JERAWAT DAN KESAN PARUT LAMA PADA KULIT MUKA, NAK PILIH KOSMETIK ATAU MAKANAN TAMBAHAN?

Sekarang ni makin banyak pula lambakan iklan-iklan produk kecantikan di TV. Yang guna model yang dah sedia cantik meletops pun banyak. Mahal tu, kos nak siarkan iklan berbayar macamni. Yang hairannya, ramai pula yang tergoda dengan iklan macam tu. Sebab nampak result yang cepat dan ohsem agaknya kan.

Herm… tak salahkan diorang jugaklah sebab saya dulu pun macamtu jugak. Berfikiran cetek sampai malas nak cari maklumat dulu pasal produk yang akhirnya merosakkan kulit muka sendiri. Resam manusia yang ada nafsu, makanya mudah terpengaruh tanpa sedar akibat buruk yang bakal datang.

Jom kita baca sedikit sedutan daripada akhbar Utusan Online bertarikh 01/05/2015 tentang ini.

Soalan: Saya ingin memperbaiki masalah kulit berjerawat dan mempunyai kesan parut lama. Kini saya menukar produk penjagaan kulit sebagai langkah memperbaiki masalah jerawat. Saya juga tercari-cari vitamin yang membantu kesihatan kulit.

Jawapan : Kesihatan kulit boleh dipelihara dan dikekalkan dengan pendekatan yang lebih menyeluruh. Ia bukan sekadar bergantung kepada penjagaan luaran dan kosmetik semata-mata. Apa jua tabiat pemakanan turut memberi kesan kepada kesihatan kulit. Tahap kesihatan kulit juga menjadi penanda luaran kepada kesihatan dalaman.

Adakalanya penggunaan krim, losen dan rawatan luaran kulit tidak banyak membantu sekiranya ia berpunca daripada faktor dalaman seperti akibat sesetengah nutrien. Mengambil makanan yang betul dan mengelak makanan yang tidak sesuai boleh menyerlahkan kecantikan, kulit lebih awet muda tanpa kosmetik mahal.

Kajian American Journal of Clinical Nutrition terbitan Julai 2007 menunjukkan kaitan antara makanan yang rendah dengan indeks glisemik dan pembaikan masalah jerawat. Kajian mendapati dalam tempoh 12 minggu, jerawat berjaya dikurangkan dengan lebih baik di kalangan kumpulan peserta yang mengambil makanan dengan kandungan glisemik gula yang rendah berbanding kumpulan yang mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat.

Secara umumnya, selain makanan berkarbohidrat ringkas yang tinggi, pengambilan makanan tinggi lemak tepu, makanan berminyak dan bergoreng, bergula akan memberi impak yang lebih ketara kepada masalah jerawat.

Minum air secukupnya

Mengambil air masak dengan cukup adalah sangat penting. Selain penting sebagai keperluan makhluk hidup, air yang bersih boleh menyihatkan kulit. Ia berperanan melembapkan sel-sel dalaman, memudahkan penyingkiran toksin dan membantu penyerapan nutrien secara optimum ke dalam tubuh kita. Tubuh yang dihidrat dengan sempurna membolehkan perpeluhan berlaku dengan lebih efisien, seterusnya akan menjadikan kulit kita kekal bersih dan cerah.

Ambil makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi

Dari segi suplemen, vitamin anti oksida berfungsi meneutralkan dan mengurangkan radikal bebas yang telah merosakkan sel-sel tubuh kita :

  • Vitamin A diperlukan untuk pembinaan dan pengekalan sel-sel kulit. Nutrien ini membantu menentang kekeringan kulit, kulit berkuping dan penebalan lapisan luar kulit.
  • Vitamin C diperlukan dan membantu dalam pembentukan tisu-tisu penghubung, kolagen dan pemeliharaannya.
  • Vitamin E boleh memperlahankan penuaan tisu. Untuk kesihatan kulit terutamanya kulit bermasalah, mineral zink diperlukan untuk membantu fungsi normal kelenjar sebum kulit dan penyembuhan jerawat.

Gabungan pengambilan suplemen anti-oksida (ACE) serta mineral zink dan selenium akan membantu mencegah kerosakan sel akibar daripada kesan radikal bebas.

Asid-asid lemak yang mencukupi penting untuk mengekalkan kecantikan dan keremajaan kulit. Ini merangkumi asid lemak omega-3 dan omega-6. Asid-asid lemak perlu ini diperlukan untuk menguat dan meningkatkan kebendaliran membran sel kulit. Membran sel merupakan pelindung kulit, mengeluarkan toksin dan memberi lembapan serta nutrien. Ia juga meningkatkan pengaliran darah dengan mencairkan darah dan memperbaiki keanjalan sel darah merah supaya lebih banyak oksigen yang membantu menyubur dan melembap yang penting untuk keremajaan kulit.

Kajian mendapati pengambilan Gamma linolenic acid (GLA) daripada minyak Evening Primrose secara berterusan membantu masalah jerawat, ekzema atopik, sindrom pra-haid (PMS), psoriasis dan kesihatan kulit. Mereka yang sering dibelenggu masalah ini lazimnya mempunyai paras GLA yang lebih rendah daripada normal. Ujian menunjukkan pengambilan minyak evening primrose yang kaya dengan GLA boleh memperbaiki kelicinan kulit, lembapan serta memperbaiki masalah dermatitis.

Haaah tu diaa.. Memang betul.

Adakalanya masalah kulit muka yang serius ni tidak boleh diselesaikan hanya dengan penggunaan produk kosmetik yang kita tepek pada pipi. Ianya bukan semudah itu. Masalah ini kadang-kadang sangat berkait dengan faktor dalaman seperti kekurangan nutrien yang tertentu menyebabkan kulit kita tidak mendapat zat yang sepatutnya dengan cukup.

Masuk akal kan, sebab kita ni bukan sahaja rutin harian berbeza, tabiat makan pun masing-masing tak sama!

Oleh sebab itu, ada di kalangan remaja perempuan dan wanita yang menghadapi masalah kulit wajah akhirnya mendapat akibat yang lebih kronik apabila pendekatan luaran seperti sapuan losyen dan krim pembasmi jerawat digunakan. Begitu juga dengan orang lelaki. Ada je kan abang atau adik kita yang muka berjerawat dan berparut akibat kesan jerawat kan?

Mengambil makanan dan supplemen yang betul dan bersesuaian boleh menyerlahkan kecantikan, menjadikan kulit lebih awet muda tanpa menggunakan barangan kosmetik yang mahal. Satu lagi fakta yang anda mungkin tak tahu bahawa jika anda menyuntik vitamin C, kesan sampingannya adalah ia akan menimbulkan endapan kristal di dalam tubuh yang mengakibatkan gangguan fungsi buah pinggang jika kurang air. Tak berbaloilah macamtu kan, nak bercantik-cantik sampai organ rosak.

Daripada suntik menyuntik, baiklah kita rawat dari dalam kan? Amalkan pengambilan makanan sihat dan nutrisi seimbang dengan memulakan hari anda dengan pengambilan suplemen natural 2 biji Vitamin C sehari. Vitamin C berfungsi dalam pembentukan kolagen yang menghasilkan protein untuk proses pembaharuan kulit. Vitamin C dan Vitamin E juga bertindak sebagai bahan antioksida yang melindungi radikal bebas dan melawan oksida yang menyebabkan garis kedutan penuaan.

Memang sangat banyak vitamin yang terdapat pada rak-rak farmasi. Kalau dikira dengan berapa jumlah tablet yang ada dalam setiap botol tu, harganya pun bukanlah murah. Dalam banyak-banyak vitamin yang ada tu, pernah tak belek-belek nutrition facts atau kandungan nutrisinya? Pernah tak ambil tahu serba sedikit pasal syarikat yang keluarkan suplemen tu?

Keluar story ni pun sebab baru-baru ni ada sorang kawan tanya beza vitamin C Shaklee dengan yang ada di pasaran. Katanya dia memang tahu Shaklee ni syarikat nutrisi yang famous dan stabil, tapi masih tak pasti nak pilih vitamin yang mana satu nak dibeli dan dimakan.

Memang betul. Shaklee memamg dah lama ditubuhkan, paling lama bertahan dengan pendekatan selamat, semulajadi dan berkesan. Apa yang pasti, Vitamin C Shaklee memang best.

Tahukah anda pada tahun 1977, Shaklee adalah syarikat pertama yang menghasilkan vitamin C dengan sistem pembebasan terkawal berasaskan tumbuhan.

Best kan? Saya sendiri lepas dah tau rahsia yang bukan lagi rahsia ni, terus utuh memilih suplemen vitamin C jenama Shaklee untuk seisi keluarga. Harga pun sangat berpatutan dengan 180 biji tablet. Kalau sehari makan sebiji, dah confirm tahan sampai 6 bulan penggunaan.

Oh ya, berbalik kepada permasalahan jerawat dan parut lama yang hodoh tu, semestinya langkah penyelesaian secara holistik (menyeluruh luar dan dalam) adalah yang terbaik.

Dah kena lah tu, sebab Shaklee ada semuanya tau. Daripada produk pemakanan berupa supleman sehinggalah produk penjagaan kulit secara luaran :

Anda boleh pilih nak yang mana. Ambil beberapa jenis dahulu atau kesemuanya. Ataupun jika masih tak pasti. ragu-ragu atau perlukan khidmat nasihat, konsultasi percuma akan diberikan kepada customer dan bakal customer.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Kajang, Bangi dan kawasan berhampiran

Nusaybah Anuwar 019-3832656

3,562 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation