KEPENTINGAN MULTIVITAMIN DALAM DIET

Multivitamin merujuk kepada dietary suplement yang mengandungi vitamin larut lemak (A, D, E, K), vitamin larut air (B1, B2, B6, B12, C, Folic Acid, Niacin, Pantothenic Acid, Biotin) dan mineral-mineral penting(calcium, phosphorus, iron, iodine, magnesium, manganese, copper, zinc, dan berbagai lagi).

Vitamin dan mineral ini diistilahkan juga sebagai mikronutrien yang diperlukan dalam badan dalam kuantiti yang sangat kecil. Mikronutrien ini berbeza dengan ‘makronutrien’ (Karbohidrat, Lemak dan Protein) yang berfungsi membekalkan kalori. Dengan kata lain, mikronutrien adalah bersifat ‘kosong kalori’.

KEPENTINGAN MULTIVITAMIN : PERLUKAH PENGAMBILAN MULTIVITAMIN ?

Pakar Kesihatan Usia dari Pusat Perubatan Pantai, Dr. Rajbans Singh berkata :

Penjagaan kesihatan patut diutamakan sejak usia muda lagi. Kemerosotan kesihatan disebabkan banyak perkara, antaranya gaya hidup yang sentiasa sibuk, tabiat pemakanan yang gemar kepada makanan segera dan tidak bersenam.

Jelasnya, semua orang tahu bahawa pemakanan seimbang sangat penting untuk  kesihatan. Namun dalam kesibukan urusan seharian, sukar untuk kita pastikan  mengambil makanan yang benar-benar berkhasiat.

Kesudahannya kata beliau, kita terpaksa memilih makanan segera yang kononnya  ‘nilai untuk wang anda’ tanpa menyedari ia sebenarnya punca kepada kebanyakan  penyakit.

Melalui gaya pemakanan yang tidak seimbang ini, badan kita tidak berupaya  mendapatkan mineral dan vitamin secukupnya,” katanya.

Kerana itu Dr. Rajbans berkata, bagi mendapatkan semula keperluan tubuh dalam  menjalankan fungsinya dengan betul, kita digalakkan mengambil suplemen berbentuk multivitamin.

Jelas beliau lagi, pada usia melebihi 50 tahun pengambilan nutrisi perlu  berubah selaras dengan proses penuaan dan gaya hidup yang berlainan.

Sedutan Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my ARKIB KESIHATAN : 30/05/2010

doctors_best_multiple_vitamin

Multivitamin adalah pilihan terbaik bagi mereka yang tidak mahu mengambil pelbagai jenis vitamin, tetapi dalam masa yang ingin tubuh kekal cergas dan aktif.

Nutrien yang mencukupi ketika menurunkan berat badan

Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti kuning telur (kecuali pengamal diet atkins yang anti-carbs). Itu baru contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain? Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk turun berat badan akan menjadi semakin perlahan! Salah satu faktor tubuh kelihatan lemah dan lesu adalah disebabkan kekurangan mikronutrien dalam diet seharian.

Faktor sibuk

Faktor kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadangkala tidak seimbang (dari segi kandungan mikronutriennya), terutamanya jika anda sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah. Rata-rata warga kota masa kini lebih kerap makan di kedai berbanding di rumah kerana kesuntukan masa dan tuntutan tugas.

Nutrien termusnah akibat dimasak

Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan manusia (dalam 35 darjah celcius), jika lebih daripada itu, ia mungkin akan musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yang terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan sepenuhnya oleh badan kita.

Stress (keletihan, tekanan perasaan, kerja)

Dalam dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu tidak menghidap tekanan mental atau lebih sinonim digelar stress. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien penting adalah lumrah disebabkan tekanan perasaan, mental, dan sebagainya

Kualiti dan gred makanan yang semakin rendah

Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia yang digunakan sebagai Baja dan pelindung yang mungkin memusnahkan kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.

Pencemaran Alam sekitar

Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem ketahanan tubuh kita kian terancam, dan mikronutrien yang hanya diperolehi daripada makanan sahaja mungkin tidak lagi relevan dan mencukupi untuk keperluan seharian tubuh.

Tabiat terlalu memilih makanan

Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber mikronutrien, dan ini tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium yang merupakan zat dan mineral penting yang sepatutnya dititiberatkan.

Tahap penyerapan nutrien yang rendah

Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin berfungsi membantu dalam memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa mencukupi.

Harganya yang murah

Secara purata, sebiji pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok sehari, mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang baik untuk kesihatan? Nikmat kesihatan yang dikecapi saban hari akan mula dihargai apabila kita sudah jatuh sakit. Mahukah anda jadi begitu?

Role Model kita

Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (kalau tak salah jenama yang beliau ambil ialah “Shaklee”)

Dalam satu laporan Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA), setiap orang  dewasa disaran mengambil satu multivitamin sehari. Jika tahap asid folik,  vitamin B6 dan vitamin B12 rendah, seseorang itu terdedah kepada faktor risiko  penyakit kardiovaskular, barah kolon dan payu dara selain masalah tiub saraf.

Masalah fizikal, sosial dan emosi akan mengganggu selera atau mungkin  menjejaskan keupayaan membeli dan menyediakan makanan seimbang seperti ketika  muda.

Masalah psikologi turut menjadi penumbang kepada kurangnya penyerapan  vitamin. Manakala masalah dental menyebabkan individu pada usia ini mula beralih  kepada makanan lembut yang mungkin tidak mengandungi vitamin dan mineral  secukupnya bagi memastikan kesihatan yang optimum.

Dengan pengambilan multi vitamin yang lengkap, individu berusia boleh  menjalani pertambahan usia dengan lebih yakin. Tambahan pula, kini lebih  ramai individu semakin aktif di sebalik peningkatan usia seperti mula terlibat  dengan perniagaan selepas bersara.

Di Malaysia, ada pelbagai jenis multivitamin yang boleh anda perolehi di pasaran. Namun, kita harus bijak memilih dan membuat kajian melalui pembacaan akan vitamin yang ingin diambil, termasuklah :

  • status HALAL pihak syarikat yang menjual vitamin
  • vitamin yang dihasilkan adalah semulajadi
  • mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Vitalea Shaklee makanan tambahan berupa multivitamin yang terbaik – PERTAMA DI DUNIA !

Harga sebotol Vitalea Shaklee RM 88.75 (120 biji). Hanya RM0.73 sebiji. Tersangat murah!

1796680_10151947475931938_604346586_nImage234524338

SMS/Call/WhatsApp your SID : NUSAYBAH 019-3832656 untuk tempahan dan konsultasi

Kita adalah apa yang kita makan..  Bertindaklah sekarang!

1,828 total views, 2 views today

One Thought on “KEPENTINGAN MULTIVITAMIN DALAM DIET

  1. Pingback: kurus dan sihat tanpa perlu berlapar | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation