JAGA MAKAN, SUSU MERIAH, PASTI!

SEJARAH 10 TAHUN DULU

Sejak belum mengandung dulu-dulu pun saya sebenarnya suka sangat makan suplemen. Siap kasi kaunseling dekat kawan-kawan suruh jaga kesihatan. MLM sangat engkau!

Sejak anak dara, sejak zaman bujang di rumah sewa lagi. Bukan suplemen saje, “air wanita” yg kacip kak timah tu pun saya suka minum. Tersengih-sengih abang-abang teruna mahupun pakcik-pakcik yg dah berlaki bila nampak ai teguk air dalam tin merah jambu itu..pfttt.. Ada la tu yg dijanakan oleh otak kreatif diorang. Kepala hotak betul.

shy baby shy

shy baby shy

Malu pulak bila terflash back balik. Innocent sangat masa tu. Konon nak kasi rapat la kan. Padahal apa kejadahnya ko nak rapat-rapat masa anak dara ni. Adoi la hai..jahil sungguh bab  begini. Lagipun, belum kenal dengan pakar nutrisi lagi time tu. :)

gambar sekadar hiasan

gambar sekadar hiasan

Sampaikan housemate dan roomate saya kata,

“ngko ni ada je suplemen yg ngko makan kan? macam-mcam jenis pulak tu. Rajin betul..

(ngko tu keluar sebab kawan saya ni keturunan jawanese kacukan.. :)

Nak tau apa sebabnya? Sebab, mama selalu dok kata yg saya ni culas sangat makan buah, sebab tu kulit tak cantik. Culas dlm kamus bahasa ibunda ialah liat. Rajin? Sebab tak rajin la takmau menjadi makan hape pun. Masa tu antara yang saya consume termasuklah spirulina dan evening primrose oil, tapi kulit masih tak cantik-cantik jugekkk.

Sebab lagi? Sebab tak konsisten. Sekejap makan, lepas tu lupa, lepas tu bila teringat makan lagi.. hangat-hangat tahik ayam candu! suam serta busuk bertingkek-tingkek!

3 TAHUN YG TERKINI

Tapi bila dah mengandung, carry baby, ada satu lagi nyawa dalam perut ni.. memang TAKBOLEH MALAS-MALAS bervitamin, sebab akibatnya tersangatlah buruk. Bukan saje lepas baby lahir nanti, tp masa tengah mengandung pun dah rasa efek dia.. Nak-nak pulak bab kalsium. Memang tak tido malam dibuatnya. Krem sana sini, sakit pinggang, gusi berdarah, sembelit. Oh! tak sanggup nak ingat balik.

bukan kaki saya ni

bukan kaki saya ni

Bila dah lepas bersalin, lain pulak cabarannya.. nak serasikan diri dgn life baru, nak kerja lagi, nak supply susu dkt baby lagi, nak jaga laki, nak jaga rumahtangga, memang boleh stress, lembik, lemau dan boleh juga tumbang kalau tak cukup nutrien. Dan yang paling sinonim bila bermula masalah berbangkit ni adalah SUSU AKAN MERUDUM.

Bila susu dah mula merudum pulak, akan datang masalah baru, bertimpa-timpa mcm tunggu giliran. Anak asyik menangis lapar, tidur sekejap-sekejap, ibu tak cukup rehat dan semua kerja rumah terbengkalai. Kita akan jd tensen berganda-ganda dan mula lah terfikir nak berjinak-jinak dgn formula milk.

Saya ada satu video ni nak share sama kamu-kamu yg bakal jadi ibu.. yang bakal menyusukan zuriat yg akan lahir nanti..

Tak payah susah-susah ambik pen ngan kertas sebab saya dah summarize kan siap-siap di hujung entri apa yg patut.

Syaratnya, kena lah baca sampai habis entry ni. :)

Jom kita dengar sama-sama :

APA YG PAKCIK DALAM VIDEO NI KATA ?

Persediaan awal diperlukan sejak awal kehamilan lagi, sejak trimester pertama, kedua dan ketiga.

Sangat perlu makan makanan berkhasiat dan suplemen tambahan yang diperlukan tubuh :

1. Menjaga payudara: tuam sekali sehari dgn tuala suam, urut dari luar ke arah puting untuk elak kilang susu tersumbat (plugged duct)
2. Menjaga payudara : bersihkan puting dari daki. pastikan kawasan payudara dan puting tidak lembap utk menghindari jangkitan kulat
3. Sejam pertama selepas kelahiran sangat penting bg menentukan kejayaan penyusuan : Ketika lahir bayi sepatutnya diletakkan terus ke payudara secepat mungkin untuk meransang susu (demand). lagi cepat bermula, perjalanan penyusuan akan jadi lagi mudah.
4. menyekat pengeluaran hormon oksitosin yg menghantar signal ke otak utk meransang pengeluaran susu
5. JANGAN makan jamu-jamu
6. Menjaga pemakanan ketika menyusu, pengambilan supplemen, sumber vitamin yang lain

Ehem…ini bukan saya atau Dr. Nusaybah yang kata, tapi Pakar sakit Puan yang bagitau ye..

Bukan calang-calang orang tau pakcik ni, ada klinik sendiri lagi. :)

Padanlah mak-mak kita, nenek-nenek kita concern sangat pasal pemakanan masa berpantang, kesian dekat baby katanya, ye dak?!

Jangan kata org kecik macam saya takpayah risau psl kilogram ye. Kalau dah bertambah semua sukatan inchi, balancing ngan performance pun pasti tak sekencang dulu. Silap-silap dari jauh orang nampak macam suami ai berjalan sebelah penguin. Pendek tapi bulat! yerkkss. Tak syok tahu tak? Sape takmau kalau menjadi selim adalah bonus kpd pelaburan wang kita selama ini kan?

Picture from Film Title : Happy Feet.

Picture from Film Title : Happy Feet.

CERITA SAYA PULA BAGAIMANA ?

Saya sebagai tuan punya badan pun terpaksa mengaku bahawasanya selepas konsisten ambil suplemen (kombinasi pelbagai vitamin), sy rasa lebih bertenaga, lebih sihat, lebih positif dan dah tak ada masalah lebihan berat badan. Bulih letak jadi testimoni ni. :)

Dan sudah semestinya itu satu-satunya jawapan kepada production susu yg tidak terganggu, malah semakin meriah. Bukannya makan vitamin hari ni, esok bra basah lencun sbb breast dah jd empangan pecah. Bukan ye. Salah tanggapan tu.

Bila badan sihat, minda tenang, yg lain-lain pun akan jadi molek-molek belaka. Dan harus dikasitau, prinsip asas penyusuan, supply vs demand is da 1st rule yg wajib patuh, tak boleh tidak. Kena kerap direct feeding dan pam bila berjauhan dgn baby. Kasi hadam yg itu dulu. Penting!

JADI, APA PATUT BUAT ?

Makanya, beginilah.

Nak makan suplemen atau tidak itu pilihan masing-masing yg empunya diri. Selagi kita tak rasa sejauh mana perlunya makanan tambahan dalam rutin sehari-hari, selagi kita tak rasa macam mana bila ditarik balik nikmat kesihatan, selagi itulah kita tidak bersungguh-sungguh menghargai.

Formulanya simple, nak anak sihat, nak banyak susu, mesti jaga pemakanan, harus jaga kesihatan dan kalau tak mampu memenuhi semua keperluan badan, kita kena ambil sesuatu samada daripada sumber real food atau suplemen tambahan untuk kasi cukup apa yg masih tak cukup, tak kira lah jenama apa pun.

Tapi kalau diberi pilihan :

  1. Vitamin C yg diperbuat dari buah oren yg diperah-perah, diambil jus pati asid askorbik yg dah disingkirkan fibernya (menggunakan kaedah Cold Pressed supaya enzim akan kekal hidup) ATAU
  2. Vitamin C yg dihasilkan daripada proses kimia gabungan molekul-molekul karbon, hidrogen dan oksigen bagi menghasilkan asid askorbik yg mempunyai formula empirik C6H806 yg menyamai buah oren (dibuat oleh test tube di makmal).

oren

Rasa-rasa mana yg lagi best dan kompiden nak telan?

Mana satu yang awak-awak yg bakal jadi ibu ni akan pilih?!

Bagus sangat ke vitamin Shaklee ni?

Saya pasti anda sudah punya jawapan.

Anda pasti hebat menggoogle, pandai membaca dan bijak memilih. :)

Nanti hello-hello ye.. :)

Nusaybah Anuwar 019-3832656

1,461 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation