KEPENTINGAN FOLIK ASID BAGI IBU HAMIL

APAKAH ASID FOLIK ?

folicacid

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara  semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga  yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin  sarapan diperkuat dengan asid folik.

MENGAPAKAH ASID FOLIK DIPERLUKAN OLEH IBU HAMIL ?

  • Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan  dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
  • Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak  tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
  • Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat.  Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari  pada masa itu.
  • Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika  anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan  kesihatan anda ataupun bayi anda.

BERAPAKAH JUMLAH DOS YANG DIPERLUKAN ?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik  sahaja anda merancang utk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama  kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD)  mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan  kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik  yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda  menyerap asid folik.

APAKAH SUMBER MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK DIAMBIL ?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda.  Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik  dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali  bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur  sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Sumber Rujukan :

  1. http://www.babycenter.com.my/a1033084/asid-folik-mengapa-ia-diperlukan

1,430 total views, 1 views today

One Thought on “KEPENTINGAN FOLIK ASID BAGI IBU HAMIL

  1. Pingback: VIRUS ZIKA DAN KESAN PADA IBU MENGANDUNG | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation