KENAPA KO-ENZIM COQ10 PENTING WALAU MUDA LAGI DAN TAK ADA SAKIT JANTUNG

Selain otak yang kita tahu penting untuk memproses arahan, mengatur posisi tubuh, keseimbangan dan koordinasi gerakan otot, jantung adalah organ yang sangat penting untuk memastikan kita terus hidup dan bernyawa.

Samada kita sedar atau tidak, jantung sebenarnya adalah organ utama dalam sistem kardiovaskular.

Ia mampu berdenyut lebih daripada 3.5 bilion kali sepanjang kehidupan dan fungsi utamanya adalah untuk mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang.

Dalam keadaan rehat, jantung berdenyut antara 60 hingga 90 kali seminit untuk orang dewasa manakala pada kanak-kanak antara 100 hingga 120 kali seminit.

Jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Tanpa oksigen dan nutrien yang mencukupi, otot jantung akan mula mati dan menjadi tidak berfungsi, yang membawa serangan jantung secara tiba-tiba.

4 sebab kenapa kita perlukan COQ10 ?

1. Semakin meningkat usia, semakin banyak umur, semakin kita tua, paras COQ10 dalam badan kita akan semakin menurun dan semakin berkurang.

Cuba tengok graf kat bawah ni :

kenapa kita perlukan COQ10

Penghasilan CoQ 10 secara semulajadi dalam badan memang akan makin menurun bila umur kita dah cecah 30 tahun dan ke atas.

Inilah juga jawapan kenapa makin kita berusia, kita akan makin cepat penat. Sebab, kandungan ko-enzim CoQ10 yang bantu tugas jantung mengepam darah ni dah makin menyusut.

2. Pemakanan harian kita yang tak cukup dengan enzim COQ10 – Missing nutrition.

sebab kenapa kena ambil COQ10

Samada kita sedar atau tidak, apa yang kita makan hari-hari di zaman sekarang ni lebih kepada untuk kenyangkan perut dan puaskan selera nafsu, bukan beri nutrisi pada badan.

Kualiti bahan mentah kita pun, terdedah kepada racun dan pencemaran yang tak dapat tidak, memang sedikit sebanyak akan menjejaskan tahap kesihatan kita. Eh, sikit ke? Banyak kot.

Dah hari-hari berusaha makan sayur dan buah pun – semua banyak racun serangga dan disiram pestisid.

Macam tu juga dengan sumber protein kita yang paling murah – ayam yang banyak dijual di pasaran dah disuntik antibiotik supaya tak ditimpa wabak penyakit dan ubat hormone supaya lekas besar.

Baca : Vitamin, keperluan atau kehendak yang membazirkan duit ke air kencing je?

3. Persekitaran bertoksik – oksidatif stress

  • Pencemaran udara, air klorin, asap rokok
  • Sinar UV
  • Bila radikal bebas lagi banyak daripada antioksidan dan badan kita tak mampu dah nak neutralkan balik sebab banyak sangat

4. Statin drugs – ubat yang menurunkan paras kolesterol akan halang penghasilan CoQ10 sebanyak 40%.

Banyak tu 40%. Kalau sales kat pasaraya ni, jimat banyak ooo.

Kesannya, kekuatan otot jantung akan makin kurang nak buat kerja penting dia – pam darah dan agihkan ke seluruh bahagian badan kita.

Dulu-dulu, ramai doktor pakar akan cadangkan ambil suplemen CoQ10 untuk pesakit yang makan ubat kolesterol statin tapi sekarang, makan statin ke tidak penghasilan CoQ 10 akan tetap berkurang bila kita makin tua. So, kalau umur dah makin banyak tu, faham-faham ajelah.

Makanlah CoQ10 untuk jantung sihat, dan wajib pastikan ianya dari sumber jenama yang betul-betul boleh bagi jaminan “tak ada kesan jangka panjang”

Macam mana nak beli, dan jenama apa nak pilih?

Baca Ni : Macam mana nak pilih jenama CoQ10 yang betul-betul bagus?

Jantung kita ni akan terus berdenyut selagi hayat masih ada, untuk mengepam darah yang cukup untuk sel-sel tubuh kita gunakan dalam kegiatan seharian kita.

Bayangkan kalau jantung kita berhenti?

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

121 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation