JANGAN TAK TAHU, NAK BELI VITAMIN C PUN KENA PILIH DAN ADA CARA TAU!

Dalam banyak-banyak vitamin, Vitamin C adalah antara vitamin yang paling famous sekali. Boleh kata semua orang pernah dengar pasal vitamin C, tau apa itu vitamin C dan di pasaran juga vitamin C adalah item yang paling laku!

Kenapa ye? Jom layan video sat…

Hehehe.. tengok tu. Doktor penyamun pun pandai menilik penyakit tau. Walaopun masa tengok cerita ni saya rasa dia main tibai je tang penyakit tu. Nampak menggigil-gigil macam demam, meracau-racau, tiba-tiba doktor kata kurang vitamin C.

Dengan kata lain, bila sistem imun tak kuat, atau berlaku attack pada pertahanan tubuh, badan kita akan mudah jatuh sakit. Nak habaq yang betapa penting vitamin C untuk kesihatan kita. Bijak tak bijaklah Allahyarham Seniman P.Ramlee ni bikin cerita.

Vitamin C memang sangat sinonim dengan buah-buahan seperti jambu batu, buah kiwi, epal dan oren. Tapi yang tak seronoknya, bukan hari-hari kita dapat makan buah dengan konsisten mengikut dos yang diperlukan oleh tubuh kita.

Agak-agaknya lah kan, dalam sehari berapa hidangan buah-buahan yang kita mampu makan? Buah-buah semua tu pulak buah yang ditanam sendiri ke beli?

Kalau beli, beli daripada petani sebelah rumah ke atau dapat di supermarket yang dimport dari New Zealand? Memang bagus kalau kita dapat makan vitamin C daripada sumber semuljadi, tapi buat yang belum tau, atau terlepas pandang, buah-buahan ni, zat yang dibekalkan tu hanya benar-benar bagus bila kita makan masa dia ranum dan baru dipetik!

Buah-buah yang dijual kat kedai tu kebanyakannya dipetik masa masih muda, diperam, diawet, kemudiannya dipacking… selepas beberapa tempoh ia sudah matang barulah sampai ke kita. Herm… agak-agak nya lah kan, apa lagi yang masih tinggal dalam buah tu? Berapa peratuskah vitamin yang masih ada untuk diserap masuk oleh tubuh kita?

Ramai yang dah mula tahu kepentingan Vitamin C dalam pemakanan seharian, tetapi tidak semua orang peka tentang cara memastikan vitamin C yang diambil itu daripada sumber yang terbaik, terutamanya jika ia dalam bentuk suplemen tablet.

Panduan memilih vitamin C yang baik :

  1. Semak label pada botol terlebih dahulu. Pastikan vitamin c yang ingin dibeli diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi, bukan sintetik atau tiruan.
  2. Pastikan vitamin c pilihan anda mempunyai bioflavanoid. Ia berperanan penting dalam meningkatkan penyerapan vitamin C. Vitamin C tanpa bioflavanoid, peratusan kandungan vitamin C di dalamnya hanya sedikit. Itulah yang bakal diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita nanti.
  3. Digalakkan untuk memilih vitamin C yang bersifat sustained release (menggunakan teknologi pelepasan masa setiap jam secara berperingkat) tanpa menjejaskan buah pinggang.

vitamin c terbaik

Berita baiknya, Vitamin C Shaklee menepati kesemua ciri-ciri di atas tau! Semulajadi, sustained release dan ada kandungan bioflavanoid juga tau!

Selain penting untuk tahu serba-sedikit tentang cara memilih suplemen vitamin C yang terbaik, kita juga perlu tahu cara pengambilan vitamin C yang betul daripada sumber semulajadi.

Baca juga : Cara makan vitamin C yang betul supaya tidak membazir ringgit dan sen.

Kalau nak rasa kemujaraban vitamin C terbaik di pasaran, boleh dapatkan Sustained Release Vitamin C Shaklee. Ia bukan saja berkualiti dan semulajadi, harganya pun sangat berbaloi-baloi. Cuma 50 sen sebiji utk setiap tablet 500mg. Oh ya, harga ahli semestinya lebih murah dan menjimatkan!

Sustained Released Vita C Plus Shaklee - anti-oksidan semulajadi yang berupaya menyalurkan Vitamin C secara berterusan

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Bangi, Kajang dan Cyberjaya.

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

14,914 total views, 21 views today

One Thought on “JANGAN TAK TAHU, NAK BELI VITAMIN C PUN KENA PILIH DAN ADA CARA TAU!

  1. Pingback: CARA MENGATASI MUKA BERJERAWAT DAN BERPARUT | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation