KENAPA PERLU SANGAT BERPANTANG, TAK PANTANG TAK BOLEH KE?

Wanita sejak azali dah diciptakan sebagai seorang yang cekal dan sangat kuat semangat. Tak kisahlah saiz tubuh dan kudrat yang memang jauh beza dan tak setanding lelaki, wanitalah yang Allah pilih untuk jadi ibu yang suri di rumah serta di hati.

Jika tidak, masakan wanita mampu mengandung dan melahirkan bayi. Tak ada siapa yang sanggup dan faham akan betapa sakitnya bersalin melainkan wanita yang juga telah menanggung beban kandungan selama hampir 10 bulan.

Oleh itu, sangat-sangat wajar isteri-isteri merangkap ibu ini dilayan dengan baik dan penuh rasa kasih sebab mereka telah bersabung nyawa demi menghadiahkan seorang zuriat buat pak suami.

menjadi seorang ibu adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap yang bergelar wanita

Beruntunglah para isteri yang dimanjakan dan dituruti semua kehendaknya sejak dari awal mengandung, walaupun ada yang kata “eleehhh.. tu mengada-ngade je lebih”

Memang patut tau kaum wanita ni dapat layanan macam permaisuri sebab kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan semua tu, memang tak terbayar dek wang ringgit.

Terima kasih mama sebab lahirkan dan besarkan kakngah sehingga sebesar ini hari ini. Dah rasa dugaan mengandung, sakit bersalin dan syoknya berpantang dengan mama, juga seorang wanita cekal yang setia memantau. :)

Teringat saya pengalaman mengandung kedua-dua orang puteri yang sangat indah. Dan keindahan itu berlanjutan sehingga saya selesai menjalani tempoh berpantang.

Walaupun ramai ibu-ibu yang anggap tempoh berpantang tu sebuah penyiksaan, saya sendiri pun dulu ada tanggapan yang sama. Tapi, bila dah rasa sendiri betapa “manisnya” menjadi seorang ibu yang orang tua-tua kata mesti berpantang, saya rasa ia suatu tempoh yang sangat seronok dan harus dinikmati, tidak boleh tidak!

Berpantang selepas bersalin adalah satu fasa yang semua ibu kena completekan lepas 9 bulan mengandung dan bersabung nyawa bersalin. Berpantang adalah satu fasa rawatan pemulihan untuk mengembalikan kecergasan dan kesihatan tubuh ibu yang telah kehilangan banyak darah semasa melahirkan bayi.

Kepentingan berpantang antara lain adalah supaya :

  • Memberikan tempoh masa rehat yang secukupnya untuk ibu memulihkan tenaga
  • Memberikan ruang agar dapat mencipta hubungan antara ibu dan bayi serta ahli keluarga
  • Membekalkan nutrien berkhasiat melalui amalan pemakanan yang sihat dan betul
  • Memberikan ketenangan emosi kerana ibu tidak perlu memikirkan tentang tugasan rumahtangga sepanjang tempoh berpantang
  • Mengembalikan berat dan bentuk badan asal seperti waktu sebelum mengandung
  • Mengelakkan berlakunya sindrom meroyan atau ‘post-natal blues’ yang terjadi akibat perubahan hormon

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan yang telah dilalui mengganggu keseimbangan hormon dan wanita mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Ketika melahirkan anak pula, mereka menggunakan sepenuh tenaga sehingga banyak urat saraf tercedera dan luka.

“Untuk mengembalikan tenaga serta memulihkan luka, penjagaan makanan amat penting. Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan minum air segelas sehari saja.

Diet begini tidak lagi relevan dan sesuai diamalkan pada masa kini kerana ia kurang zat serta terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itu pemakanan haruslah seimbang dan mengandungi semua zat diperlukan tubuh.

-Zuzana Zulkaffle daripada Postnatal Care & Beauty House-

sajian ikan adalah tinggi dengan protein dan penting untuk ibu berpantang

 

 

 

 

 

 

Pengambilan ikan sangat digalakkan ketika berpantang kerana ia mengandungi sumber protein yang tinggi dan amat baik untuk penyembuhan luka, selain menjadi sumber pembekal tenaga. Jadi, tidak hairanlah jika ikan menjadi sajian yang menjadi pilihan utama ketika berpantang. Antara ikan yang disyorkan termasuk haruan, belut dan ikan merah sama ada dibuat sup, dibakar atau dikukus. Ikan berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang dan parang pula dilarang kerana dikhuatiri akan menyebabkan bentan pada pintu rahim.

Kalau saya, memang suka sangat dengan masakan berasaskan ikan, hiris halia halus-halus macam batang mancis tu, letak banyak-banyak. Atau makan dengan lada hitam yang dah dijadikan serbuk. Atau lagi, kari ikan yang dicampur halba atau fenugreek. Terus pakej dengan milkbooster sekali. Glup glup bunyi baby telan susu yang mengalir laju. Seronok gila rasa. :)

Selain pemakanan, amalan berpantang tradisi yang lain juga adalah penting termasuklah rawatan kesihatan seperti mandi herba, berurut, bertungku, berbengkung dan memakai stoking. Amalan-amalan inilah yang dikatakan remeh kerana ia sememangnya agak leceh dan mengambil masa yang lama untuk setiap satu. Akan tetapi, ia sangat baik dan memberi faedah jangka masa panjang buat si ibu kerana proses pemulihan yang disertai dengan teknik rawatan tradisional yang sejak dahulu banyak membantu ibu mengekalkan kesihatan selepas bersalin.

tempoh berpantang adalah tempoh memanjakan diri

Tubuh kita hanya satu dan tak ada spare part yang boleh diganti senang-senang apabila rosak macam alat ganti  kereta. Jadi nak jaga maintenance elok-elok atau tak kisah kalau nanti, kita pulak yang ditukar ganti dengan yang lain sebab dah tak boleh perform dengan baik.

Nak berpantang dengan gaya yang macam mana tu terpulang. Ada banyak kaedah, moden atau tradisional. Nak gabungkan kedua-duanya pun boleh macam saya. Memang kalau orang tanya, i vote sepuluh juta kali lah Set Berpantang Moden yang best gila nih!

Bukan tak boleh kalau taknak berpantang, tak kisah je kalau tak setuju dan taknak buat semua. Tapi, kalau terpaksa tanggung sakit kemudian pandai-pandai sendiri lah ye.

Takkanlah nak jadikan diri kita ni sama macam kereta pulak, kan? Fikir-fikirkan. :)

Berminat nak cuba vitamin semulajadi yang mesra alam dan terbukti berkesan?

Hubungi saya untuk harga menarik dan konsultasi percuma. :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Putrajaya dan Cyberjaya

Nusaybah Anuwar  019-3832656

3,917 total views, 8 views today

3 Thoughts on “KENAPA PERLU SANGAT BERPANTANG, TAK PANTANG TAK BOLEH KE?

  1. Pingback: Set berpantang terbaik shaklee | Nasuha Vita Life

  2. setuju dengan info. zaman sekarang saya lihat amalan berpantang dikalangan ibu2 muda macam kurang dititik berat. hasilnya akan rasa kemudian hari
    Mizan Adlia recently posted…Resipi No Bake Vivix CheesecakeMy Profile

  3. tq tq tq… padat dan berinformatif…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation