JANGAN BUAT MAIN MASALAH KENCING TAK LAWAS, SIKSA KUBUR MENANTI WALAUPUN WARAK SOLAT DAN RAJIN MENGAJI

Bila bercakap perihal kencing ni, ramai yang malu-malu kerana merasakan ia adalah satu isu sensitif dan tidak harus dikongsi.

Jika diperhatikan pada statistik rambang yang dibuat, daripada 5 orang wanita yang saya tanya, 3 daripadanya mengangguk mengakui mereka mempunyai masalah ini. Bermaksud antara sedar dengan tidak, 3:5 wanita mengalami masalah kencing!

Teringat saya pada satu kuliah zohor di pejabat minggu lepas. Topik yang sangat menarik yang buat saya rasa kena bertubi-tubi atas batang hidung sendiri dan beberapa lagi tompok rakan lain yang sama-sama mendengar ulasan ustazah.

Tajuknya ialah 10 ciri-ciri wanita ahli neraka. Menarik, tapi juga menakutkan.

Kisah Benar di Zaman Rasulullah

Dalam kuliah zohor itu, ustazah ada menceritakan tentang sebuah kisah di zaman Rasulullah S.A.W. Diriwayatkan daripada Ibnu Abas R.A katanya,

Ketika Rasulullah S.A.W sedang berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah, lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi SAW, “Kedua-duanya disiksa bukanlah kerana dosa besar’. Kemudian Nabi SAW melanjutkan perkataannya, “Yang seorang disiksa kerana kencing dan tidak bersuci sesudah itu dan seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan (suka mengadu domba)’.

Sesudah itu Nabi SAW menyuruh ambil sebatang pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda, dan diletakkannya di atas kedua-dua kuburan itu masing-masing sepotong”. Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah! mengapa anda lakukan itu?”. Jawab Nabi SAW, “Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering”.

Menjelaskan, betapa wajibnya membersihkan diri dari bekas air kencing yang tergolong sebagai najis. Betapa pentingnya air kencing itu dibersihkan dengan sempurna dari tubuh badan, pakaian dan tempat solat. Juga menunjukkan keyakinan seorang muslim akan adanya siksaan kubur yang segalanya benar.

Allah.. Mungkin bila dalam keadaan tergesa-gesa, kita tak rasa benda ini penting dan menganggapnya remeh sehinggakan menyebabkan kita melakukan ibadah dalam keadaan tidak suci. Kadang kala kita tak sedar, menunaikan solat dalam keadaan bernajis.

Kebanyakan yang diazab di dalam kubur di sebabkan air kencing yang tidak dicuci dengan bersih dan terkena pakaian tanpa disedari. Nauzubillah!

Di antara punca yang sering dikaitkan dengan masalah kencing ini ialah :

  • kurang minum air masak
  • sering tahan kencing
  • mengandung
  • tidak menjaga kebersihan alat sulit
  • jangkitan bakteria
  • mereka yang mempunyai daya tahan (sistem imun) yang rendah

Masalah kencing ini boleh jadi berpunca daripada salah satu sebab di atas atau kesemuanya sekali. Ia memang sakit dan buat diri selalu rasa tidak selesa.

Penyebab masalah kencing tak lawas atau kencing kotor ini adalah keterbiasaan tabiat membersihkan kemaluan dengan mengelap dari belakang ke depan, yang menyebabkan sisa kekotoran najis dan bakteria masuk ke salur uretra.

Kaum wanita adalah golongan yang paling kerap mengalaminya dan lebih mudah dijangkiti kerana saluran uretra mereka yang lebih pendek daripada lelaki. Kebanyakan jangkitan pada saluran kencing ini adalah disebabkan oleh bakteria e.coli.

Diagnosa paling terkenal yang akan ditulis ialah U.T.I – Urinary Tract Infection atau jangkitan pada salur kencing. Saya perasan sangatlah istilah ni yang selalu doktor tulis pada slip MC. Memang sampai boleh buat MC sebab rasa sakit dan pedih dia yang tak tahan tu.

Pada kebiasaannya doktor akan beri ubat untuk lawas kencing dan antibiotik yang mesti dihabiskan untuk mengelakkan terjadinya jangkitan kuman pada saluran kencing. Jadi, jika ingin membuang air kecil hendaklah lebih berhati-hati dan mencari tempat yang tidak mudah terkena percikan najis untuk tujuan kebersihan.

Petua tradisi menggunakan daun yang membantu

Air rebusan daun sireh

Daun sireh terkenal sebagai bahan pencuci bahagian sulit wanita di kalangan orang-orang veteran yang terdahulu. Masa zaman tu mana ada feminine hygience for vagina lagi. Ia mengandungi antiseptik yang dapat menghilangkan gatal-gatal dan mengelak jangkitan kuman atau bakteria. Sangat sesuai bagi merawat keputihan dan menghilangkan bau.

Ia turut membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu -ibu didalam pantang selain dapat meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.

Herba Alfalfa 

pic credited to google

gambar ihsan google

Alfalfa memang terkenal dalam perubatan tradisional sebagai tumbuhan herba yang bersifat alkali. Ia mampu mengurangkan radang dan membersihkan saluran kencing.

Cukup dua dulu, sebab saya tak rasa kedua-dua ni mudah diperolehi di zaman sekarang ni. So, yang mana ada tanah sikit tu, atau balkoni comel tepi rumah tu.. tanamlah pokok sireh lepas ni. Bukan setakat boleh buat hiasan sireh junjung je tau!

Part dalaman pulak, kalau ada yang jenis tablet kan lebih senang. tingg!! Cakap pasal orang yang tak berapa nak rajin macam saya lah ni. :)

Bercakap tentang pengalaman sendiri, masalah ini pernah saya alami beberapa kali sebelum ini terutamanya jika sedang mengandung dan selepas bersalin. Ada juga ketikanya ia berlanjutan sehingga semasa saya sedang menyusukan anak.

Bukan sengaja ambil mudah, tetapi ia jadi tidak terkawal disebabkan oleh beberapa isu berkaitan wanita yang saya rasa tidak sesuai dikongsikan secara terang-terangan di sini. Lebih buruk jika ia melarat sehingga menjejaskan hubungan suami isteri. Berapa point dah di situ. Dari sudut ibadat dan kewanitaan. Sesungguhnya saya takut.

Pernah juga beberapa kali saya berjumpa dengan Pakar Sakit Puan, tetapi setiap kali itu saya akan diberikan pil antibiotik lagi dan lagi. Tak dapat digambarkan sebenarnya apa yang saya rasa, bagaimana perasaan saya yang tengah runsing pasal masalah kewanitaan ini, kemudian pula terpaksa makan pelbagai jenis ubat (antibiotik pula tu) dalam keadaan sedang menyusukan anak.

Oleh sebab itulah saya mencari alternatif. Sehinggalah saya dipertemukan, mendapat maklumat tentang tablet-tablet semulajadi yang berciri anti-biotik, bersifat anti-radang, selamat dan boleh diambil tanpa was-was dalam jangka masa panjang. Alhamdulillah..

Sejak kenal dengan tablet bawang putih ni, memang saya lega sangat. Betul-betul membantu di saat-saat kecederaan begini. 10 biji tablet alfalfa dan 4 biji tablet garlic inilah yang saya ambil untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas yang dialami.

Sistem imun yang kuat adalah salah satu cara mengatasi masalah kencing kotor atau kencing tak lawas ini kerana bakteria memang mudah menyerang dan akan selalu menang jika daya tahan badan kita tidak cukup kebal untuk menentangnya.

Saya juga mengambil langkah insof dengan minum air masak dengan cukup (sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari) agar kuman dan bakteria yang terdapat dalam saluran kencing dapat dikeluarkan dengan lebih mudah dan lancar.

Alhamdulillah, memang sangat-sangat membantu! Apa yang buat saya happy sangat dan tak risau walaupun sekarang ni kedua-duanya dah menjadi tablet wajib yang dimasukkan dalam diet harian ialah, kedua-duanya vitamin organik yang selamat dan semulajadi, tanpa bahan kimia.

Boleh makan dengan senang hati, tak membahayakan atau ada side effect untuk diamalkan dalam jangka masa panjang. yeay! :)

Mereka yang duk terasa tempias tu, cecepat ambil tindakan. Yang susah minum air masak tu, siapkan botol air di mana-mana pun anda berada supaya senang nak minum tanpa beralasan lagi. Ini soal ibadat, jangan sambil lewa, jangan dibiar-biarkan tau!

Boleh PM tepi, personally contact saya untuk berkongsi atau memerlukan cadangan. Konsultasi eksklusif semestinya milik pelanggan setia farmasimaya.com :)

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia

COD sekitar Bangi dan Kajang

Hubungi  Nusaybah Anuwar 019-3832556

5,388 total views, 5 views today

One Thought on “JANGAN BUAT MAIN MASALAH KENCING TAK LAWAS, SIKSA KUBUR MENANTI WALAUPUN WARAK SOLAT DAN RAJIN MENGAJI

  1. Pingback: OSTEOPOROSIS DI KALANGAN WANITA BERUSIA | Life is a Story

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation