KENAPA KALSIUM PENTING ?

301

Kalsium adalah mineral yang paling banyak diperlukan oleh tubuh. Keperluan kalsium harian adalah 800mg untuk dewasa di atas 25 tahun dan 1000 mg setelah usia mencecah 50 tahun. Keperluan kalsium bagi ibu hamil dan menyusukan ialah 1200 mg sehari. Manakala keperluan kalsium bagi anak remaja adalah meningkat mengikut usia dan aktiviti fizikal yang disertai. Sekitar 99% kalsium berada pada jaringan tulang dan gigi, dan bakinya berada di dalam darah dan sel-sel tubuh.

Setelah menginjak ke umur 20 tahun, tubuh manusia akan mulai mengalami kekurangan kalsium sebanyak 1% setahun. Dan setelah umur 50 tahun, jumlah kandungan kalsium dalam tubuh akan menyusut sebanyak 30%. Kehilangan akan mencapai 50% ketika mencapai umur 70 tahun dan seterusnya mengalami masalah kekurangan kalsium.

Kalsium juga diperlukan untuk urat saraf dan otot. Bila kadar kalsium di dalam tubuh menurun, urat saraf akan menjadi peka dan otot akan menjadi kejang. Sebab itu, rasa kesemutan atau kejang akan kerap terasa di beberapa bagian tubuh, terutama pada otot-otot besar pada kaki. Itu menandakan bahawa tubuh kita mula memberi signal kekurangan kalsium yang perlu dititikberatkan.

BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM ?

  • Pilih produk yang mengandungi Vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang diperbuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral

VITAMIN D – Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

MAGNESIUM – Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu system saraf, mengaktifkan enzim tubuh menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus. Menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

ZINC, BORON, MANGANESE, KUPRUM – Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang arthritis.

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapan yang maksimum (99%). Formulanya unik, diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganese dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan bahawa suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

1493210_10151891171981938_831685251_n

OSTEMATRIX SHAKLEE! Lebih dari sekadar kalsium!

Lokasi COD : Bandar Baru Bangi/Putrajaya/Cyberjaya

& Khidmat Pos ke seluruh Malaysia.

1,393 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation