KENAPA SUSU SAYA CAIR DAN KERUH JE? PATUTLAH ANAK TAK KENYANG-KENYANG!

Baru-baru ni ada sorang kawan lama WhatsApp Tanya kenapa susu aku keruh dan cair je weh?

Kenapa aku?

Well.. kan dah pernah bagitau sebelum ni yang orang suka sangat panggil ai ni lactation. Kohkohkoh. :)

Kawan saya ni dah anak kedua, tapi katanya masa anak sulung dulu tak Berjaya sangat. Dan dia sendiri pun mengaku, kurang Berjaya sebab kurang ilmu.

Betullah tu. Lepas dah selesai sakit bersalin, tugas paling berat dan mencabar ialah menyusukan anak dengan susu sendiri.

Yeke?

Betul ke mencabar?

Bagi saya ya. Tapi masa anak sulung je. Bila dah ada anak kedua tugas tu dah jadi lebih ringan sikit dan boleh enjoy sambil bersantai je sebab dah ada pengalaman. Kerek sikitlah, orang kata kan.

Macam saya dulu, memang ada tertanya-tanya jugak “kenapa eh air susu aku ni warna keruh dan cair je? Takde zat ke? Ke normal sebab tengah pantang makan macam-macam?”

Paling ketara ialah bila mengepam. Kalau tak sebab sayang dah penat-penat pam, memang rasa nak buang je susu tu. Cair gila kot, dah macam tengah basuh botol susu yang ada sisa susu tak abis jek.

Ok, jom ke topik yang lebih serius.

Apa sebenarnya yang ada dalam air susu seorang ibu?

BEZA SUSU IBU-COLOSTRUM-FOREMILK-HINDMILK

Secara faktanya, komposisi air susu ibu daripada semua ibu (tak ada yang terkecuali atau ada gen alien) terbahagi kepada 3 :

  1. Kolostrum – nutrisi daripada kelenjar susu ibu di fasa akhir kehamilan. Terdapat dalam air susu ibu sebaik sahaja selepas bersalin hingga memasuki hari ke-7 usia bayi.
  2. Foremilk – air susu yang dihasilkan semasa proses awal menyusukan bayi. Disebut juga sebagai susu awal (bukan susu awal lembu).
  3. Hindmilk – air susu yang dihasilkan semasa proses akhir menyusukan bayi. Juga disebut sebagai susu akhir.

Kesemuanya adalah sama-sama penting untuk buah hati kita dan memandangkan kolostrum cuma ada dalam seminggu yang pertama je, kita fokus pada foremilk dan hindmilk yang akan jadi minuman utama anak kita nanti.

Beza antara foremilk dan hindmilk ?

Foremilk

Pernah tak perasan warna air susu yang mula-mula sekali keluar masa tengah menyusu tu. (Kalau saya memang suka perah-perah sikit dulu sebelum letak mulut anak kat niple). Air susu tu akan nampak tak berwarna dan sedikit biru-kehijauan. Air susu inilah yang dipanggil foremilk. Memang kelihatan jernih sebab ianya lebih banyak kandungan air dan lebih sedikit kandungan lemak.

Foremilk mengandungi :

  • laktosa yang sangat penting bagi pembentukan otak bayi dan memenuhi keperluan bayi terhadap air minuman – untuk menghilangkan dahaga. Sebab itulah, baby yang breastfeed tak perlukan air putih atau air masak. :)
  • kaya dengan protein yang berfungsi untuk meningkatkan sistem imun – pertahanan tubuh, membantu mempercepatkan pembentukan saraf dan tisu tubuh serta memperkuat daya tahan tulang serta kulit.

Bila air susu dah terlalu banyak (biasanya sebab tidak dikeluarkan dalam tempoh masa yang lama) akan membuat foremilk tak sabar-sabar hendak diminum dan memancut terlalu laju sehinggakan bayi boleh tersedak.

Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan memerah atau mengepam susu foremilk ini terlebih dulu sebelum diberikan kepada baby.

Hindmilk

Selepas lebih kurang 5 minit proses penyusuan berlaku, air susu tadi akan berubah warna menjadi lebih putih bersih seperti susu lembu. Ia diberi nama hindmilk atau susu belakang, kerana hanya keluar daripada payudara di fasa akhir atau di tengah-tengah proses penyusuan.

Hindmilk berwarna putih (tidak cair atau keruh) kerana mengandungi lebih banyak lemak jika dibandingkan dengan foremilk supaya bayi mendapat tenaga yang cukup, berasa kenyang sepanjang hari serta dapat pula tidur dengan lena.

Hindmilk mula terbentuk ketika kadar air susu dalam payudara mula berkurangan di mana semakin sedikit jumlah air susu, semakin tinggi pula kandungan lemak di dalamnya.

Lemak pun berperanan penting untuk melindungi organ-organ dalam tubuh bayi yang belum terbentuk dengan sempurna dan sebagai sumber tenaga untuk melindungi tubuh mereka dari suhu panas ataupun sejuk.

Ada juga yang menganggap bayi harus disusukan bergilir-gilir di kedua-dua belah payudara agar bentuk payudara kita tetap sama (tidak besar atau kecil sebelah).

Boleh. Ada benar jugak tapi kena hati-hati dengan approach ini. Jangan sekadar ikut apa yang orang cakap.

Memindahkan bayi untuk menyusu di payudara yang lain mengakibatkan ia lebih banyak menghisap foremilk daripada hindmilk. Akibatnya bayi akan mudah lapar, tidak mendapat nutrisi yang seimbang dan sering gelisah dalam tidurnya.

Kalau orang tua dulu-dulu akan cakap, “sebelah tu nasi, yang sebelah lagi tu air. So kau memang kenalah bagi dia minum dua-dua sekali, nanti anak kau tercekik” lol.

Begittew.

Dah kau pun percaya bulat-bulat sampai akhirnya anak kau lapar je memanjang dan asyik menangis macam Ahmad Albab.

Memang bunyi macam logik, tetapi salah konsep sebenarnya. Sebab tu ilmu penyusuan sangat penting. Bukan suruh lawan cakap mak kau, tapi supaya kau boleh adjust balik ikut kesesuaian keadaan.

Mak kau tak kecik hati, anak kau pun dapat minum susu kau yang sedap dan berkhasiat tu dengan semaksimum yang mungkin. :)

Berbahas pasal air susu ibu yang unik ni memang takkan habis. Air susu semulajadi yang dihasilkan oleh tubuh manusia (ibu) ini terbukti paling baik dan jauh berkali ganda lebih baik dari mana-mana susu formula termahal sekalipun.

Memang ada disebut dalam Al-Quran tau, bukan saya yang pandai-pandai reka atau sekadar taip sebab nak bagi sedap karangan ni.

Kajian juga membuktikan bahawa bayi yang diberi susu ibu secara konsisten memiliki tubuh yang lebih sihat, lebih kebal terhadap serangan penyakit, serta lebih bahagia secara psikologi.

Setiap kali membaca dan menambah ilmu tentang breastfeeding ni, setiap kali itu jugalah saya rasa ia adalah salah satu keajaiban yang diberikan kepada kaum wanita bernama ibu.

Maka dengan itu, bersyukur dan berbanggalah duhai rakan-rakan ibu menyusu sekalian : ) Bersyukurlah kerana kita salah seorang daripada mereka yang memilikinya.

Baca juga : Alamak! Kenapa Susu Saya Tak Sama Banyak Sebelah Kanan Dan Kiri?

Selain menjaga tabiat makan dan amalan membanyakkan minum air putih, penting bagi ibu menyusu untuk menjaga emosi dan kestabilan suasana hatinya. Kalau si ibu rasa risau dan stress, kesannya degup jantung pun akan jadi tidak teratur dan bayi juga dapat merasakannya ketika ia sedang menyusu. Di situ pun dah nampak betapa kuatnya hubungan antara ibu dan anak.

Jangan terkejut kalau dengan tiba-tiba baby pun rasa tak selesa dengan perubahan tone jantung emaknya yang tak keruan itu lalu refuse untuk direct feed.

Bukanlah maksudnya ibu lansung tak boleh sedih. Kita ni manusia kot! Tapi untuk seketika, lupakanlah sekejap rasa sedih tu bila tengah menyusu anak sendiri.

Mama, kenapa harus fikir yang sedih-sedih ketika ada seseorang yang comel dalam pelukan untuk disayang dan sangat memerlukan kita?

Baca Lagi : Tips Mudah Menyusukan bayi selama 2 tahun

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi dan cadangan berkenaan vitamin yang sesuai untuk ibu menyusu.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan kawasan berhampiran Pengeposan ke seluruh Malaysia menggunakan kurier terpilih dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja.

Hubungi : Nusaybah Anuwar 019-3832656

956 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation