

Semasa proses pembuatan, ia diproses dalam suhu yang rendah dan sentiasa dipantau bagi mengekalkan ketulenannya.

Khasiat omega-3 juga boleh diperoleh dengan pengambilan ikan, terutama ikan salmon, tuna, mackerel.

Sebab itulah, ikan sebaiknya tidak dimasak dengan cara digoreng terlalu garing kerana ia bukan sahaja akan menghilangkan rasa asli ikan tersebut, malah kandungan nutrisi nya juga akan terjejas dan berkurang.

Begitu juga apabila kita menggoreng ikan dengan minyak yang terlalu panas atau dengan suhu yang terlalu terlalu tinggi.

Mengapa?

Suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan omega-3 yang terdapat di dalam ikan. Jadi, seelok-eloknya ikan dimasak dengan kaedah mengukus dan stim. Atau kalau lebih suka dengan ikan goreng, elakkan daripada menggoreng ikan tersebut terlalu lama.

Omega Guard Shaklee - kaya dengan EPA dan DHA yang berfungsi menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata

 

 

 

 

 

 

Satu botol Omega Guard Shaklee mengandungi 90 biji kapsul minyak ikan. Setiap kapsul Omega Guard Shaklee menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk EPA dan DHA setiap satu. Ia dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, serta memelihara kesihatan mata dan saraf.

Selain itu, minyak ikan ini juga sangat memberi manfaat untuk mencegah penyakit saluran darah dan strok seperti :

  1. Mengawal tekanan darah tinggi
  2. Mengekalkan tekanan darah di tahap normal
  3. Merendahkan kadar kolesterol
  4. Menghindarkan pembekuan darah di dalan badan
  5. Mengawal masalah obesiti
  6. Menggalak peredaran darah yang lancar dan sihat

Kesemua di atas juga dapat mengelakkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular yang merupakan salah satu pembunuh utama di Malaysia dan sangat sinonim dengan rakyat di negara ini.

Masih tercari-cari jenama minyak ikan yang terbaik ?

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar  019-3832656

1,192 total views, 4 views today

One Thought on “KEWUJUDAN MOLECULAR DISTILLATION DALAM SUPLEMEN MINYAK IKAN

  1. Pingback: KEBAIKAN MINYAK IKAN OMEGA GUARD SHAKLEE | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation