KAKI BENGKAK ATAU EDEMA SEMASA HAMIL, KENAPA IA BERLAKU ?

 

Semasa mengandung, banyak perubahan akan berlaku pada bentuk tubuh ibu sebagai persediaan untuk menyokong kehamilan. Ia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor kesihatan yang berkaitan dengan hormon dan kenaikan berat badan. Salah satunya ialah bengkak kaki.

Various factors contribute to foot and ankle swelling during pregnancy. For starters, your body retains more fluid during pregnancy. Also, your growing uterus puts pressure on your veins, which impairs return of blood to your heart. This can lead to swelling in the legs, ankles and feet.Aug 5, 2014

Edema, sembap atau bengkak kaki semasa hamil adalah perkara yang biasa dialami oleh ibu hamil ketika usia kandungan di trimester ketiga (usia 7-8 bulan) atau di hujung-hujung kehamilan. Sekitar 50 hingga 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya disebabkan oleh beban tambahan yang harus ditampung.

bengkak atau sembap semasa hamil mungkin petanda preeklamsia yang membahayakan

bengkak atau sembap semasa hamil mungkin petanda preeklamsia yang membahayakan

Antara punca-punca yang mungkin berkaitan adalah :

  • kekurangan kalsium
  • terlebih natrium (garam)
  • kerap ambil kafein
  • terlalu aktif
  • berdiri lama
  • udara panas
  • kurang minum air

Ketika mengandung, badan ibu menyimpan lebih banyak cecair daripada kebiasaan ketika tidak mengandung. Apabila bayi semakin membesar, rahim akan memberi tekanan kepada saluran darah di urat punggung (pelviks). Ini akan menjejaskan salur darah besar (vena kava) yang menerima darah daripada anggota badan di bahagian bawah badan. (urat besar di sebelah kanan badan yang membawa darah ke jantung).

Wanita hamil akan mengalami tekanan dan menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul, seterusnya memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan.

Ibu mengandung juga cenderung untuk mempunyai sekitar 30% lebih cecair di dalam badannya (termasuk cecair amnion atau air ketuban). Cecair yang berlebihan ini berkumpul di dalam tisu, menjejaskan pembuluh darah seterusnya menyebabkan perjalanan darah ke jantung menjadi tidak lancar dan perlahan. Ia akan menjadi lebih parah jika ibu tersebut mempnuyai air ketuban yang berlebihan atau mengandung kembar.

Kebengkakan atau sembap ini biasanya lebih teruk pada waktu petang dan malam dan akan berkurangan pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Oleh sebab itu, apabila hari menjelang petang, jika kulit di sekitar buku lali ditekan, kulit itu tidak menganjal dengan serta-merta dan kembali kepada keadaan asalnya.

Walaubagaimanapun, jangan risau kerana simptom-simptom ini akan semakin berkurangan dan ada juga yang serta-merta hilang sebaik sahaja selepas bersalin. Selepas melahirkan, bengkak kaki ini akan hilang dengan agak cepat kerana badan ibu sudah kehilangan cecair yang berlebihan, seiring dengan berat badan yang semakin menyusut.

Perasan tak, kita akan lebih cepat berpeluh, lebih banyak berpeluh dan lebih kerap kencing di hari-hari pertama berpantang selepas bersalin ?

Sebab itulah, lepas bersalin kena cepat-cepat naik atas penimbang, sebab koman-koman 7-10 kilo gone! Sekurang-kurangnya rasa lega dalam hati bila tengok kg yang menyusut.

Macam saya, masuk je rumah lepas discharged daripada hospital terus cari scale.. hihihi.. Rasa nak melompat tang tu jugak, Nasib baik sedar diri kat bawah baru lepas kena jahit. hehehe…

Semakin hampir dengan tarikh jangkaan bersalin (penghujung kehamilan) tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai juga akan mula terasa ketat. Ditambah pula dengan cuaca panas di Malaysia yang semakin memburukkan lagi keadaan ini.

Walaubagaimanapun, tidak semua ibu-ibu hamil akan berhadapan dengan masalah ini. Terdapat beberapa tips untuk mencegah atau mengurangkan sembap atau bengkak kaki semasa hamil yang boleh diamalkan agar ibu dapat melalui kehamilan dengan lebih selesa.

Sekiranya ibu mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, rujuklah pada doktor kerana ia mungkin salah satu tanda pre-eklamsia yang boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengetahuan dan persediaan awal sangat penting untuk mengelak trauma dan komplikasi pada ibu dan bayi semasa hamil dan sehingga tiba saat bersalin nanti.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi, Kajang dan Cyberjaya

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

13,826 total views, 9 views today

One Thought on “KAKI BENGKAK ATAU EDEMA SEMASA HAMIL, KENAPA IA BERLAKU ?

  1. Pingback: KOMPLIKASI DAN RISIKO KEHAMILAN | Nasuha Vita Life

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation