KENAPA ADA CAKAP-CAKAP SOYA ESP SHAKLEE BAHAYA UNTUK ORANG PEREMPUAN

Selalu dah kan kita dengar cerita dan berita yang orang perempuan tak boleh minum soya.

Nanti mandul.

Nanti dapat cyst.

Nanti kena kanser.

Nanti-nanti lah kita story, banyak weih gosip pasal soya ni.

Pernah tak dengar khabar yang bila konsisten amalkan soya, perempuan tu dianugerahkan rezeki zuriat?

Tak pernah?

Haaa biasalah tu. Benda baik-baik memang orang rasa “berat” sikit nak share. Kannn.

Dah betullah tu, soya ESP Shaklee ni bukan setakat rasa soya, memang bukan air soya pun, tapi ia sebenarnya adalah PROTEIN SOYA.

Ada beza ke?

Eh… Mestilah ada. Bukan takat ADA beza. Tapi, beza dia BAAANYAAAKKK SANGATTTT.

Setakat nak buat air soya, senang aja dong. Kita beli jelah kacang soya, rendam semalaman, rebus sampai kacang empuk, kisar halus dan tapis sampai dapat air.

Nah, siap satu jug air perisa soya, asli. Original dari dapur rumahku. Homemade.

Tapi, mana proteinnya?

Berapa banyak yang masih tinggal?

Suhu panas semua tu, ada lagi ke nutrien dan khasiat soya yang sepatutnya kita dapat?

So, dah sampai masa kita fikir balik. Yang duk minum selama ni tu, air soya ke protein soya?

Apa yang bagusnya pula kalau protein soya?

Macam yang kita tahu, soya adalah sumber protein berasaskan tumbuhan yang paling SELAMAT diambil.

Sebab?

  • Bebas kolesterol
  • Rendah lemak
  • Mudah dihadam
  • Rendah ideks glisemik

Makan protein dari ayam hari-hari pun, belum tentu kita dapat semua manfaat protein tu. Yelah, ayam dah kena suntik nak bagi cepat besar, supaya tak kena jangkitan penyakit.

Sudahnya, apa je yang kita dapat?

Protein ke antibiotik?

ESP mengandungi 14 gram protein, 8 gram karbohidrat dan 500 mg kalsium.

3 sudu serbuk protein untuk cadangan 1 hidangan ESP bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.

Sumber protein inilah yang bantu tubuh kita untuk tumbuh, membesar dan berfungsi dengan baik. Semua sel-sel dalam badan kita ni asasnya ialah protein.

Daripada sel membentuk tisu, daripada tisu membentuk organ, daripada organ menjalankan sistem dan fungsi tubuh badan.

Sumber protein lain boleh jadi tak bagus, bahaya, bagi side effect jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Contohnya, daging boleh tingkatkan paras kolesterol dalam badan kerana kandungan lemaknya.

Ikan pun, ada risiko merkuri terutama ikan dari jenis yang besar dan berasal dari laut dalam. Nak dapat omega-3 kononnya ya. Dush, tunjal dahi sendiri. (aku pun macam ni punya fikir juga dulu).

Tubuh badan kita sendiri terdiri daripada 25% protein. Kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Dalam buku tulisan Dr. Bruce Miller juga menyatakan manusia adalah protein.

Protein inilah asas kepada pertumbuhan sel-sel dalam badan kita. Protein yang lengkap dengan asid amino ini, akan bantu sel membentuk tisu, tisu membentuk organ dan kemudiannya organ membentuk sistem badan yang sihat.

So, apa efek nya soya kepada orang perempuan ni?

1. Kulit cantik

Orang perempuan ada ke yang tak kisah dengan kulit sendiri? Ada ke yang boleh bersenang hati kalau kulitnya bermasalah, terutamanya kulit muka yang nampak jelas?

Wanita yang cukup protein dalam tubuhnya, akan sentiasa berkeupayaan membina sel-sel kulit yang baru dan menggantikan sel-sel kulit yang rosak supaya tumbuh semula dengan sihat.

Sel kulit yang sihat akan hasilkan kulit yang cantik.

2. Berat badan sihat

Kandungan protein yang lengkap dan seimbang di dalam satu tong ESP sangat sesuai untuk dijadikan sebagai “meal replacement” yang sihat dan mengenyangkan.

Protein berkesan membakar lebih banyak kalori berbanding diet tinggi karbohidrat kerana ia akan meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebih protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk membakar lebih banyak kalori sebelum, semasa dan selepas makan.

Oleh sebab itu, wanita yang cukup sumber protein seperti ESP sangatlah mampu mengekalkan berat badan yang sihat, walaupun setelah mengandung dan bersalin.

3. Kesuburan 

Protein adalah komponen utama kepada hormon manusia. Badan kita terdiri daripada lebih kurang 75 trillion sel. Kesemua sel-sel ini bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya. Kandungan asid amino lengkap yang tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita akan membantu menstabilkan hormon dan penghasilan benih telur wanita (ovum) yang sihat, kuat dan matang.

Bahaya tak?

Mungkin, sebab “over-productive”. :)

4. Superwoman

ESP mengandungi sumber protein soya yang bukan sahaja BEBAS GMO, tetapi juga sangat berkesan untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan.

Selain membantu membaiki tisu-tisu badan yang telah rosak dan membina tisu-tisu baru yang sihat, ESP sangat penting dalam pembentukan tulang serta otot.

Bila ambil sumber protein yang sihat macam ESP ni, seorang wanita bukan setakat mampu jadi isteri yang cantik dan subur, tetapi juga seorang emak yang super hebat!

ESP Shaklee bahaya untuk orang perempuan?

Tepuk dada, tanyalah pada siapa yang bergelar perempuan.

Saya sendiri, dah masuk tahun keempat minum ESP sebagai sumber protein Non-GMO paling pure.

Sudah 6 tahun berkahwin, sudah 4 kali mengandung, sudah punya 3 orang anak dan saaaangat berpuas hati dengan ESP Shaklee.

Bahaya?

Adalah sikit, sebab sejak minum ESP ni, banyak masalah kesihatan sebelum ni jadi makin baik. Biiznillah.

Perempuan cantik, ialah yang cukup nutrisi. :)

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

487 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation