Selain jambu air yang jenis madu tu, anggur adalah satu lagi buah yang jadi feberet Iman Nasuha. Boleh kata setiap minggu kalau ke pasar malam mesti abi akan belikan untuk anak dara kesayangan dia ni.
Sekarang ni kalau ke pasaraya nak beli anggur, ada satu jenis anggur yang selalu “laku keras” walaupun harganya lebih mahal daripada yang biasa tu. Beliau adalah “seedless grape”. Senang nak makan katanya. Betul ke?!
Dikatakan anggur berbiji benar-benar mengandungi biji pada satu ketika dahulu, tetapi kaedah penanaman dan kesilapan genetik menghalang benih daripada membentuk biji sehingga menghasilkan buah tanpa biji!
Khasiat atau manfaat biji anggur ini sebenarnya sudah lama dibongkarkan oleh masyarakat Eropah yang menyembuhkan kulit bermasalah secara tradisional menggunakan biji-bijian anggur yang telah dilumatkan. Dengan teknologi yang semakin moden dan canggih, ekstrak biji anggur kemudiannya telah diolah dan dijadikan intipati dalam pelbagai produk kulinari, kesihatan dan kecantikan termasuklah sebagai minyak biji anggur (grape seed oil) dan kapsul vitamin E.
Sebagai Pahlawan Menyingkirkan Radikal Bebas
Ekstrak biji anggur mengandungi bioflavonoid yang berganda yang juga merupakan salah satu sumber anti-oksida yang hebat. Antara sumber semulajadi lain yang mempunyai ciri yang sama termasuklah blueberry, buah ceri, plum, kekacang dan sayuran. Biji anggur terkenal sebagai bahan dengan sumber serat dan anti-oksidan tinggi yang sangat efektif untuk menentang radikal bebas sekaligus memelihara kesihatan tubuh dan menjadikan tubuh kita lebih “kebal” apabila diserang penyakit.
Radikal bebas ni memang kita tak nampak dengan mata kasar. Tapi antara sedar dengan tidak, ia selalu mengekori dan menjadi pendamping kita seperti pencemaran udara, asap rokok dan kenderaan, makanan segera, racun serangga serta sisa kimia daripada kilang.
Ia diibaratkan seperti seorang pencuri yang cacat dan lemah yang mencuri tenaga daripada sel-sel sihat untuk memenuhi keperluan diri mereka sendiri. Jahat dan selfish betul kan.
Kalau dah hari-hari terdedah kepada radikal bebas setiap kali berada di luar rumah dan daripada makanan seharian, jawabnya kita memang sentiasa diancam oleh risiko kanser, diabetis, penuaan pramatang dan penyakit kardiovaskular yang boleh membunuh!
5 khasiat biji anggur yang orang tak tahu :
1. Anti-kanser
- Menentang sel-sel kanser yang merbahaya di dalam tubuh kita
- Meneutralkan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
- Meningkatkan sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit
2. Anti-inflammasi – mengurangkan radang
- Menghalang pembengkakan dan keradangan
- Menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu baru
- Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus dan pelindung kepada alahan
3. Mengelak terjadinya masalah kelelakian dan kelenjar prostat
- Meningkatkan fungsi libido pada kaum lelaki
- Meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma
- Merangsang keinginan dan nafsu seksual
- Mengelak risiko radang atau kanser prostat
4. Sebagai Agen anti-penuaan
- Mengurangkan kedutan
- Meningkatkan keanjalan kulit
- Melambatkan proses penuaan
- Meningkatkan sintesis kolagen pada kulit
- Menghilangkan parut dan melembapkan kulit
5. Mencegah penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan strok :
- Menjaga kelenturan pembuluh darah
- Mencegah pembuluh darah daripada tersumbat
- Meningkatkan fungsi otot dan kesihatan jantung
- Mengurangkan kadar kematian akibat penyakit jantung
Kajian yang dibuat menunjukkan bahawa amalan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan Beta-carotene, vitamin C dan vitamin E mampu mencegah kanser payudara, kanser paru-paru dan penyakit jantung. Antioksida semulajadi ini yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.
Vitamin E dengan ekstrak biji anggur.
Dan oyeah, memang boleh nampak biji-biji anggur yang halus tu bila kita cucuk softgel kasi keluar minyaknya, especially masa tenyeh buat jadi masker. Boleh tau ni pun sebab selalu buat. Al-maklum, parutnya bersepah seluruh badan. ngee..
✔20 kali ganda lebih baik daripada vitamin C.
✔50 kali ganda lebih baik daripada vitamin E sahaja.
Dah kalau rasa malas, or susah nak cari or tak pasti yang mana satu, beli je kapsul vitamin E yang ada ekstrak biji anggur (grape seed) macam vitamin E Complex ni.
Ramai yang kata susah nak cari suplemen yang ada kandungan selenium. Dan ramai juga yang tak tau vitamin E complex Shaklee bukan sekadar mengandungi grape seed extract malah ia juga dilengkapi dengan selenium.
Antara beza paling ketara vitamin E jenama ini dengan vitamin E lain yang diletak di atas rak farmasi ialah kewujudan ekstrak biji anggur yang sangat hebat ini. Antara vitamin paling “mahhal” dan paling lambat saya cuba sebab lambat tau betapa bestnya dia ni. Rugi..rugi…
Oh ya, kalau nak sapu dekat kawasan yang ada kesan parut pun boleh. So sesiapa yang ada tanda-tanda daripada kisah silam yang kalau tengok boleh bikin muram tu bolehlah gosok-gosokkan minyak vitamin E dengan ekstrak biji anggur dan selenium daripada softgel ni dekat situ.
Yang paling best bulan ni, beli 2 tapi cuma bayar harga satu. Saya mesti pilih!!
Pengedar sah Shaklee di seluruh Malaysia.
COD sekitar Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya
Nusaybah Anuwar – 0193832656
2,927 total views, 2 views today
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
PROMOSI TERKINI
KATEGORI
ENTRI POPULAR
ARKIB
APA KATA MEREKA TENTANG VIVIX
APA LAGI YANG MEREKA KATA PASAL VIVIX
HOT LINKS
LIVE TRAFIK
JUMLAH PENGUNJUNG SEJAK NOVEMBER 2015
You’re the writer of your life
JANA PENDAPATAN DARI RUMAH DENGAN KAMI