KELAS BLOG FIRDAUS AZIZI

Hari ni saya nak kongsikan keterujaan saya mengikuti kelas bersama Tuan Firdaus Azizi yang merupakan salah seorang sifu dalam dunia blogging dan internet marketing.

Sebenarnya dah lama sangat nak pergi kelas dia. Kebetulan pulak minggu ni saya free, tak ada planning apa nak buat selain menguruskan hal rumahtangga yang tak habis-habis. So, harini kita minta abi tolong jaga and tengokkan kiddos. Adik perempuan ku yang berdua itu pun ada kat rumah, so memang kena sangat lah nak mintak tolong.

Sekali sekala je pun. Thanks banyak-banyak ye uolss. muach muachhhss..

Pertama kali sampai ke sini. Dekat setengah jam duk pusing-pusing cari alamat kelas, akhirnya sampai jugak. Kelas yang lengkap dengan toilet, surau dan small pantry. Sesi pembelajaran yang santai tapi best. Makanan tengahari disediakan. Boleh tahan sedap jugaklah lunch kami tadi, ditambah pulak dengan perut yang memang tengah berkeroncong.

kelas blog firdaus azizi

 

 

 

 

 

 

Kelihatan di situ, sifu yang tak lokek dengan ilmu. Kecil molek je orangnye, tak seperti dalam gambar yang saya pernah tengok sebelum ni. :)

Baaaaannyyyaaakkkk sangat ilmu-ilmu baru yang saya dapat di kelas ni. Dan ianya saaaaanggggaattt best dan berbaloi-baloi dengan wang yang saya laburkan.

Seperti yang telah dijanjikan, antara perkongsian yang kami dapat adalah :

  1. Basic intro tentang blogging
  2. Keyword research
  3. Teknik mudah ranking di 1st page google
  4. Strategi backlink yang mudah dan selamat
  5. Pengenalan kepada Google Adwords

Daripada topik yang agak berat, sehinggalah ke sekecil-kecil topik yang selalu kita tak ambil kisah. Ditambah pula dengan akses internet dan wifi yang superb. (sempat jugaklah saya sudahkan beberapa blog entry yang dah draft sebelum ni) :)

Teringat pulak masa mula-mula berblog dulu. Masa tu saya guna blogspot. Konon-konon tujuan utamanya ialah nak mengabadikan cerita-cerita kenangan dalam online diary, tapi masa tu saya hanya open for invited readers je. Buat catatan kehidupan di alam maya, tapi tak kasi orang baca, teruk kan?

Sehinggalah datang keyakinan untuk berkongsi rasa dengan orang lain sejak setahun lepas. Saya beli domain dan sewa hosting untuk kelahiran semula blog yang selama ini saya “sorokkan” di dunia cyber. Kalau dulu saya guna blogspot, sekarang saya adalah pengguna wordpress.

Jadi, saya sudah mempunyai pengalaman menggunakan kedua-duanya. Benar seperti kata cikgu dalam kelas hari ini, walaupun blogspot adalah percuma dan mudah difahami, wordpress adalah lebih sesuai dan profesioal digunakan sebagai medium bisnes.

Walaupun nak bangunkan blog melalui blogspot tak perlu modal, saya tetap rasa wordpress lebih seronok sebab featuresnya lebih user friendly. Benda free, limitation tentu ada. Keputusan saya untuk guna wordpress kali ini buat saya rasa ownership yang lebih mendalam pada blog sendiri. :)

Walaupun saya sendiri adalah daripada IT background, banyak dah yang saya lupa dan tak pernah aplikasikan. Terms-terms teknikal pun fefeeling macam kena recall dan buka buku balik.

Tiba-tiba. Rasa sayang sangat ilmu yang dah pernah belajar dulu-dulu. Terbayang-bayang wajah lecturer yang gigih mengajarku selama 3 tahun.

Betullah kata pepatah, ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Penat je siram, tapi buah tak muncul-muncul. Harapkan daun je yang gugur bertaburan.

Balik ni harus cargas mengaplikasikan ilmu-ilmu baru supaya apa yang dipelajari memberikan output yang dikehendaki. Agar buah yang dinanti, bukan saja dapat dimakan puas-puas, malah dapat pula dikongsi dengan jiran tetangga.

Sakit kepala sebenarnya ni, tapi sebab kelas ni syok sangat, kita buat-buat lupa kejap, nanti balik kasi telan panadol ostematrix untuk kurangkan ketegangan pembuluh darah dan B-Complex yang bantu redakan saraf ku yang tengah stress. Kasi rehat sikit.

Stress sebab rasa rugi sangat baru sekarang dapat join kelas Firdaus Azizi ni. Buat anda-anda yang dah ada blog sendiri tapi masih juga blur macamana nak mengendalikannya dengan SMART, jangan bertangguh, carilah sebab yang kukuh untuk bermula seperti apa yang saya sedang lalui hari ini.

Kelas Mudahnya Berblog dengan WordPress by Tuan Muhammad Firdaus Azizi memang sangat berbaloi, siap dengan tawaran Yuran Kebijaksanaan tau! Ada money back guarantee lagi. Nanti ada masa lapang, kita kasi testimoni untuk cikgu ni yer. :)

Highly recommended untuk sesiapa yang serius nak berbisnes melalui blogging.

Banyak lagi saya nak kongsi tentang kelas ni, tapi masa sangatlah mencemburui saya. Taip entry ni pun sambil-sambil tulis nota tau. Sambil-sambil mengaplikasikan ilmu yang cikgu ajar. :)

Kalau rasa-rasa berminat nak join kelas ni tapi nak tau dulu detail pasal cikgu dia, pengalaman dia, team dia, boleh ushar-ushar di laman web beliau.

Jumpa lagi nanti di next entry. Saya nak sambung balik fokus. Rugi nanti kalau ketinggalan.

Jom layan gambar yang sempat saya shoot dengan henpon yang tak berapa nak ada line di hari kejadian.

kelas blog dan seo bersama Firdaus Azizi

pro and cons wordpress dan blogspot

walker bayi bayi untuk budak lasak dan comel

Sempat pulak abi send picture si kecik yang kena tinggal ni dengan walker baru yang atuk belikan. Ni yang buat hati rasa nak cepat balik. Rindunya ibu dekat kamuuuuu!!!

Notakaki : Kepalaku masih berdenyut. :( Oh my vitamins, selalu pillbox memang ada je dalam handbag, tapi disebabkan harini kita jadi budak sekolah dan bawa backpack, makanya semua dah tertinggal. Dalam kereta barangkali.

1,647 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation