KENCING MANIS, APA YANG KITA FAHAM DAN APA PULA KATA PENGAMAL PERUBATAN ?

diabetescover

Bila disebut sahaja penyakit kencing manis, boleh dikatakan kebanyakan daripada kita akan membayangkan tabiat seseorang yang sering minum minuman manis, suka makan makanan bergula dan gemarkan jenis-jenis manisan yang sememangnya banyak sekali terdapat di dalam senarai makanan melayu tradisional.

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan keadaan di mana terdapatnya glukosa di dalam air kencing seseorang. Ini disebabkan oleh glukos (gula) dalam darah yang tidak dapat dicernakan oleh badan sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan isulin, atau kedua-duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing.

Pada 2011, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) melaporkan kira-kira 2.6 juta rakyat Malaysia disahkan menghidap kencing manis. Walaupun ramai rakyat kita yang menghidap kencing manis, masih ramai yang tidak memahami penyakit ini secara mendalam.

Diabetis.

Juga dikenali sebagai Kencing Manis.

Terjadi apabila glukosa (gula) meningkat melepasi tahap normal dalam darah. Terjadi apabila pankreas (sebuah organ yang terletak dibelakang perut) tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup atau apabila badan menghasilkan rintangan terhadap insulin.

Insulin ialah horman yang membenarkan badan menyerap glukosa dalam darah untuk menghasilkan tenaga. Glukosa dalam darah terhasil daripada makanan yang kita makan sehari-hari. Seseorang yang menghidap diabetes, glukosa darahnya akan meningkat dan seseorang itu akan menjadi tidak sihat, sentiasa dahaga dan kerap membuang air kecil.

Diabetes tidak berjangkit, tidak dapat disembuhkan sepenuhnya tetapi boleh dicegah, dikawal dan dirawat bagi mengurangkan implikasinya terhadap kesihatan dan kehidupan.

makanan manis tidak baik untuk kesihatan

makanan manis tidak baik untuk kesihatan

Mitos 1 : Kencing manis adalah akibat daripada tabiat suka makan makanan yang manis-manis

Adakah ini fakta atau auta?

Sebenarnya fakta ini ada benarnya dan ada juga yang salah. Penyakit kencing manis berlaku disebabkan lebihan kandungan glukosa dalam darah kita. Namun, tidak semua pesakit kencing manis mendapat penyakit ini kerana makan makanan manis dengan banyaknya.

Risiko lebih tinggi adalah dikaitkan dengan faktor keturunan di mana jika ada di kalangan keluarga kita yang juga menghidap kencing manis (terutamanya ibu-bapa). Walaubagaimanapun, sekiranya masih mahu makan makanan manis, ambillah dalam kuantiti yang sederhana dan diikuti dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta senaman yang bersesuaian.

turun berat badan adalah salah satu simptom diabetis

turun berat badan adalah salah satu simptom diabetis

Mitos 2 : Pesakit kencing manis kebanyakannya badan kurus-kurus

Jika kita makan secara berlebihan dan tidak sihat, tubuh akan jadi semakin gemuk. Kelebihan lemak dalam tubuh akan menyebabkan resistensi tubuh terhadap insulin meningkat. Perkara sebaliknya berlaku kepada penderita diabetes, walaupun ia makan makanan secara berlebihan tubuhnya tidak menjadi gemuk, malah semakin kurus pula. Ini kerana otot tidak mendapat tenaga yang cukup untuk pertumbuhan dan tumbesaran.

Oleh sebab itu, kebanyakan daripada penghidap kencing manis akan mengalami penurunan berat badan. Mempunyai berat badan berlebihan juga menyebabkan kita tergolong dalam kategori mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis selain sakit jantung dan barah.

Diet yang terdiri daripada makanan yang tinggi kalori dan kandungan lemak (sama ada manis atau tidak) pula boleh mengakibatkan obesiti. Oleh itu, jika anda ingin mengelak menjadi obes seterusnya mengurangkan risiko mendapat kencing manis, pemakanan yang sihat haruslah sentiasa dititik-beratkan.

luka lambat sembuh adalah impikasi daripada penyakit kencing manis

luka lambat sembuh adalah impikasi daripada penyakit kencing manis

Mitos 3 : Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan kuman

Jika anda menghidap kencing manis dan tidak mengawalnya dengan baik, anda lebih mudah mendapat penyakit berjangkit berbanding orang yang sihat dan tidak menghidapnya. Malah, jika pesakit kencing manis dijangkiti oleh kuman, risiko kematian mereka lebih tinggi berbanding golongan sihat yang lain.

Maka, pesakit kencing manis sangat perlu menitik beratkan penjagaan kesihatan termasuklah menjaga kebersihan diri terutamanya bahagian gigi dan kaki, sentiasa memeriksa bahagian tubuh jika terdapat ulser serta mengawasi bahagian tubuh yang terluka untuk mengelakkan terdapatnya jangkitan bakteria yang tidak diingini.

kegagalan fungsi pankreas menyebabkan suntikan insulin terpaksa diambil

kegagalan fungsi pankreas menyebabkan suntikan insulin terpaksa diambil

Mitos 4 : Kerana kegagalan saya untuk mengawal kencing manis, saya telah dihukum oleh doktor untuk mengambil insulin/ubatan seumur hidup

Kencing manis jenis 2 (diabetes mellitus type 2) terjadi apabila tisu tubuh kita menjadi kebal terhadap kesan insulin yang dihasilkan dalam badan. Maka, walaupun gula dalam darah adalah tinggi, tisu tubuh sudah tidak lagi mampu untuk menggunakan gula dalam darah dengan berkesan. Ini menyebabkan kandungan gula dalam darah menjadi tinggi.

Pada peringkat awal penyakit kencing manis khususnya jenis 2, ia boleh diatasi dengan mengawal kalori dalam pemakanan seharian dan bersenam untuk mencapai berat badan yang ideal. Namun, kebanyakan pesakit kencing manis jenis ini, ia boleh menjadi lebih teruk di mana kawalan pemakanan yang baik dan senaman harian sahaja masih tidak cukup untuk mengawal paras gula dalam badan ke tahap yang selamat.

Pada peringkat ini, doktor akan menyarankan ubat kencing manis termasuklah insulin untuk mengawal kandungan gula dalam tubuh. Jika anda tidak mahu mengambil ubat-ubatan ini dan paras gula anda kekal di paras tinggi, anda boleh mendapat akibat buruk atau komplikasi seperti kegagalan buah pinggang, strok, serangan sakit jantung atau buta akibat katarak atau masalah penglihatan seperti retinopati diabetik.

penyakit kardiovaskular berkait rapat dengan gejala diabetis

penyakit kardiovaskular berkait rapat dengan gejala diabetis

Mitos 5 : Diabetis atau kencing manis bukanlah masalah kesihatan serius

Tahukah anda, di Malaysia penyebab majoriti kegagalan buah pinggang sehingga terpaksa bergantung pada mesin dialisis seumur hidup adalah akibat daripada penyakit kencing manis?

Tahukah anda jika anda menghidap kencing manis, anda juga berisiko tinggi untuk mendapat angin ahmar atau serangan penyakit jantung yang merupakan pembunuh No.1 di Malaysia?

Tahukah anda penghidap penyakit kencing manis berpotensi mendapat keadaan yang dinamakan ‘diabetic ketoacidois’ atau ‘hyperglycemic hyperosmolar syndrome’ yang boleh mengakibatkan maut?

Diabetes Ketoacidosis (DKA) terjadi apabila terdapat terlalu sedikit glukosa badan tidak dapat mengunakan glukosa untuk tenaga dan akan mengalir, membakar sel lemak untuk mendapat tenaga. Walau bagaimanapun, sel lemak tidak membakar keseluruhannya dan produk buangan ketones, bermula dihasilkan dalam badan. Ini akan membawa kepada ketoacidosis, ia itu keadaan dimana darah menjadi terlalu acidik. Biasanya apabila tahap glukosa darah menjadi tinggi, maka kandongan ketone dalam darah perlu diuji.DKA adalah keadaan yang boleh membawa maut dan perlu pemerhatian perubatan segera.

Info lanjut tentang hipoglacemia klik SINI

Tahukah anda bahawa kencing manis adalah penyebab paling tinggi kegagalan penglihatan, menjadi buta dan hilang upaya akibat amputasi (pemotongan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh seperti kaki atau tangan) dalam golongan dewasa Malaysia?

Amputasi selalunya adalah pilihan terakhir yang disarankan oleh doktor bagi merawat keadaan kesihatan yang tertentu. Walaupun ianya jarang mendapat reaksi yang positif dari pesakit, namun kaedah ini disarankan sebagai langkah untuk menyelamatkan nyawa seseorang sekiranya cara-cara lain sudah tidak berkesan.

Adakah kecacatan akibat amputasi, kematian dan kehilangan upaya merupakan masalah yang cuma biasa-biasa dan tidak serius?

Jika anda bersetuju bahawa kencing manis adalah diantara masalah kesihatan yang serius, jangan ambil mudah jika paras gula anda di tahap berlebihan dan bahaya. Masih ramai rakyat Malaysia yang tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit kencing manis kerana pada peringkat awal, mereka tidak mengalami sebarang simptom penyakit ini.

Oleh itu, anda disarankan memeriksa paras gula anda walaupun anda tidak mengalami apa-apa simptom.

warga tua sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis

warga tua sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis

Mitos 6 : Golongan tua sahaja yang biasanya mendapat penyakit kencing manis

Terdapat kanak-kanak yang masih kecil, seawal usia tujuh tahun telah didapati menghidap kencing manis. Di masa dahulu, kanak-kanak yang menghidap penyakit kencing manis selalunya terdiri daripada kencing manis jenis 1 (diabetes mellitus type1) yang berlaku disebabkan oleh faktor genetik dan autoimun.

Namun kini, semakin ramai kanak-kanak di Malaysia menghidap penyakit kencing manis jenis 2. Kebanyakan mereka mempunyai berat badan berlebihan dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat.

Justeru itu, ibu bapa disarankan mengawal pemakanan anak-anak sejak dari kecil lagi. Ibu bapa juga harus mencegah tabiat gemar makan makanan segera, makanan yang diproses atau snek yang tidak berkhasiat.

Kanak-kanak juga hendaklah digalakkan bersenam sejak dari kecil supaya ia menjadi tabiat yang sihat dan diamalkan secara berterusan sehinggalah mereka meningkat dewasa kelak. Di hari minggu, bawalah anak-anak menyertai kegiatan luar seperti bersukan dan aktiviti lasak yang sesuai dengan peringkat umur mereka. Galakkan mereka menceburi aktiviti yang aktif.

Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan gejala obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia, seterusnya dapat membendung peningkatan kes diabetis atau kencing manis di kalangan mereka.

Bolehkah pengidap diabetes atau kencing manis dipulihkan ?

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

  1. Amalkan gaya hidup yang sihat
  2. Penjagaan pemakanan dan berat badan
  3. Kerap bersenam
  4. Pengubatan
  5. Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal sekiranya dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber Rujukan :

Ingin dapatkan suplemen semulajadi yang berupaya mengurangkan implikasi diabetis ?

Vivix Shaklee

Vivix Shaklee

Dapatkan botol Vivix anda hari ini!

Konsultasi Percuma : Nusaybah Anuwar – 019.3832656

1,854 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation