Irama dan lagu tak boleh dipisahkan, jika dipisahkan pincanglah lagunya…
Ibu hamil dan kalsium tidak boleh dipisahkan, jika dipisahkan menanggung sakitlah jawabnya…
hehehehe…
Memetik daripada kata-kata Dr.Zubaidi Hj. Ahmad,
Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivitamin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka.
Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil.
Kekurangan kalsium sewaktu hamil boleh menyebabkan bayi menyerap (dan terpaksa mencuri) kalsium dari tulang ibu. Kesian baby, nak dapat nutrisi pun kena mintak-mintak dekat ibu sampai macam tu sekali.
Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium pada setiap hari untuk kesihatan tulang dan menyokong pertumbuhan bayi di dalam kandungan.
Bekalan vitamin tambahan untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya yang berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil.
Nutrisi pemakanan yang baik semasa kehamilan akan membantu ibu dan bayi dalam kandungan untuk kekal sihat sehingga saat kelahiran. Keperluan nutrisi seperti kalsium, zat besi dan asid folik akan bertambah seiring dengan usia kehamilan, namun mereka hanya memerlukan sedikit sahaja tambahan kalori/energi (yang bakal ditukarkan kepada tenaga)
Wanita mengandung harus digalakkan untuk makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan nutrien. Mereka juga mesti berjaga-jaga dan mengawal berat badan supaya ia tidak melonjak sehingga ke tahap yang membimbangkan. Pertambahan berat badan yang normal adalah sekitar 10-13 kg untuk wanita yang sebelum kehamilan memiliki berat badan ideal. Semua mineral yang terdapat di dalam tubuh memiliki fungsi pentingnya masing-masing.
Sangat penting untuk kita menitikberatkan nutrisi tambahahan yang diperlukan tubuh semasa kehamilan. Salah satunya kalsium dan fosforus yang sangat diperlukan untuk membina kekuatan tulang dan gigi.
Ramai di kalangan ibu hamil yang mengalami masalah kekurangan zat dan mineral tertentu sehingga menyebabkan paras hemoglobin menurun, sering tidak sihat dan tidak cukup tidur akibat sakit di bahagian pinggang dan kekejangan otot.
Keperluan kalsium bagi ibu hamil
Ibu hamil memerlukan kira-kira 1150 mg kalsium sehari. Kalsium yang diambil oleh ibu hamil dapat diperolehi dalam bentuk makanan, minuman atau suplemen, namun tidak semua berupaya diserap dengan baik oleh tubuh, di mana sebahagian lainnya akan dikeluarkan semula oleh tubuh kerana sebab-sebab tertentu. Kandungan kalsium yang diambil adalah berbentuk campuran dengan bahan lain seperti karbonat (carbonate), sitrat dan laktat (lactate).
Kalsium juga diperlukan untuk urat saraf dan otot. Apabila kadar kalsium di dalam tubuh menurun, urat saraf akan menjadi peka dan otot akan menjadi kejang. Sebab itu, rasa kesemutan atau kejang akan kerap terasa di beberapa bahagian tubuh, terutama pada otot-otot besar pada kaki. Itu menandakan bahawa tubuh kita mula memberi signal kekurangan kalsium yang perlu dititikberatkan.
Perempuan tak minum susu?
Ramai. Termasuklah juga saya sebagai salah seorang yang anti pada susu dan semua produk tenusu.
Jadi, memang tak hairan langsung jika boleh dikatakan sebilangan besar daripada ibu-ibu hamil kerap mengalami symptom kekejangan otot dan rasa sengal pada urat-urat di sekitar tangan dan kaki atau lebih mesra dikenali sebagai “simpul mengkarung” bak kata orang tua.
Oleh itu, adalah penting untuk ibu-ibu ini menyemak semula pengambilan kalsium harian mereka.
# | UMUR (TAHUN) | KEPERLUAN KALSIUM (MG) |
---|---|---|
1 | 8 - 11 | 900 |
2 | 12 - 15 | 1000 |
3 | 16 - 18 | 800 |
4 | 19 - 54 | 800 |
5 | Melebihi 54 | 1000 |
6 | Mengandung | 1100 |
7 | Menyusukan | 1200 |
Oleh itu sebagai perbandingan kasar, 600mg kalsium adalah bersamaan dengan :
- 3 gelas susu
- 4.6kg daging
- 15 biji telur
- 70g cheese
- 400g ais krim atau
- 2 cawan yogurt
Pengambilan kalsium yang mencukupi (1300 mg sehari) berupaya melindungi wanita daripada risiko osteoporosis. Dalam masa yang sama, ia turut membantu mengurangkan risiko terdedah kepada penyakit kanser.
Antara manfaat kalsium pada tubuh ialah :
- Membentuk dan memelihara tulang dan gigi
- Mencegah terjadinya osteoporosis
- Penyimpanan glikogen – kalsium berperanan dalam proses penyimpanan glikogen. Bila tidak ada kalsium, tubuh akan merasa lapar terus menerus kerana tidak dapat menyimpan glikogen
- Melancarkan fungsi otak, otot dan sistem saraf – Kekurangan kalsium akan menyebabkan kekejangan otot, serta gangguan pada fungsi otak dan system saraf
Apa pula akan jadi kalau ibu mengandung itu sendiri tak minum susu, tak jugak ambil tambahan kalsium dari sumber lain?
- Hakisan tulang.
- Tulang reput.
- Osteoperosis.
- Bongkok apabila meningkat usia emas.
Menakutkan kan semuanya di atas ni?
Apabila kita tidak mendapat cukup kalsium daripada pemakanan, tubuh akan mengambilnya dari bank kalsium pada tangan, kaki dan tulang panjang yang lain. Kekurangan pengambilan kalsium dalam waktu yang lama akan mengakibatkan tubuh mengambilnya terus daripada tulang-tulang padat yang lain.
Atasinya dengan Ostematrix.
Anda Ibu Hamil yang selalu tersiksa dengan symptom sakit sana sini sebab kurang kalsium?
Tak sure sebab kalsium atau sebab lain?
Memang kalsiumlah puncanya sebab kaum wanita macam kita ni dah termasuk dalam penyumbang statistik terbesar osteoporosis.
Setiap malam diserang “simpul mengkarung” ?
Sedia maklum akan kekurangan kalsium pada tubuh dan kepentingannya semasa kehamilan tetapi buntu mendapatkan sumber kalsium yang masih tak cukup-cukup?
Ingin melakukan sesuatu tetapi mempunyai masalah untuk menerima susu di kerongkong?
Saya sangat faham sebab saya dulu adalah sebahagian daripada anda. Malah, sampai hari ini pun saya masih juga tidak minum susu.
Ini jawapannya.
Ostematrix SHAKLEE, Mengandungi 250 mg kalsium dalam setiap kapletnya yang putih suci dan licin.
Cadangan Dos Pengambilan dan konsultasi eksklusif untuk semua pelanggan laman ini.
Dilengkapi dengan Vitamin D, Magnesium, Zinc, Copper, Manganese dan Boron. Lebih dari sekadar kalsium!
Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656
“You’re the writer of your life”
5,033 total views, 1 views today
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
PROMOSI TERKINI
KATEGORI
ENTRI POPULAR
ARKIB
APA KATA MEREKA TENTANG VIVIX
APA LAGI YANG MEREKA KATA PASAL VIVIX
HOT LINKS
LIVE TRAFIK
JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK NOVEMBER 2015
You’re the writer of your life
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN KAMI