JANGAN ABAIKAN BENDASING PADA PENGLIHATAN ANDA, IA MUNGKIN PUNCA BUTA!

Hari ni rasa nak berkongsi pasal penglihatan. Anugerah deria yang sangat penting dalam hidup dan rutin kita sehari-hari. Ia berkenaan mata.

Soalan :

Saya sering merasakan ada benda bergerak di depan mata saya tetapi orang lain tidak nampak objek itu. “Ia kelihatan seperti rambut dan titik hitam. Kenapa hanya saya yang alami masalah ini dan apa sebenarnya berlaku pada mata saya?”

Prof. Dr. Muhaya Muhamad

Prof. Dr. Muhaya Muhamad

Jawapan pakar :

Masalah ini biasa dialami individu pertengahan umur. Walaupun mata tidak terasa sakit, kehadiran ‘benda asing’ dalam ruang pandangan mereka dianggap sebagai gangguan. Keadaan ini dipanggil apungan atau ‘floaters’. Ia disebabkan perubahan pada gelemaca/vitreous (bahan lutsinar yang jernih menyerupai putih telur) iaitu struktur di dalam biji mata. Ianya seperti jeli yang memenuhi tiga suku daripada isipadu biji mata dan antara fungsinya ialah menstabilkan bentuk mata.

Apungan berlaku apabila ada gangguan pada kejernihan gelemaca. Perlu diingat, apungan (bintik atau jaluran hitam) ini hanya dilihat oleh mereka yang mengalaminya.

Apungan berlaku disebabkan proses kematangan yang normal. Apabila umur seseorang meningkat, gelemaca mengecut dan menjadi cair. Sebahagian gelemaca menjadi lebih pekat, hilang kejernihannya dan berkumpul di beberapa kawasan di dalam mata.

Apabila gelemaca yang tidak jernih dan pekat ini bergerak di depan retina, individu berkenaan melihat bintik hitam dalam pandangan mereka. Masalah ini biasanya berlaku kepada golongan berumur 55 tahun ke atas. Selalunya mereka mengeluh apabila melihat seolah-olah ada nyamuk, rambut atau objek kecil bergerak di depan mata.

Jika berlaku komplikasi atau simptom di atas, segera jumpa pakar mata bagi memastikan rawatan yang perlu diberi. Rawatan yang diberikan pakar akan bergantung kepada punca apungan berlaku. Apungan juga dianggap boleh membahayakan penglihatan jika berlakunya pendarahan di dalam gelemaca pada pesakit kencing manis yang mengalami retinopati diabetis yang teruk, atau retina melekang yang mungkin berlaku kepada individu rabun jauh.

– Sumber : UtusanOnline/Prof. Dr. Muhaya Muhamad

Memang sejak kenal Shaklee, saya rasa diri saya selalu sering mahu mencari dan menambah ilmu tentang kesihatan seterusnya berkongsi pula dengan orang lain. Salah satu penyebab saya selalu gian bila tengok susunan buku-buku di Bookstore. Tak pernah rugi sebenarnya jika kita pupuk amalan membaca ini sebagai habit.

Jom sama-sama baca apa pula perkongsian dan real testimoni saya kali ini. :)

Kisah anak solehah dan ibu yang takut matanya ada bintik hitam!

….. Sampai ofis pagi ni rasa nak menitik airmata (memang dah bertakung sebak) sebenarnya, bila sorang kawan datang bagitau yang emaknya yang ada masalah bendasing dalam mata yang juga dikenali sebagai apungan/floaters (pertama kali dgr tentang istilah ni) telah hampir sembuh sepenuhnya!

Sebelum ni mak dia mengalami gangguan penglihatan di mana dia nampak bintik/tompok hitam dalam pandangan akibat pengumpulan gelemaca (jeli yang berfungsi menstabilkan bentuk mata) yang melekang dan mencair lalu bergerak di hadapan retina.

Melalui pembacaan saya, floaters terjadi akibat penyimpangan dalam vitreous gel yang mengisi bola mata kita. Ia terjadi secara semulajadi apabila vitreous gel mengental/menyusut seiring dengan pertambahan usia sehingga membentuk gumpalan.

Biasanya floaters terjadi pada golongan lanjut usia, retinopati diabetes, koyakan pada retina dan individu yang mengalami rabun jauh. Mereka yang mengalami masalah floaters (apungan) harus berjumpa pakar jika apungan berlaku secara tiba-tiba dan terdapat terlalu banyak apungan, atau jika ia mengganggu penglihatan kerana ia boleh membahayakan terutamanya ketika memandu.

typesoffloaters

Pesakit perlu segera berjumpa doktor dan menjalani pembedahan untuk mencegah kebutaan. Perlu dinyatakan, gelemaca melekang berlaku disebabkan proses kematangan tetapi ia juga boleh terjadi jika pesakit mengalami trauma atau radang dalam mata.

Floaters tidak dikategorikan sebagai merbahaya tetapi jika ia terlalu banyak, rawatan susulan adalah perlu utk mengelakkan risiko menjadi buta.

Emaknya takut nak kena operate, umur pun dah lebih 60 tahun. Jadi, saya cadangkan pengambilan vivix dan carotomax untuk bantu. Emaknya start makan lebih kurang sebulan lalu. Masa tu saya sendiri pun tak faham sangat pun lagi pasal penyakit ni..

Sekarang penglihatannya emaknya dah jelas, semakin baik, dah tak nampak bintik atau tompok yg mengganggu lagi. Apa yang lebih mengharukan, doktor kata mak dia dah tak perlu jalani pembedahan lagi. Badan pun rasa lebih sihat dan bertenaga katanya.

Syukur, syukur, syukur Ya Allah..
Inilah kepuasan dan kegembiraan sebenar yang saya rasa sejak bershaklee. :)

Saya rekomen mak dia ambil carotomax dan vivix. Alhamdulillah, niat saya membantu beroleh hasil yang diinginkan. Shaklee cuma asbab.

Tapi saya percaya produk yang baik akan sentiasa meniti dari mulut ke mulut. Biiznillah…

kttshakleecarotomax

Macamni lah rupa vitamin mata yang bersamaan dgn 89 hidangan rasberi, 102 hidangan pisang, 714 hidangan apricot, 285 hidangan limau gedang dan 113 gram ikan salmon..

Semuanya kaya anti-oksida, ada alpha-carotene, beta-carotene, lycopene, astaxanthin, lutein dan zeaxanthin utk mata sihat, kulit sihat & cegah kanser.. Tak larat kot asik nak makan sampai 9 kali sayur ngan buah.. Sehari-dua mungkin boleh, tapi kalau hari-hari?!

testimoni floaters sembuh dengan vivix

testimoni floaters sembuh dengan vivix

Pesakit yang mengalami katarak juga antara golongan mereka yang berisiko mendapat floaters.

testimoni katarak dengan vivix

testimoni katarak dengan vivix

Vivix Shaklee

Vivix Shaklee bertindak sehingga ke tahap sel

Menukar jenama, boleh mengubah hidup anda!

Mahu bermula ? Cari saya kita bincang-bincang.

Konsultasi dan panduan pemakanan diberikan secara percuma dan berterusan.

Pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.

COD sekitar Kajang, Bangi, Cyberjaya dan Putrajaya.

Nusaybah Anuwar 019-3832656

3,481 total views, 8 views today

5 Thoughts on “JANGAN ABAIKAN BENDASING PADA PENGLIHATAN ANDA, IA MUNGKIN PUNCA BUTA!

  1. Pingback: TESTIMONI SET MENGANDUNG SHAKLEE | Life is a Story

  2. Anonymous on 05/10/2016 at 10:11 AM said:

    Harga vivix berapa

    • nasuha on 06/10/2016 at 12:26 PM said:

      Terima kasih bertanya Encik/cik Puan.

      Harga pasaran sebotol vivix ialah RM475.
      Boleh hubungi saya melalui call/whatsApp Nusaybah 019-3832656 untuk konsultasi produk dan harga menarik beserta keahlian percuma. :)

  3. saya nk tanya. dalam 2 3 minggu lepas saya rasa ada apungan bintik n kadang2 mcm jalur rambut. sama mcm simpton floaters. tp umur saya baru 21 tahun. saya ada rabun jauh power 500. boleh ke umur saya gunakan vivix?

    • nasuha on 09/01/2018 at 12:46 PM said:

      Terima kasih bertanya.

      Boleh Cik Halieda.
      Boleh whats App saya di nombor 0193832656 untuk konsultasi lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation