KENALI KEPUTIHAN WANITA, NORMAL ATAU BAHAYA JIKA BERLARUTAN

Wanita dan masalah keputihan bukanlah sesuatu yang pelik atau janggal didengar. Setiap orang yang namanya perempuan memang akan alami keputihan bila dah menjangkau usia matang, bila dah capai fasa aqil baligh, yakni dah start datang haid. Tetapi tidak semua keputihan itu dikategorikan sebagai bermasalah.

Apa yang membezakan antara seorang wanita dengan wanita yang lain ialah tekstur discharge (lelehan yang keluar) dan samada keputihan tu dalam kadar yang cair, cuma sedikit ataupun banyak dan berbau.

cara mengatasi keputihan

Jumlah discharge, bau dan warna keputihan setiap wanita adalah berbeza-beza bergantung kepada kitaran haid yang juga berlainan antara seorang wanita dengan seorang yang lain. Sifat vaginal discharge yang normal sepatutnya hanya sedikit, berwarna putih atau krim, cair, tidak melekit, tidak menyebabkan gatal atau berbau hanyir. Kekerapannya juga adalah ketika tiba waktu subur atau sebelum kedatangan haid dan semestinya tidak perlu dirisaukan kerana ianya normal.

Antara penyebab keputihan yang biasa terjadi termasuklah :

  • Penggunaan antibiotik atau pil perancang
  • Jangkitan kulat atau fungus (candida)
  • Penyakit kelamin (gonnorhea, syphilis)

Pantiliners bukan penyelesaian

A pantyliner  is an absorbent piece of material used for feminine hygiene. It is worn in the gusset of a woman’s panties. Some uses include: absorbency for daily vaginal discharge, light menstrual flow, tampon and menstrual cup backup, spotting, post-intercourse discharge and urinary incontinence. They are generally unsuitable for menstruation of medium to heavy flow, which require them to be changed more often.

pantiliner untuk keputihan

Pantiliners adalah sekeping tisu lembut seperti kapas yang digunakan untuk menjaga kebersihan vagina, alat sulit wanita. Berbeza dengan tuala wanita, pantyliner adalah lebih nipis dan sedikit kecil saiznya. Ia akan menjadi penyelamat bagi mengelakkan seluar dalam menjadi lembap akibat masalah keputihan atau sisa cecair yang masih tinggal setiap kali selepas ke toilet.

Orang wanita memang kenal sangat dengan pantiliners ini, malah ada yang menjadikannya sebagai “teman rapat” dan diletakkan bersama di dalam handbag seperti juga compact powder. :)

Berbalik kepada fungsi utamanya, pantiliners digunakan sebagai alat penyerap keputihan harian, aliran haid di hari-hari terakhir, serta masalah lemah kawalan kencing. Ya, alat penyerap keputihan harian, tetapi BUKAN ALAT YANG SELAMAT DIGUNAKAN HARI-HARI.

Menggunakan pantiliners setiap hari selama berbulan-bulan, bertahun-tahun adalah satu amalan yang tidak baik. Ia satu petanda yang menunjukkan keputihan yang dialami bukanlah sesuatu yang biasa-biasa dan ianya mungkin signal kuat bahawa “mahkota” anda sedang dalam bahaya. Bukan rambut je ye kena cantik-cantik, mahkota yang satu ni jauh lagi penting sebab ia lambang kecantikan kita yang sebenar.

Kebanyakan wanita ada membeli dan menyimpan stok pantiliners yang akan menjadi heroin yang sangat membantu untuk menyerap kelembapan di kawasan sekitar vagina. Kekerapan hendak ditukar pula bergantung kepada keperluan, berapa banyak discharge dan sebagainya. Keputihan akan menjadi perkara yang sedikit sebanyak akan buat kita rasa tak selesa nak bersolat dan menghadap Allah sebab rasa was-was tu selalunya akan datang mengganggu. Begitu juga situasinya bila ingin “bersama” dengan pasangan.

Keburukan apabila terlalu kerap memakai pantyliners ialah, ia boleh mengubah keseimbangan PH pada vagina. Walaupun terdapat pelbagai jenis pantyliners di pasaran, kebanyakannya memang ada mempunyai lapisan dalan yang diperbuat daripada plastik yang akan menghalang pengaliran udara. Ia akan buat bakteria berasa sangat sihat dalam persekitaran begini dan mudah pula merebak. Risiko baru juga boleh timbul seperti jangkitan kuman yang boleh mengganggu kitar hormon dan kesuburan.

Keputihan yang normal terjadi pada hampir setiap wanita. Kalau lepas haid tu ada sikit-sikit, itu normal. Elakkan daripada memakai pantiliners setiap hari dan jangan lupa untuk sentiasa menukarnya 3-4 kali sehari dan pilihlah pantiliners yang tidak mempunyai bau atau wangian.

Bersederhanalah dengan penggunaan pantiliners, ia bukan penyelesaian terbaik.

Alfalfa Shaklee sebagai Teman Baik Wanita

Tanaman alfalfa atau medicago sativa adalah satu jenis tumbuhan herba yang dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan kerana memiliki gred yang paling tinggi di kalangan semua tumbuhan alfalfa. Mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar, akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk penyerapan nutrisi yang pelbagai.

Proses tumbesarannya yang semulajadi dengan bahan kompos, ditanam secara organik di California, bebas daripada pestisid, herbasid atau baja kimia. Dituai hanya apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak di mana pada ketika itu ia sangat kaya dengan klorofil.

3 Fakta Penting tentang Alfalfa

Alfalfa Complex Shaklee - mengandungi vitamin A, C, E, kalsium, zat besi, fosforus dan potassium yang menyingkirkan toksin dan bertindak sebagai milk booster

1. Alfalfa adalah sejenis makanan yang bersifat alkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari tubuh, membersihkan hati, kolon dan darah juga.

2. Alfalfa bertindak melawan alahan, memperbaiki keadaan kulit dan hidung yang sensitif, kurap, badan berbau dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

3. Alfalfa sangat membantu untuk perubahan patologi dalam usus dan perut, memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Setiap tablet mengandungi 30 mg alfalfa. Mengambil 30-50 tablet alfalfa untuk mengalkalikan badan yang berasid dapat memperbaiki sel-sel yang rosak akibat kanser dan membuang tumor.

Oh ya, alfalfa ni selain kaya dengan bermacam jenis mineral, ia juga ada kandungan saponin yang bertindak macam span, yang tinggi serat, boleh menyerap kolesterol, untuk diangkut keluar dari tubuh kita. So, jika ada isu atau masalah kesihatan berbangkit, makan extra dose, double-up dosage, kasi buang semua yang busuk-busuk tu.

Oleh sebab itu, alfalfa sangat membantu masalah-masalah kesihatan berkaitan dengan jangkitan kuman, mulut berbau, masalah bau badan termasuklah keputihan dan masalah dalaman wanita kerana ia juga berperanan menyahkan toksin daripada termendap di dalam tubuh kita. Ingat, toksin yang terlalu lama dibiarkan tersimpan di dalam badan boleh menjadi racun dan punca utama masalah kesihatan yang lain juga.

Untuk para isteri, ALFALFA memiliki pelbagai KELEBIHAN yang sangat bagus untuk dijadikan amalan. Jamu-jamu perapat gituh. Jangan taktau, alfalfa ni nama glemernya “kacip fatimah Shaklee” tau. Hehehe…

Keputihan yang tidak dirawat sejak di peringkat awal akan menjejaskan kesihatan organ peranakan seperti sakit di bahagian ari-ari dan jangkitan di bahagian tiub fallopio yang kemungkinan membengkak atau bernanah. Ia lama kelamaan akan menyebabkan masalah kesuburan dan kesukaran untuk mengandung atau risiko terjadinya kandungan luar rahim.

Macam saya sendiri yang mempunyai pengalaman mengalami keputihan sehingga menyebabkan kencing kotor, setelah berkali-kali diberikan antibiotik oleh doktor saya akhirnya mengambil langkah untuk menjadikan suplemen alfalfa dan garlic Shaklee yang terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Sampai bila saya nak bergantung dengan ubat antibiotik dari klinik kan.

Keputihan memang takboleh dibuat main. Tak patut dipandang remeh sebab ia boleh jadi salah satu daripada punca keretakan dalam rumahtangga, kemandulan, mengandung luar rahim dan meningkatkan risiko kanser pangkal rahim juga.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya masalah keputihan yang dialami semakin memburuk, bukan sekadar menutup gejala yang timbul dengan amalan menggunakan pantiliners seumur hidup. Carilah punca masalah, mengapa ia berlaku berterusan dan ambil langkah mengatasi agar tidak menjejaskan kehidupan berumahtangga kelak.

Takut kan?!

Kalau dalam iklan disebut-sebut yang rambut adalah mahkota wanita, mulai saat ini kalau ada yang baru sedar tentang pentingnya kesihatan vagina, jagalah ia sama juga seperti mahkota itu. Bahkan ia jauh lebih penting. Salah satu punca kanser pangkal rahim yang berlaku juga adalah disebabkan oleh kesihatan vagina yang tidak dipedulikan.

Kononnya benda dalam kain. Malu nak story dekat orang lepas tu simpan sorang-sorang sampai membarah.

Takut? Malu?

Elok kalau takut, tapi takboleh biarkan malu menguasai ketakutan sebab kalau dibiarkan melarat kesannya lagi takut nanti.

SET LENGKAP KEPUTIHAN DAN KESIHATAN DALAMAN WANITA SHAKLEE.

Jom baca Testimoni ini. Apa kata Puan D tentang Alfalfa Shaklee :

testimoni keputihan dan alfalfa shaklee

testimoni keputihan dan alfalfa shaklee

Saya bersetuju dengan Puan D kerana saya juga telah melalui apa yang dilaluinya. Resdung dan keputihan, kedua-duanya ghaib sama sekali!

Saya masih ingat di mana pada ketika itu saya diberikan pil antibiotik oleh doktor, serta juga ubat insert yang menakutkan ini! Mana tahu apa yang berlaku pada saya ini juga berlaku pada anda dan kita sama-sama boleh saling berkongsi.

ubat insert untuk vagina infection

ubat insert untuk vagina infection

Saya akan ceritakan pengalaman sendiri berhadapan dengan masalah keputihan dan bagaimana Shaklee sangat membantu saya kembali bebas dan hamil semula, dengan izin Allah.

Saya faham perasaan anda kerana saya juga pernah mengalaminya dahulu. Buang malu, ambil nombor saya ni, dan PM tepi.

Saya bersedia membantu anda. Ladies Only. InshaAllah ada ikhtiarnya. :)

Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya.

Nusaybah Anuwar : 019-3832656

3,211 total views, 2 views today

One Thought on “KENALI KEPUTIHAN WANITA, NORMAL ATAU BAHAYA JIKA BERLARUTAN

  1. Pingback: KEPUTIHAN WANITA DAN PETUA BAWANG PUTIH | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation