KALSIUM DAN KITA

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan batu karang. Vitamin D diperlukan untuk menyerap kalsium. Sumber tenusu seperti susu dan keju adalah sumber kalsium yang diketahui ramai.

Walaubagaimanapun, sesetengah individu alah kepada produk tenusu, menyebabkan mereka tidak boleh menggunakan keluaran tenusu. Bagi orang-orang ini, terdapat banyak lagi sumber kalsium yang baik. Ini termasuklah rumpai laut seperti wakame, biji-bijian dan benih (contohnya badam dan bijan), kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus, ikan bertulang lembut, bayam, gandum lengkap, sayur dedaun kailan, rutabaga, brokoli, dan sumber seperti jus oren dan roti.

Terdapat syor cadangan yang bercanggah tentang bila masa makanan tambahan seperti kalsium harus diambil. Pengambilan sukatan adalah disyorkan agar diagih-agih dalam sehari, dengan sukatan terakhir hampir dengan masa tidur (sebelum tidur). Pengambilan kalsium seharian yang disyorkan berubah-ubah daripada 1000 ke 1500 miligram, bergantung kepada peringkat usia.

Susu, yogurt, keju dan lain keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia. Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak atau patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 hingga 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

kalsium

SIAPA YANG MEMERLUKAN PENGAMBILAN KALSIUM ?

  • Ibu-ibu hamil
  • Ibu-ibu yang menyusukan
  • Penghidap osteoporosis
  • Penghidap rickets
  • Penghidap arthritis
  • Wanita/lelaki berumur 30 tahun ke atas

TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM ?

  • Kekejangan/krem otot
  • Sakit pada saraf
  • Rasa kebas pada kaki dan tangan
  • Rasa mencucuk sekeliling mulut, tangan dan jari
  • Sering keletihan
  • Mudah marah
  • Sakit sendi
  • Kuku rapuh
  • Gigi reput/mudah patah
  • Tekanan darah tinggi
  • Paras kolesterol tinggi

Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej (cottage cheese) boleh dipilih.

Untuk orang yang mempunyai alahan kepada keluaran tenusu, pengganti seperti susu soya biasanya mengandungi kalsium yang dicampur dalamnya.

for-mye-kalsium-i-kroppen2

Akan tetapi adakah kita pasti dan yakin kesemua sumber alternatif kalsium ini diambil dengan kadar mencukupi dalam diet seharian kita? Adakah kita mampu secara konsisten untuk makan bijian, kekacang dan sayuran setiap hari?

SHAKLEE muncul dengan produk berupa kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%.

1493210_10151891171981938_831685251_n

Cepat, cepat.. Harga semestinya mampu milik!

1,079 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation