KENAPA PENTING UNTUK TAHU TENTANG INDEKS GLISEMIK

images

Apakah dia Indeks Glisemik ?

Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep ini dalam American Journal of Clinical Nutrition sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah.

Beliau telah mengkelaskan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan seberapa cepat ia akan bertukar menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk.

Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik. Baca : Glisemic Index (GI).

Indeks Glisemik (GI) ialah tahap pengukuran kualiti karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas karbohidrat tersebut menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan.

Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).

GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut sepantas mana sesuatu makanan boleh menaikkan paras gula dalam darah selepas ia dimakan. (kadar kenaikan paras gula dalam darah dikira dengan teknik yang ditetapkan). Jadi, secara umumnya jika sesuatu makanan itu mempunyai GI yang tinggi maka kita patut makan sedikit sahaja dan jika ia mempunyai GI yang rendah maka kita patut makan lebih banyak.

Selepas teori ini mula diperkenalkan, ramai pakar pemakanan dan doktor terkejut dengan indeks yang ditunjukkan. Contohnya, gula pasir (sukrosa) mempunyai GI 61 dan gula dari buah-buahan (fruktosa) mempunyai GI 19 sahaja. Makanan yang lain seperti kentang mempunyai GI 110 dan roti putih mempunyai GI 70. Ini menunjukkan, hanya dengan makan kentang atau roti putih boleh memuncakkan paras gula lebih daripada mengambil gula dalam kuantiti yang sama.

Tentu kita biasa dengar dan lihat orang yang berdiet dan ingin menguruskan badan, makan roti-roti ini, bukan ?

Gardenia

Penjelasannya mudah.

Kategori roti berbijirin penuh (wholegrain bread) seperti ini mempunyai bacaan GI yang rendah dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Jadi, tidak hairanlah jika harganya juga lebih mahal dibandingkan dengan roti putih biasa.

Oleh sebab itu jugalah pesakit kencing manis tidak digalakkan (ayat kasar sikit – tak boleh) makan nasi banyak-banyak sebab ia termasuk dalam kategori GI tinggi.

cabo2
Tabel-klasifikasi-indeks-glikemik 1

Klasifikasi GI dan 3 kelompok makanan berkarbohidrat :

  1. Makanan yang cepat dihadam dan ditukar menjadi glukosa dalam darah dipanggil GI Tinggi (high glycemic index) dengan nilai GI lebih daripada 70.
  2. Nilai GI diantara 56 hingga 69 pula dipanggil GI Sederhana (Medium glycemic index)
  3. Makanan yang lebih lambat dihadam dan ditukar menjadi glukosa pula dipanggil GI Rendah (low glycemic index) dengan nilai GI kurang daripada 55.

Makanan yang tinggi nilai GI nya menyebabkan kenaikan paras glukosa dalam darah dengan cepat. Sebaliknya , makanan yang rendah nilai GI nya menaikkan paras glukosa dalam darah secara beransur-ansur.

kangkung-belacan-1

Sayur-sayuran mempunyai nilai GI yang rendah.

Manfaat Buah Buahan Bagi Kesehatan

Buah-buahan mempunyai nilai GI yang rendah dan sederhana.

3 ciri makanan dengan Glisemik Index (GI) rendah :

  1. lemak/fat – mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh, membekalkan asid-asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita dan mesti diambil daripada makanan,  membantu dalam penyerapan vitamin A, D, E dan K yang larut lemak, dipercayai tidak baik untuk kesihatan jika diambil berlebihan
  2. serat/fiber – komponen karbohidrat yang tidak dapat dicernakan oleh badan manusia, melancarkan lagi pergerakan kumuh/tahi di dalam usus besar manusia, tidak menyumbangkan sebarang tenaga atau kalori, tidak menggemukkan
  3. protein – suatu kelompok makronutrisi berupa asid amino yang berfungsi sebagai zat pembentuk dan pendorong metabolisme dalam tubuh, tidak dapat dihasilkan sendiri oleh manusia kecuali melalui makanan yang mengandungi protein.

Kenapa penting untuk tahu tentang Indeks Glisemik ?

Apabila kita makan makanan yang mempunyai GI tinggi, kadar kenaikan paras glukosa dalam darah yang cepat akan menyebabkan paras glukosa turut naik mendadak.

Insulin akan dirembeskan sebagai tindakbalas tubuh kerana paras gula yang memuncak, untuk menurunkan paras glukosa ini dengan kadar segera.

Semakin tinggi nilai G.I sesebuah karbohidrat, maka semakin banyaklah juga insulin yang akan dirembeskan dek kerana tindakbalas karbohidrat tersebut. Ketika fasa ini, insulin akan dirembeskan dengan mendadak pada kadar yang banyak, untuk membantu pengangkutan glukosa (gula) ke dalam sel.

Akibatnya paras glukosa dalam darah jatuh kembali dengan mendadak, dan otak akan mendapat signal dan mula berfikir bahawa badan kekurangan sumber glukosa (gula), sekaligus memberi isyarat bahawa tubuh badan kita masih lapar dan memerlukan lebih makanan, sekaligus mengakibatkan kita makan secara berlebih-lebihan.

Sekarang anda faham mengapa anda tidak pernah berasa puas atau kenyang setelah mengambil minuman atau makanan yang manis?

Tubuh manusia tidak sepatutnya mempunyai paras gula yang terlalu tinggi dalam darah. Hanya sebahagian dapat digunakan sebagai tenaga dan selebihnya akan disimpan sebagai lemak. Lemak yang tersimpan tidak akan digunakan sebagai sumber tenaga utama. Tubuh akan mula merasa lapar semula apabila paras gula turun mendadak dan ini menyebabkan rasa lapar yang berulang-ulang walaupun baru makan beberapa jam sebelumnya.

Baca Juga : Tips mudah kurus dan sihat dengan plan diet ciptaan sendiri yang tak menyusahkan 

dan

Baca Lagi : Kenapa kulit menggeleber selepas kurus dan muka nampak kusam walaupun dan selim melim

Dari situ keadaan menjadi bertambah buruk lagi kerana apabila paras glukosa ini turun, ia akan menyebabkan kita mula lapar semula.

Rasa lapar atau craving ini amat cepat dirasakan selepas makan makanan yang mempunyai GI tinggi dan proses ini seperti suatu ‘kitaran kejam’  yang menjadikan seseorang itu banyak makan, tetapi sentiasa berasa lapar.

Lebihan lemak simpanan tidak akan dibakar sebagai tenaga malah akan terus disimpan dan berkumpul semakin lama semakin banyak. Lemak yang terkumpul ini letaknya di dalam bahagian abdomen (menyebabkan seseorang kelihatan ‘buncit’) dan disekeliling organ dalam manusia (visceral fat).

Proses tersebut menyebabkan glukosa yang tidak digunakan, disimpan sebagai lemak simpanan. Proses yang berpanjangan ini akhirnya menyebabkan lebih banyak lemak disimpan yang akan kelihatan secara fizikalnya sebagai gemuk dan berperut buncit.

Akibatnya, seseorang akhirnya menjadi gemuk dan mengalami lebiha berat badan (obese). Kitaran ini mesti segera dihentikan untuk mengelakkan badan kita menjadi semakin gemuk dan mengundang penyakit.

mengecilkan-perut-buncit

Apa yang kita taknak ialah kalau kita sudah termasuk dalam kategori penghidap diabetis jenis pertama atau kedua.

Lebih parah lagi jika kita terpaksa melakukan suntikan insulin secara rutin bagi memastikan kadar gula dalam darah kekal stabil dan mencapai julat normal kerana pankreas sudah tidak dapat berfungsi dengan baik.

Karbohidrat yang telah diproses dan persediaan untuk dijadikan makananlah yang menentukan bacaan GI pelbagai jenis makanan yang diuji ini. Lebih kompleks sesuatu makanan itu diproses sebelum ia boleh dimakan, maka lebih tinggilah GI nya.

Sebab itulah biskut dan kek mempunyai GI yang tinggi jika dibandingkan dengan bijirin gandum. Gandum yang diproses dengan kaedah ‘high speed rollingmills’ yang menghasilkan tepung gandum yang sangat putih dan halus sebagaimana yang kita boleh beli dikedai-kedai sekarang ini.

Memetik kata-kata Ketua Jabatan dan Perunding Perubatan Kanan, Jabatan Perubatan Hospital Taiping, Dr Letchuman Ramanathan ;

Sebenarnya kita tidak memerlukan gula. Ia hanyalah untuk memuaskan selera lidah. Badan masih boleh mendapatkan gula daripada sumber karbohidrat seperti nasi, mi, bihun, pasta, kentang, ubi dan semua makanan berkanji. Lebih lama badan terdedah kepada gula, makin banyak kerosakan yang berlaku pada tisu,”

Tepung ini bila dimakan akan memuncakkan paras glukosa dengan sangat cepat dalam badan( lebih cepat daripada kita makan 1 sudu gula).

Haaa.. terkejut kan? Ada yang baru tau?

Kenapa macamtu?

Ini kerana ia mempunyai nilai GI yang lebih tinggi berbanding gula pasir. Tepung gandum ini adalah bahan asas kepada pembuatan kek, roti, biskut, mee, roti canai, jemput-jemput, kuih-muih dan pelbagai jenis masakan lagi. Makanan ini adalah makanan kegemaran masyarakat umumnya di Malaysia. Oleh itu tidak hairanlah kenapa masalah kegemukan semakin bertambah di Malaysia setiap tahun.

Contoh makanan dengan nisbah GI yang baik.

5

Nak tahu lagi?

SHAKLEE juga ada produk berasaskan protein yang rendah kandungan GI iaitu :

  • ESP : 39
  • Mealshakes : 44
  • Cinch : 22

Bagus bukan?! :)

Nak bagus lagi?

Mari pakat-pakat order Set Kesihatan Optimum Shaklee untuk cuba dan rasa sendiri. :)

“Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman!”

Boleh hubungi saya untuk pertanyaa mengenai produk Shaklee atau konsultasi berterusan, eksklusif untuk pelanggan nusaybahanuwar.com yang dikasihi.

SID Pro Facebook : Nusaybah Anuwar

FB Page : i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik

Shaklee ID : 932852

Emel : imanusaybah@gmail.com

Contact No : 019-3832656

 

3,817 total views, 5 views today

One Thought on “KENAPA PENTING UNTUK TAHU TENTANG INDEKS GLISEMIK

  1. Pingback: PUNCA KENCING MANIS ATAU DIABETIS | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation