INDAHNYA KURNIAANMU YA ALLAH

babycekta

Sejuk mata melihat betapa indahnya ciptaan Yang Maha Kuasa ini. Sesekali terasa ingin beranak lagi. Ahaks!

Pinjam gambar ye si cantik, auntie nak ambik aura. :)

Sana-sini sibuk orang berkongsi perihal anak Cik Ta yang super duper comel serta cantik bukan main. Subhanallah!

Iras muka bapaknye ke, muka omaknye ke, muka makcik nya si shasha tu ehks?

Amboiihh..kepochi sungguh kan…

Teringat saya akan cerita satu perbualan salah seorang rakan facebook yg melintas di news feed minggu lepas.

Ia benar-benar membuat saya berfikir dalam.

Selepas diolah serba-sedikit, begini lebih kurang bunyinya :

Sembang dengan suami pasal anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin (harus mention nama penuh supaya tak silap orang).

Suami pun mengulas,

“Bila bercakap tentang anak, teringat pesan ayah. Kita tak risau kiranya anak kita tak cantik. Tak juga bimbang jika anak kita tak pandai. Yang kita takut bila mana anak kita tak menjadi. Tiada akhlak. Agama lintang pukang.

Dan saya diam. Berfikir tentang harapan saya pada anak-anak. Tidak dapat lari, dalam harapan itu terselit juga mahukan cahayamata yg comel-comel belaka, selain sihat gebu tubuhnya.

Semoga Allah memberikan nikmat dan rahmat yg paling menguntungkan utk pelaburan hari timbangan kelak yakni Islam.

Tiba-tiba suami memecah sunyi, “Semoga kecantikan itu memberi kebaikan buat dia dan tidak pula menjadi ujian yg melalaikan”. Ameen. Untuk anak-anak saya, untuk anak-anak mereka dan anda semua juga.

Saya pula yg duduk berteleku di hujung katil, berfikir dalam akan cita-cita dan impian hampir semua pasangan yg berkahwin, ibu khususnya yg sanggup berhabis, berkorban demi zuriat yg dikandung. Dan saya pasti, ia tidak lekang dari doa kita semua juga.

Saat ini, terkenang sekali pahit jerih mama yg bersusah payah melahirkan saya hanya di rumah yg waktu itu tidak sabar-sabar ingin keluar. Kata mama, orang dulu-dulu kalau bersalin anak pertama ok dan takdak masalah, anak yg kedua dan seterusnya akan disuruh bersalin kat rumah dengan makcik bidan aje. Betapa kuat nya mak-mak kita dulu-dulu, yang saya pasti kuatnya itu kerana anak-anaknya.

Akan saya kesat setiap titis pecah peluh mama yg terbit mengalir menjaga, mendidik dan membesarkan saya sedari sebesar tapak tangan sehingga mampu berdiri sendiri, sehingga kembali dan turut merasai nikmat bergelar seorang ibu. hugs!

images98IYAFHL

Ya Allah Ya Tuhanku,

Ampunilah dosaku, tetapkanlah imanku, terangkanlah hatiku.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Ampunilah dosa kedua ibu-bapaku.

Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi dan menjagaku dari kecil hingga dewasa.

Sehingga saat ini pun harapan yang sama selalu menjadi intipati doa harian saya buat ayah bonda.

Tak ketinggalan doa buat abah yg tak henti-henti membanting tulang empat kerat, walau bukan dgn bercucuk tanam atau bersawah padi seperti ibu bapa atau nenek moyang kita yang terdahulu.

petani-di-sawah

Moga saya sentiasa diberi kekuatan, anugerah kesihatan yg baik utk selalu mengintai khabar mereka, sakit pening mereka dan seterusnya berbakti utk usia mama dan abah yg masih bersisa.

Antara sebab kenapa kita harus sentiasa memanjatkan rasa syukur pada nikmat, rahmat dan kurniannya yang tak pernah putus mahupun surut buat kita saban hari.

Sesungguhnya saya terlalu sayangkan dan perlukan mereka, dan saya pasti kita semua serupa.

IMG-20140926-WA0018

Mahu baby comel, mungil cantik dan gebu seperti bayi mereka juga ?

WhatsApp Kakngah, kita sharing-sharing… :)

Nusaybah – 019.383.2656

1,411 total views, 1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation