KENAPA B-COMPLEX, KENAPA PENTING SANGAT KENA MAKAN VITAMIN ASID FOLIK?

Asid folik adalah vitamin yang paling terkenal dalam topik sembang ibu-ibu mengandung.

Senang cerita, it’s a superhero for pregnant women.

Ianya salah satu komponen vitamin dalam kumpulan B.

Asid folik diperlukan oleh ibu-ibu mengandung untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi di dalam kandungan.

Ianya juga dapat mengelak kecacatan bayi sehingga 70% dan menurunkan risiko kelahiran pramatang sehingga 50% jika diambil cukup dalam rutin diet sekurang-kurangnya setahun sebelum disahkan hamil.

Bakal ibu perlu mendapat cukup 400mcg asid folik sebaik sahaja merancang dan berusaha untuk mengandung (trying to conceive) dan keperluan yang sama berterusan selama 12 minggu pertama kehamilan – fasa pembentukan tulang belakang dan saraf tunjang.

Baca Lagi : Asid Folik merendahkan risiko kesedihan ini terus terjadi kepada bakal ibu dan bapa seperti Anda!

Bilakah patut mula makan asid folik?

Kecacatan mencatatkan kes tertinggi dalam tempoh 3-4 minggu pertama kehamilan.

Oleh itu, saranan waktu yang paling baik ialah memulakan pengambilan asid folik seawal 3-6 bulan sebelum mengandung lagi.

Tugas asid folik yang paling utama ialah untuk pembentukan sel-sel baru dan penghasilan DNA.

Tiub saraf berkembang dan membentuk menjadi saraf tunjang dan otak dalam tempoh 28 minggu pertama selepas benih ibu dan ayah bercantum.

Vitamin B-Complex menukar karbohidrat menjadi glukosa yang akan menghasilkan tenaga di dalam tubuh ibu.

Ibu hamil memerlukan tenaga yang lebih banyak jika dibandingkan dengan ibu yang tidak hamil kerana tenaga yang terhasil itu akan dikongsi pula dengan bayi dalam kandungan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Selain berkesan memberikan tenaga yang cukup kepada ibu, ia sangat membantu untuk menambahkan kepekatan hemoglobin dalam darah di mana kekurangannya akan menyebabkan ibu mengalami anemia.

Kurangkan kecacatan bayi dengan asid folik

Vitamin B-Complex mampu menurunkan risiko bayi lahir cacat dengan fungsi vitamin B9 (asid folik).

Kurangkan kecacatan tiub saraf yang serius

Spina bifida – jika tiub saraf gagal terbentuk dan ditutup dengan sempurna kecacatan tiub saraf akan berlaku. Bayi yang dilahirkan mungkin lumpuh dan perlu menjalani banyak pembedahan.

Anencephaly – bayi yang dilahirkan dalam keadaan otak tidak berkembang dengan baik di mana pembentukan tempurung kepala berlaku dengan tidak sempurna.

Kurangkan risiko dan komplikasi pada bayi

  • keguguran
  • lahir mati (stillbirth)
  • pramatang
  • anemia

Kurangkan kecacatan lain pada bayi :

  • sumbing lelangit
  • kecacatan pada jantung
  • kecacatan anggota badan
  • kecacatan organ – masalah pembuangan urin

Dengan pengambilan asid folik yang cukup juga, ibu akan sentiasa tenang dengan perkembangan bayi yang akan lahir kerana terhindar dari risiko bayi lahir dengan keadaan cacat dan terdapat komplikasi semasa kelahiran.

Sokongan sistem saraf

Sistem saraf dalam tubuh ibu sangat penting untuk kesihatan dan tugas-tugas lain organ dalam tubuh. Gejala-gejala awal akibat daripada gangguan sistem saraf adalah seperti krem pada perut, pening-pening dan perasaan stress.

Sistem saraf ini berkait dengan otak dan jiwa. Jika sistem saraf tidak sihat sejahtera, ia seterusnya akan menyerang organ-organ penting lain dalam tubuh ibu.

Vitamin B-Complex mampu menjaga kesihatan sistem saraf ini supaya sentiasa dapat bertugas dengan baik.

Pertumbuhan bayi yang sempurna

Vitamin B-Complex sangat baik untuk membantu mengoptimakan pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Janin yang tumbuh dengan baik akan dilahirkan sebagai bayi yang sihat serta mempunyai otak yang cerdas, begitu juga sebaliknya.

Kekebalan sistem imun

Ibu mengandung sistem kekebalan tubuhnya sangat mudah terganggu. Sistem imun ibu perlu lebih tinggi daripada orang lain kerana mereka ini bukan saja lebih mudah dijangkiti penyakit malah tidak boleh pula mengambil sembarangan ubat sekiranya sudah dijangkiti sebarang wabak.

B-Complex membantu meningkatkan sistem imun ibu yang sedang hamil begitu juga dengan kesihatan bayi yang dikandung. Kedua-dua mereka juga akan turut dilindungi dengan baik.

Jika diperhatikan, kesemua keluarga vitamin B ini adalah saling berkait rapat dan memerlukan satu sama lain untuk kesan yang optimum dan terbaik.

Namun, yang menjadi masalah ialah asid folik semulajadi sukar diserap oleh tubuh manusia dan hampir 99% yang dijual di pasaran bersifat sintetik.

B-Complex Shaklee

B-Complex Shaklee - membantu menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apa yang unik dan istimewanya, saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailibility) yang sangat tinggi dan berkualiti.

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk 100% biotin dan asid folik.

Vitamin B-Complex yang baik MESTI mengandungi kesemua 8 vitamin B2, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin seperti RDA Recommendation, dan kesemuanya MESTI diambil dalam masa yang sama.

Vitamin B1 (thiamin)

Berperanan membantu proses pencernaan, menjaga kesihatan perut dan usus, mengurangkan loya, muntah dan kembung dan membantu ibu untuk persediaan penyusuan.

Kekurangan Vitamin B1 akan menyebabkan ibu mengalami keletihan, mudah penat, hilang selera makan, gelisah, sukar tidur lena, hilangnya refleks dan kawalan pada saraf dan sembelit.

Vitamin B3 (niasin)

  • Berkesan untuk mengurangkan rasa loya dan muntah akibat daripada morning sickness,
  • Mencegah perdarahan dan jangkitan pada gusi
  • Berfungsi membentuk sel otak janin.

Kekurangan vitamin B3 akan menyebabkan kulit mudah rosak, mudah terkena cirit-birit, selalu risau dan mudah marah yang kesemuanya boleh mengganggu emosi dan membahayakan ibu hamil.

Banyak kajian mendapati kecacatan bayi bukan hanya terjadi sepanjang kehamilan tetapi juga ketika di awal usia kehamilan (0-3 bulan). Pada waktu inilah, organ-organ bayi ini sedang mengalami fasa-fasa kritikal pembentukan.

Oleh sebab itu, pentingnya asid folik ini tidak boleh dibuat main dan hanya dipandang sepi.

Vitamin B ini adalah sejenis vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan dalam badan, tetapi akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan – urin.

Ini antara tips paling penting untuk memilih jenama asid folik yang terbaik untuk diamalkan oleh bakal-bakal ibu.

Pastikan jenama, baru beli.

Kalau tak pasti boleh tanya sini :)

Life is a Story

Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

276 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation