KENAPA HARGA VIVIX MAHAL? BETULKAH MUJARAB DAN SESUAI UNTUK SEMUA PENYAKIT KRONIK?

Sekali lagi, promosi Sirap Botani Vivix kembali sebagai berita baik yang menggembirakan penggemar setianya. Ramai ooo yang tunggu Vivix ni punya offer, termasuklah saya sendiri. :)

Memang harga terjun tiruk!

Seperti yang selalu disebut-sebut, cecair berwarna merah-ungu yang pekat likat ini sering dikaitkan dengan fungsinya yang bertindak “memelihara dan melindungi DNA”

Apakah sebenarnya perkaitan yang dimaksudkan?

Mari sini saya huraikan satu-persatu.

Maksud DNA

DNA (DeoxyriboNucleic Acid) – komponen kimia utama bagi kromosom (bahan yang menghasilkan gen).

Kromosom – sturuktur yang terdapat dalam setiap inti sel pada semua makhluk hidup, yang menyimpan maklumat genetik. Wujud berpasangan, diwarisi dari ibu (telur) dan yang lainnya dari ayah (sperma). Sel manusia normal mengandung 46 kromosom (22 pasang autosom dan 2 kromosom seks).

DNA adalah sejenis molekul asas yang sangat penting bagi setiap makhluk hidup (termasuk tumbuhan, haiwan dan bakteria). Turut dikenali sebagai molekul warisan, kerana boleh mewariskan sifat-sifat daripada organisma induk. Dalam proses pembiakan, DNA ibu-bapa akan melalui proses replikasi di mana hasilnya akan dipindahkan pula kepada anak yang bakal dilahirkan.

Fungsi DNA

DNA menyimpan data lengkap kod genetik yang menentukan semua ciri-ciri manusia seperti warna kulit, mata dan jenis rambut. Ia mengandungi arahan dan manual yang memberitahu sel-sel bagaimana mereka harus bertindak bagi menjalankan fungsi tubuh. Ia juga menentukan bagaimana sifat organisma diwarisi dari suatu generasi ke generasi seterusnya.

DNA terdapat dalam semua jenis sel, kecuali sel darah merah yang kesemuanya sama pada seseorang individu. Walaubagaimanapun, DNA setiap individu di dunia ini adalah unik dan berbeza antara satu sama lain kecuali bagi kembar seiras.

Semua bahagian dan organ tubuh boleh digunakan apabila pemeriksaan DNA dibuat. Dalam kes-kes forensik, misalnya. Antaranya ialah tisu pada pipi sebelah dalam mulut, rambut beserta akarnya, air mani, kuku atau sel darah putih.

Oleh sebab itu, ujian pengecaman DNA sangat terkenal dan digunakan secara meluas untuk menyelesaikan banyak kes jenayah. Begitu juga dalam menentukan waris keturunan dalam kes-kes perebutan anak dan mengelak perkahwinan haram sesama adik-beradik yang banyak terjadi dalam slot sinetron indonesia. :)

Setakat ini, jelas tak tentang kromosom dan DNA?

Bayangkan betapa pentingnya kita faham tentang fungsi DNA yang menyimpan segala data dan maklumat berkenaan diri seseorang. Sama seperti bagaimana kita merasai kepentingan menyimpan maklumat perniagaan dan memastikan database syarikat tersimpan dengan baik.

Apa agaknya akan terjadi jika data database ini hilang atau musnah?

Operasi perniagaan akan tergendala dan syarikat juga mungkin akan lumpuh!

Begitulah sama pentingnya kita mengambil berat tentang kesihatan sel-sel tubuh dan DNA untuk memastikan kesemua sistem dalam badan kita ni dapat berfungsi dengan baik dan lancar seperti yang sepatutnya.

Di hujung setiap DNA ini pula ada sejenis protector seakan-akan penutup yang namanya telomeres yang akan melindungi sel-sel kromosom dan DNA yang terdapat di dalamnya.

telomeres

Telomeres penting untuk memastikan sel-sel DNA yang unik ini sentiasa terlindung dan terpelihara daripada rosak dan terjejas fungsinya.

Jika telomeres ini semakin pendek atau termusnah, ia perlahan-lahan akan menjejaskan sel-sel DNA sehingga menjadi cacat, terbunuh, seterusnya mengganggu sistem tubuh.

Telemores dan konsep tali kasut

Seutas tali kasut terdiri daripada tali-tali benang halus yang fragile dan mudah rosak. Oleh sebab itu di setiap hujung tali kasut akan terdapat sejenis plastik yang akan melindunginya daripada terkeluar dan tahan lebih lama.

Telomeres ini diumpamakan sebagai hujung tali kasut yang plastik tu. Sekiranya plastik tersebut pecah, benang-benang halus dalam tali kasut akan mula terburai keluar dan lama-kelamaan akan mudah putus, berterabur dan huru-hara.

tali kasut dan DNA

Pengambilan suplemen anti-oksidan secara konsisten dan berterusan mampu memelihara telemores dan kromosom DNA di dalamnya daripada dimusnahkan dengan mudah.

Mereka yang mengamalkan pemakanan sihat yang tinggi anti-oksidan, telomeres mereka akan lebih kukuh dan panjang. Lebih panjang telemores ini, lebih tinggi ciri keselamatan dan lebih sukar sel-sel di dalamnya dirosakkan. Anti-oksidan ini adalah sangat penting untuk mengelakkan sel-sel badan daripada berkarat, rosak dan hilang fungsi.

Konsepnya lebih kurang sama kan?

  1. Hujung tali / hujung sel DNA kena jaga molek-molek. Jangan bagi rosak atau hilang fungsi.
  2. Jika hujungnya rosak, sel-sel akan mati dan mula terjejas. Makin banyak sel-sel mati, sistem tubuh akan terganggu, kesakitan akan terasa dibahagian tertentu badan, penyakit akan start datang. Kita akan mula menunjukkan simptom. Sebagai contoh, kencing manis, darah tinggi dan strok yang sering melanda masyarakat hari ini.

Ini adalah hakikat kerana setiap saat, minit dan ketika, sel-sel dalam tubuh badan kita ini diasak oleh radikal bebas (atom tidak stabil yang terhasil disebabkan oleh pencemaran, cahaya matahari dan tabiat pemakanan tidak sihat).

Ini termasuklah juga kanser yang diakibatkan oleh kerosakan sel-sel yang telah menjadi kronik. Menjalar di dalam tubuh secara senyap, tidak menunjukkan tanda amaran awal. Kalau dulu kes-kes berkaitan kanser sangat jarang kita dengar, tetapi kini tidak lagi. Saban hari kematian demi kematian bersilih ganti disebabkan oleh kanser yang tidak diketahui sejak bila munculnya.

Mengikut kajian klinikal, resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas ini. Gabungan daripada sirap vivix kaya dengan resveratrol mempunyai ciri-ciri yang dapat menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Vivix melindungi DNA, melindungi sel-sel :

  • Vivix bantu dan tolong jaga hujung cap sel
  • Hujung sel (caps/telomeres) sihat, dia akan sentiasa jaga kesihatan sel dari rosak.
  • Sel sihat. Sel tak mati. InshaaAllah badan terlindung dari penyakit-penyakit kronik dan berbahaya.
  • Orang yang tak sakit, tak ada penyakit jika amalkan Vivix akan kelihatan awet muda sebab sel-sel dalamannya sihat

Sekarang dah faham kan bagaimana Vivix bertindak?

Inilah jawapannya kenapa vivix menjadi bualan dan mengapa ia menjadi pilihan sedangkan banyak lagi jus-jus lain di pasaran yang harganya jauh lebih murah. Vivix berupaya untuk membantu menjaga sel-sel, membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dan membantu penghasilan sel-sel baru yang lebih sihat.

Kandungan utama dalam vivix iaitu anggur muskat (muscadine grape) dah bantu ramai pesakit kronik yang lain termasuk penghidap kanser dengan izin dan kuasa Allah Yang Maha Berkuasa. Harganya pula mencecah ratusan ringgit sekilogram.

Baca Juga : Ada Apa dengan Sebotol Sirap Vivix?

Memang tak sama, menyamai atau menyaingi mana-mana jus lain yang selalu tembus di media cetak dan elektronik. Vivix tak perlukan model atau duta kerana pengguna-penggunanya sendirilah yang menjadi testimoni hidup yang paling dekat dan benar. Mereka-mereka ini beroleh kembali nikmat kesihatan dengan asbab vivix.

Mekanisme luarbiasa vivix membolehkan pesakit strok kembali berjalan, pesakit SLE dapat meneruskan kehidupan secara normal, pesakit kanser beroleh sinar kehidupan yang baru.

Mahal atau murah sudah tidak menjadi persoalan kerana kesihatan itu tidak ternilai dengan wang ringgit. Tak percaya? Tak perlu percaya sebab kepercayaan akan datang sendiri bila kesakitan datang menyapa.

Dapatkan vivix hari ini sementara promosi masih sedang berlansung!

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan Cyberjaya.

Nusaybah 019-3832656

974 total views, 1 views today

3 Thoughts on “KENAPA HARGA VIVIX MAHAL? BETULKAH MUJARAB DAN SESUAI UNTUK SEMUA PENYAKIT KRONIK?

  1. Pingback: KEISTIMEWAAN VIVIX DAN KENAPA VIVIX MAHAL | Life is a Story

  2. Pingback: PETANDA DAN PUNCA MINI ATAU MINOR STROK | Life is a Story

  3. Pingback: VIVIX IKHTIAR ALTERNATIF PESAKIT KANSER | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation