KENAPA PERLU PILIH-PILIH VITAMIN, ADA BEZA KE?

Makanan tambahan atau suplemen sememangnya diperlukan dan diambil setiap hari untuk memastikan kulit sentiasa cantik dan kesihatan berada tahap paling maksimum. Cara dan dos pengambilan adalah bergantung kepada pengguna samaada melalui minuman atau kapsul, samada perlu diambil setiap hari atau mengikut jadual yang tertentu sesuai dengan keperluan tubuh kita. Kita perlu tahu sejauh mana kepentingan suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi. Perlu diingat bahawa makanan tambahan tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia bermanfaat dalam membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.

Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan makanan tambahan. Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan nutrien surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita. Sekiranya berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain.

Selagi suplemen tersebut tidak melebihi dos dan mengikut kepada keperluan nutrisi harian kita, ia tidak menjadi masalah. Sebaliknya jika diambil dalam dos yang berlebihan, kemungkinan menyebabkan keracunan pada tubuh.

Senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino, vitamin C, vitamin E, serta beberapa jenis mineral.

Rose Hanizan Mat Hassan – Pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ Kelantan.

Kenapa perlu semulajadi ?

SHAKLEE_HEALTH_QUOTE

Ia adalah kerana :

  1. Tidak diubah secara genetik serta melalui ujian kualiti dan ujian saringan bagi menapis dan menyingkirkan bahan-bahan merbahaya.
  2. Kadar penyerapannya 2 kali ganda lebih baik daripada sintetik. Ini bermakna, ia lebih menjimatkan walaupun harganya sedikit mahal (lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain yang terdapat di farmasi)
  3. Value for money kerana setiap vitamin yang dihasilkan padat dengan kandungan nutrien dan mineral bagi setiap satunya (vitamin).
  4. Lebih mudah diserap kerana unsur-unsur yang terdapat di dalamnya diambil dari sumber makanan seharian yang sangat hampir dan semestinya sesuai dengan tubuh kita.
  5. Tidak meninggalkan kesan buruk jangka panjang pada kesihatan tubuh dan organ
  6. Diuji secara klinikal bagi membuktikan bahawa produk yang dihasilkan sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam

Bayangkanlah jika kita tidak makan buah-buahan, sayur-sayuran atau tumbuhan herba setiap hari, tidak juga mengambil tambahan nutrien daripada suplemen, apa akan jadi dengan tubuh kita yang sering terdedah kepada pencemaran dan radikal bebas ini?

Kalau sekiranya makan sekalipun, adakah jumlah zat dan mineral yang terkandung di dalam buah-buahan dan sumber tersebut menyamai dengan apa yang tubuh kita perlukan sehari-hari ?

Bagaimana pula dengan status kebersihan dan kualiti buah atau sayuran yang kita makan itu? Adakah benar-benar selamat daripada pencemaran, bahan kimia dan pengubahsuaian genetik?

Tidak hairanlah di masa kini, kita sering terkena selsema dan lebih mudah diserang penyakit akibat daripada kurangnya kekebalan tubuh dan daya tahan imunisasi terhadap jangkitan.

Terlalu banyak sebenarnya persoalan yang harus kita tahu dan kaji bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat, mampu membentuk imunisasi dan terhindar daripada risiko penyakit.

10633710_759097130793079_8054892329883817915_o

Dan oleh sebab itu jugalah wujudnya Moto Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Semulajadi daripada Shaklee yang :

  1. menjalankan lebih daripada 100, 000 ujian kualiti setiap tahun
  2. menjalankan lebih daripada 350 ujian saringan (kenalpasti bahan) bagi setiap bahan baru
  3. mengeluarkan lebih daripada 100 terbitan saintifik bertulis dengan penglibatan lebih 65 orang saintis dalam R&D

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C, bagus untuk kulit serta vitamin E, asid amino, zink dan sebagainya. Tidak semua asid amino dan asid lemak tepu dan tidak tepu boleh dihasilkan oleh tubuh kita. Oleh itu, kita seharusnya mendapat tambahan zat dan nutrien yang diperlukan melalui pengambilan suplemen.

statistics

statistics

Antara tips untuk memilih makanan tambahan ialah :

  • Tahu berkenaan isi kandungan suplemen yang ingin diambil
  • Pastikan keadaan kesihatan kita benar-benar memerlukan pengambilan suplemen tersebut
  • Mempunyai pengiktirafan Sijil HALAL yang diperakui
  • Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semula jadi yang tiada tambahan bahan kimia

“ Jadi pastikan anda terlebih dulu mengambil tahu serba sedikit tentang makanan tambahan atau suplemen yang ingin diambil agar tidak timbul isu alahan atau kesan yang tidak diingini. Pengguna yang ingin mengambil suplemen untuk kecantikan dinasihatkan agar berhati-hati kerana kesan sampingan tidak akan kelihatan dalam jangka masa yang singkat. Kesan sampingan juga biasanya akan timbul apabila kita sudah tidak lagi menggunakan produk tersebut. Ia seolah-olah “memakan” diri dan tubuh kita daripada dalam.

“Jangan terlalu obses dengan sesuatu produk yang kita tidak ketahui kandungan nutrisinya. Jangan hanya seronok terikut-ikut dengan rakan baik yang sudah tentu mempunyai latar belakang keluarga dan kesihatan yang sama sekali berbeza dengan diri kita. Dapatkan nasihat yang pakar untuk produk-produk tersebut terutamanya produk seperti pelangsingan badan dan kulit muka.

happy family!

happy family!

Sayangi diri kita dan pastikan hanya yang terbaik diberikan buatnya!

Ingin mendapatkan Vitamin Semulajadi dengan konsultasi percuma daripada pengedar Shaklee yang sah ?

Hubungi saya Nusaybah Anuwar – 019.383.2656

1,303 total views, 4 views today

One Thought on “KENAPA PERLU PILIH-PILIH VITAMIN, ADA BEZA KE?

  1. Pingback: HOMEMADE KUAH ROJAK YANG SUPER SEDAP DAN OHSEM | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation