KEISTIMEWAAN VITAMIN C DAN VITAMIN E SHAKLEE

eat suplements

Lambakan produk makanan tambahan berupa suplemen tablet dan vitamin menyebabkan ramai di kalangan kita yang sering tertanya-tanya apakah sebenarnya perbezaan antara produk-produk kesihatan yang dijual dengan yang lain.

Dan, akhirnya buat perbandingan melalui harga, dengan membeli mana yang murah. Alahai, beli vitamin tak sama macam beli kain baju tau!

Banyak syarikat yang mendakwa produk mereka adalah yang terbaik, namun Shaklee mempunyai bukti. Lebih daripada 100 kertas ujian kerja saintifik yang dibuat, 90% daripadanya disiarkan dalam jurnal ulasan penyelidikan saintifik selaras telah membuktikan keberkesanan produk Shaklee. Lebih daripada USD300 juta yang dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Ia juga membuktikan bahawa, mengambil makanan tambahan yang salah adalah lebih buruk daripada tidak mengambil sebarang makanan tambahan lain dalam diet seharian!

vitalized minerals

Di Shaklee, kami percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.

Kisah kami bermula hampir 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with Nature® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.

Hari ini, kami merupakan syarikat pemakanan semula jadi nombor satu di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.

  • Kami menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.
  • Kami menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.
  • Kami telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

Sempena bulan promosi Shaklee Vita-E Complex (Natural Vitamin E & Selenium with Grape Seed Extract) dan Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C & Citrus Bioflavonoids ini, saya dengan berbesar hati nak berkongsi serba sedikit apakah yang membezakan antara vitamin-vitamin ini dan vitamin yang terdapat di farmasi.

 

Jom lihat apakah perbezaan, keistimewaan dan keunikan vitamin Shaklee jika dibandingkan dengan jenama-jenama lain di pasaran.

Perbezaan Vitamin E Shaklee Dan Vitamin E Biasa

Vitamin E Complex

Vitamin E Complex

Vitamin E adalah sejenis antioksidan yang terkenal dengan fungsinya melindungi sel-sel dan tisu dalam badan dari kerosakan akibat radikal bebas. Tubuh manusia memerlukan 400IU Vitamin E sehari.

Vitamin E Shaklee diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum dari sumber semulajadi. 1 kapsul vitamin E Shaklee mengandungi 1 kg benih gandum, 500 ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500 g badam serta dilengkapi dengan 65mcg selenium.

Vitamin E Shaklee terdiri daripada d-alpha-tocopherol concentrate, lengkap dengan selenium. Malah kini Vitamin E Complex Shaklee telah diperbaharui dengan tambahan grape seed extract yang 20 kali ganda lebih berkuasa daripada vitamin E biasa dan vitamin C.

Huruf “d” memberi maksud semulajadi daripada sumber asli. Tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dan diserap dengan lebih baik.

Vitamin E Shaklee:

  • No. Pendaftaran KKM : MAL#12075024NC
  • Bersumber semulajadi
  • Pada label ada huruf ‘d’ (d-alpha tocopherol – sumber asli daripada minyak sayuran)
  • Lebih mudah diserap oleh badan
  • Vita-E Complex Shaklee Kini Ditambah Grape Seed .
  • Cukup berbaloi, pelbagai khasiat & tinggi antioksida

Vitamin E Biasa :

  • Kebanyakannya vitamin sintetik
  • Pada label ada huruf ‘l’ (ini bermakna sumber tiruan atau sumber kimia)
  • Kebiasaan jenama lain tanpa selenium. Jadi fungsi vitamin E tidak dapat diserap oleh badan, menyebabkan terkumpulnya toksik kemudian hari dan penyebab wujudnya sel-sel abnormal dalam badan untuk jangka panjang.

Kesan jika Terlebih Vitamin E :

Vitamin E bertindak sebagai antikoagulan (anticoagulant) yang mengurangkan risiko pembekuan darah dan berfungsi mencairkan darah supaya peredaran dalam badan adalah lancar. Terlebih dos Vitamin E mungkin menyebabkan mudah berlaku pendarahan seperti hidung berdarah.

To be honest, saya sendiri tak pernah makan vitamin E yang dibeli di farmasi sebab terlalu banyak jenama yang ada dan tak tau nak pilih yg mana satu. Tapi, sejak kenal Shaklee, sejak celik vitamin ni sy bkn shj dah makan Vitamin E, malah terujaaa sgt nak berkongsi satu demi satu rahsia betapa best dan pentingya pengambilan suplemen di dalam diet kita sehari-hari.

Perbezaan Vitamin C Shaklee Dan Vitamin C Biasa

Sustained Release Vitamin C Plus

Sustained Release Vitamin C Plus

Vitamin C adalah merupakan sejenis vitamin larut air dan akan hilang secara berterusan dalam tubuh kita. Ia sangat mudah termusnah dengan aktiviti-aktiviti yang kita lakukan sehari-hari. Oleh yang demikian, adalah perlu untuk kita mengambil vitamin C setiap hari. Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 46-60 mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum hanya mengandungi vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Selain itu, perkara-perkara yg berlaku dan kita lakukan dalam rutin seharian juga boleh menjejaskan kandungan vitamin C di dalam tubuh kita seperti:

  • 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100 mg vitamin C.
  • K

    eresahan akan mempercepatkan penyusutan kandungan vitamin C di dalam tubuh kita.

  • Pengambilan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C yang banyak.

  • Bayangkanlah jika kita tidak makan buah, atau mengambil suplemen vitamin C daripada sumber lain. Apa akan jadi dengan tubuh kita? Kita akan sering dijangkiti penyakit, mudah terkena selsem, mendapat alahan hidung dan kulit. Semua ini kerana sistem imun tubuh tidak dapat dibina dengan baik serta tidak mampu menentang jangkitan virus, bakteria dan radikal bebas.

Vitamin C Shaklee :

  • No. Pendaftaran KKM : MAL#13085068NC
  • Bersumber semulajadi – dihasilkan daripada 7.5 biji buah oren
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 500 mg asid askorbik semulajadi
  • Bersifat Sustained Release
  • Teknologi pelepasan masa (sustained release) – 100 mg (1.5 biji oren) dilepaskan setiap satu jam dalam plasma darah
  • Mengandungi bioflavonoids (pigmen tumbuh-tumbuan yang diekstrak dari kulit buah, banyak dijumpai dalam buah-buahan sitrus) hanya terdapat dalam vitamin semulajadi
  • Membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya (kadar penyerapan paling optimum)
  • Anti-radang, anti-virus, anti-kanser, immune booster
  • Tiada pewarna, perasa atau pemanis tiruan

Vitamin C biasa :

  • Kebanyakannya vitamin sintetik
  • Diperbuat daripada gabungan kimia molekul karbon, hidrogen dan oksigen bagi menghasilkan asid askorbik tiruan
  • Tidak mengandungi bioflavonoids kerana ia mengandungi asid askorbik semata-mata

Kesan jika Terlebih Vitamin C :

Vitamin C adalah satu-satunya anti-oksidan yang berupaya meningkatkan interferon semulajadi tubuh, mengukuhkan sistem imun, memeperbaiki alahan, melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan radikal bebas. Vitamin C tidak memberi kesan toksik. Terlebih dos vitamin C akan menyebabkan sedikit cirit-birit.

10633710_759097130793079_8054892329883817915_o

Bertukar jenama boleh menukar hidup anda!

Hubungi saya Nusaybah Anuwar – 019.383.2656 untuk mendapatkan produk Shaklee pilihan anda hari ini!

3,310 total views, 5 views today

2 Thoughts on “KEISTIMEWAAN VITAMIN C DAN VITAMIN E SHAKLEE

  1. Pingback: PETUA SEMULAJADI UNTUK MERAWAT ALERGIK | Life is a Story

  2. Pingback: CARA MENGATASI MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation