JADUAL TERBAIK MAKAN VITAMIN AGAR TAK RASA MEMBAZIR BELI

Assalamualaikum.

Salam Jun dan Sya’ban.

Sedikit entry pendek untuk perkongsian.

Ramai yang tanya saya, pasal jadual makan vitamin yang betul. Nak makan vitamin pun kena ada jadual ke?

Ada jugak yang comparekan aturan makan yang dia amalkan sebelum ni dengan panduan yang saya bagi lepas beli dengan saya. Siap listkan semua vitamin yang dia pernah ada dan beli, minta saya reschedule balik sebaab katanya lain sangat.

Herm. Sebenarnya tak ada istilah waktu yang betul atau salah untuk ambil vitamin atau makanan tambahan, sama macam jika kita makan makanan ruji, sayuran, kekacang dan buah-buahan jugak.

Lebih tepat jika ia disebut sebagai masa terbaik untuk diambil, supaya ia lebih efektif.

Sebab?
Setiap orang penerimaan tubuh badannya berbeza. Metabolisme tak sama. Rutin harian dan diet pemakanan pun tak serupa.

Sebab itu, lain org lain dos yang serasi dengan tubuh badannya. Sebab tu sangat penting konsultasi eksklusif yang ada org tak ambil kisah. Tak faham pun takpe, yang penting dapat barang dengan harga murah je. End up..kata produk tipu, tak mujarab..

Makan vitamin pada masa terbaik boleh beri kesan terbaik juga, selain bantu kadar penyerapan yang optimum. Salah satu “rahsia” cepat dapat kesan yang diharapkan, selain sabar dan konsisten. Rahsia yang bukan lagi rahsia dah kalau kita tahu dab benar-benar faham.

Kalau nak betul-betul kena ikut body timing. Ambil masa, kena buat ujian pada tubuh dulu. Jenuh dan bukan senang.

Jadi, make it easy. No worries. Tak perlu susah-susah sampai macamtu sekali. Dan, dipendekkan cerita boleh follow general rules ni. Vitamin tak sama dengan ubat, boleh makan anytime, bukan bila tiba waktu sakit je.

jadual terbaik makan vitamin

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak perlu tukar kalau dah rasa serasi dan dapat rasa kesan yang positif seperti yang diingini. Hanya perlu adjust kalau waktu makan vitamin sebelum-sebelum ni tak kena dengan badan. Nak tahu macamana, tengok kesan selepas pengambilan. Makin o.k ka.. k.o.. So dat boleh tau kalau-kalau ade sumthing wrong sumwhere yang perlu diperbaiki atau ditambahbaik. Kurang minum air ka, dos sikit sangat ka..

Selain itu, ambil kira sedikit tips pengambilan ini :

  • Vitamin larut air (vitamin B, C) seeloknya diambil bersama segelas air untuk kadar penyerapan yang optimum dan elakkan diambil selepas makan makanan berlemak
  • Vitamin larut lemak (Vitamin A, D, E, K) seeloknya diambil selepas waktu makan utama yang mengandungi lemak/minyak bagi memudahkan penyerapan
  • Kalsium – diambil sebelum tidur bersama produk tenusu kerana ia akan lebih mudah diserap ketika tubuh dalam keadaan rehat
  • Zinc Complex diambil semasa perut kosong (sejam sebelum makan @ 2 jam selepas makan) kerana ia mudah terurai dan melekat bersama-sama makanan dan dimusnahkan. Ini mengurangkan kadar penyerapan vitamin zinc ke dalam badan kerana ia lebih mudah diserap dalam persekitaran berasid.

Sebagai contoh, masa terbaik untuk mengambil multi-vitamin ialah selepas makan, kerana kebanyakan vitamin dan mineral yang larut lemak dan memerlukan makanan dalam sistem pencernaan untuk diserap zat dan nutrisinya. Tak ada masa yang tepat, cuma lebih baik jika dimakan selepas mengambil sarapan pagi kerana pada waktu ini tubuh kita memerlukan tenaga yang banyak untuk menjalankan tugas dan rutin seharian.

Notakaki : Saya hari-hari memang ambik alfalfa. Saya suka. Milkbooster dan agen detoks semulajadi saya. Tapi walaupun cadangan pengambilan 10 biji sehari, saya cuma mampu makan 6-8 biji. Just enough. Kalo tak, cik B rase macam nak pecah ja..hehehe..

2,805 total views, 2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation