JUMLAH JAM TIDUR UNTUK BAYI BARU LAHIR YANG IBU HARUS TAHU

Ramai bakal-bakal ibu dan bapa yang teruja untuk menghias bilik bayi masing-masing sebelum berlakunya kelahiran. Adalah menjadi impian ibu bapa baru untuk melihat bayinya tidur lena sepanjang malam di katilnya sendiri. Walaubagaimanapun, keterujaan itu bukanlah bermaksud mereka ingin mengasingkan tempat tidur bayi yang masih merah seawal ini. Kalau ada pun, semua sebab terlebih excited nak sambut orang baru je tu. hihihi..

mengasingkan tidur bayi dengan ibu bapa

 

 

 

 

Sekalipun ianya tidak mustahil, namun hakikatnya bayi mereka masih terlalu kecil dan belum mampu untuk tidur bersendirian. Bagi bayi yang baru lahir, ia hanya akan menjadi angan-angan kerana pada bulan-bulan pertama selepas kelahiran, ibu dan bapanya harus mengalami gangguan waktu tidur kerana kehadiran mereka ke dunia ini harus diraikan sehingga mereka diulit mimpi.

Meletakkan bayi baru lahir bersama kedua ibu-bapanya akan memudahkan tugas penyusuan susu ibu dan juga urusan menukar lampin. Bayi boleh diletakkan di dalam katilnya (krib) berdekatan dengan katil anda tanpa mengganggu ruang katil ibu-bapanya. Sedikit cahaya samar daripada lampu di balkoni atau ruang di luar bilik akan membantu ibu melihat keadaan bayi dari semasa ke semasa serta dapat mengelakkan bayi daripada terjaga apabila lampu dihidupkan untuk proses tukaran lampin.

Ramai ibu-bapa baru yang diberitahu bahawa bayi yang baru lahir memang akan selalu tidur tetapi perkara ini tidak semuanya benar. Walaupun ada bayi yang tidur lebih lama daripada bayi yang lain, ia tidak bermakna bayi akan tidur setiap masa. Jika bayi tidak tidur dengan betul, dia akan menangis kerana terlalu penat dan ini akan membuatkannya sukar untuk tidur kelak. Tempoh tidur bayi harus sentiasa diperhatikan dan dicatat .

Menurut Dr.Richard Feber, penulis buku “Solve Your Child’s Sleep Problems”,

Jumlah tidur yang mencukupi bagi bayi yang baru lahir pada 2 minggu pertama selepas kelahirannya ialah selama 16 jam, di mana baki 8 jam lagi adalah waktu untuknya berjaga, menyusu dan menangis. Semasa hari-hari pertama itu, tempoh tidurnya adalah sekitar 2-4 jam pada setiap kali, seterusnya akan semakin berkurang kepada 15 jam pada hari-hari akhir bulan pertama kelahiran. Ada juga bayi yang akan berjaga pada waktu malam kerana dia sedang membiasakan dirinya dengan alam persekitaran yang baru.

Sama juga seperti golongan dewasa, setiap bayi ialah seorang individu yang mempunyai tabiat tidur yang tersendiri apabila dia terasa letih. Ada beberapa sebab mengapa bayi sukar tidur dengan lena, antaranya ialah :

  1. terlalu letih
  2. dahaga/lapar
  3. lampin basah
  4. berasa tidak selesa
  5. suhu bilik yang terlalu panas
  6. pakaian yang merimaskan
  7. tidur siang yang terlalu panjang
  8. perut berangin atau kolik
  9. terlalu kenyang kerana terlebih susu
  10. tidak mempunyai rutin tidur yang tetap

masa tidur bayi baru lahir akan berubah mengikut usianya

 

 

 

 

 

Selepas mencecah usia 3 bulan pula, tidur bayi akan semakin singkat, sekitar 3 kali di waktu siang dan ibu akan menyedari bahawa bayinya lebih kerap menangis sedangkan ia adalah kerana tempoh celik dan berjaganya juga telah bertambah.

Ibu bapa baru masih boleh menikmati tidur yang berkualiti sekiranya mereka tahu apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan bayi mereka tidur dengan selesa semalaman, seterusnya dapat mengurangkan gangguan-gangguan yang tidak diingini.

Menjadi ibu-bapa baru tidak seharusnya dirasakan sebagai beban yang akan menyebabkan stress. Menjaga bayi yang baru lahir buat pertama kali adalah satu momen indah yang tidak harus dilepaskan begitu sahaja. Ia seharusnya menjadi medan untuk kedua suami dan isteri belajar sesuatu yang baru dan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dikongsikan oleh mak ayah terdahulu.

Ramai juga ibu-bapa yang masih baru ini yang terkejut dengan karenah bayi yang kelihatannya sangat mengantuk tetapi tidak mahu tidur di waktu tengah malam, sebaliknya hanya menangis. Di waktu-waktu sebeginilah, Panduan menetapkan Jadual Tidur Bayi Baru Lahir sangat penting supaya mereka yang baru bergelar ibu dan bapa dapat merasai nikmat membesarkan anak sendiri.

Sentiasalah bertanya pada mereka yang lebih tua dan berpengalaman supaya suatu hari nanti, anda pula mampu berkongsi kisah menarik menidurkan anak buat pertama kali dengan tangan sendiri!

5,314 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation