KEUNIKAN VITAMIN C SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN YANG ANDA PATUT TAHU, SAYA MESTI PILIH!

Kegilaan wa­nita Malaysia untuk tampil muda, cantik dan berkulit putih gebu menyebabkan ramai yang sanggup bergadai nyawa mendapatkan suntikan vitamin C murah dengan cuma bermodalkan RM1 sebotol di kedai-kedai kecantikan di pekan Golok, Thailand.

Lebih mengejutkan, ramai yang tidak peduli mengenai kesahihan kandungan sebenar vitamin C murah itu, bahkan langsung tidak kisah dengan kesan sampingan yang boleh mengancam nyawa.

Berdasarkan pendedahan pakar kesihatan, penggunaan vitamin C secara berlebihan dan tanpa kawalan boleh menyebabkan seseorang mengalami kerosakan buah pinggang, penyakit hati, pandangan menjadi kabur, malah boleh membawa maut sekiranya suntikan itu terkena otot atau tisu lemak.

Tinjauan ke Pekan Golok yang hanya sejam perjalanan dari Kota Bharu ini mendapati hampir semua produk vitamin C yang dijual di puluhan kedai kecantikan dan ubat di situ tidak mempunyai kelulusan daripada pihak berkuasa kesihatan negara itu.

-Petikan Akhbar Kosmo-

Wah! Memang gila! Gila untuk kelihatan cantik!

Selain untuk kecantikan, suplemen bernama asid askorbik atau lebih dikenali sebagai vitamin C adalah nutrien penting yang sangat diperlukan oleh manusia dan beberapa jenis haiwan tertentu. Ia juga merupakan salah satu daripada vitamin utama yang paling dikenali ramai.

Vitamin C yang ingin saya ceritakan pada entri ini tak lain dan tak bukan ialah Vitamin C Shaklee yang mendapat nama Sustained Release Vitamin C atau Vitamin C SR.

buah buahan citrus tinggi kandungan antioksidan

Berbeza dengan jenama lain yang terdapat di pasaran, Shaklee menghasilkan Vitamin C yang diekstrak daripada kanji jagung (corn starch) yang merupakan sumber asli Vitamin C. Ia turut dilengkapi dengan “Citrus Bioflavonoids Complex” dan juga “Sustained Release System.

Setiap satu tablet membekalkan 525.35mg vitamin c semulajadi iaitu bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren termasuk kulitnya. Kaedah Sustained Release ini membolehkan vitamin C diserap ke dalam badan kita sedikit demi sedikit dalam jurang masa 5 jam (1 setengah biji oren setiap jam selama 5 jam). Sepanjang tempoh 5 jam tersebut ia akan membantu dalam memastikan badan kita sentiasa mengandungi Vitamin C di saat ia diperlukan.

Vitamin C yang dihasilkan ini mempunyai molekul yang hampir sama dengan yang terkandung dalam buah-buahan citrus. SR Vitamin C ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids (25% diekstrak daripada kulit buah) yang berfungsi membantu penyerapan vitamin C yang lebih optimum. Ia sekaligus akan membantu mencegah proses oksidasi dan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita.

Vitamin C Shaklee adalah yang pertama menggunakan teknologi ini di mana ia bertindak secara pelepasan jam demi jam selama 5 jam untuk memenuhi keperluan tubuh. Ujian klinikal yang dilakukan membuktikan 2 tablet vitamin C dengan Teknologi SR dapat mengekalkan keberadaan vitamin C dalam plasma darah kita selama 24 jam.

Proses detoks – Vitamin C mampu mencantumkan bahan-bahan berupa logam berat seperti raksa dan plumbum daripada sumber air paip yang tidak ditapis dengan sempurna, agar dapat dikeluarkan daripada tubuh kita dengan lebih mudah.

Berbalik kepada penggunaan kanji jagung di dalam tablet vitamin C Shaklee, ia memang salah satu ciri yang membezakannya dengan vitamin C lain di pasaran. Walaupun molekulnya menyamai khasiat buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C seperti buah oren, ia kurang memberi kesan asid kerana bahan asasnya ialah jagung. So, boleh je nak makan vitamin C Shaklee masa perut kosong, takde sakit atau pedih-pedih perut punya.

Best kan?

vitamin c shaklee diekstrak daripada kanji jagung

vitamin c shaklee diekstrak daripada kanji jagung

Jagung dikategorikan sebagai tumbuhan yang kaya serat, vitamin B serta sumber anti-oksidan – pigmen semulajadi berwarna kuning (zeaxanthin dan lutein) – karotenoid yang berfungsi sebagai antioksidan yang baik untu menentang radikal bebas. Ia juga efektif sebagai agen antikanser. So, kalau nak makan jagung, pilih yang berwarna kuning tua sebab zat dan nutrisinyanya lebih padat.

Usia yang meningkat menyebabkan tubuh kita hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri. Sungguhpun begitu, keperluan vitamin C masih boleh diperoleh daripada sumber semulajadi makanan seperti buah limau, buah beri merah, tomato, strawberi, brokoli, kubis brussels, merah dan lada benggala hijau, dan bayam.

Ketika masih muda, kita tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti vitamin C, peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah. Dalam situasi inilah kolagen yang juga sejenis protein bekerja bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat, licin dan anjal.

kelebihan vitamin c shaklee

kelebihan vitamin c shaklee

Oh YES. Suplemen vitamin C juga berperanan merangsang pembentukan kolagen yang juga adalah sebatian asas otot, tendon, gusi, rangka, tisu dan tulang rawan. Kalau nak lagi cepat, boleh terus minum kolagen je. :)

Untuk anak-anak syurga pula, Shaklee ada Chewable vitamin C yang tidak kurang sedapnya walaupun rasanya tidak manis seperti vitamin C kanak-kanak jenama lain yang dijual di pasaran. Al-maklumlah, dah kata semulajadi tanpa pewarna tiruan atau perisa tambahan.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak akan membantu anda membuat pemilihan vitamin C yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan luar dan dalam. Pilihan di tangan masing-masing. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Kajang, Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya

Nusaybah Anuwar – 019-3832656

1,123 total views, 2 views today

3 Thoughts on “KEUNIKAN VITAMIN C SHAKLEE BERBANDING JENAMA LAIN YANG ANDA PATUT TAHU, SAYA MESTI PILIH!

  1. Pingback: ANAK SELALU TAK SIHAT DEMAM BATUK SELSEMA | Life is a Story

  2. Pingback: VITAMIN SHAKLEE UNTUK PESAKIT PSORIASIS | Life is a Story

  3. Pingback: CARA MAKAN VITAMIN C YANG BETUL TAK BAZIR | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation