IMUN, IMUNISASI DAN IMUNITI – KENAPA ANAK-ANAK KENA ADA SEMUA NI UNTUK MEMBESAR KUAT, SIHAT DAN GUMBIRA?!

Ramai orang bila tengok anak-anak saya, diorang akan jeles. Bukan sebab comel semata-mata (perasan skit..) tapi sebab diorang jenis suka makan dan tidak memilih!

Sebab optimis yang saya rasa ialah budak yang berdua ni anak susu ibu.

Eh, betul ke? Apa yang buat saya fikir begitu?

Dulu masa belum jadi mak, tau daripada apa yang dibaca-baca je. Masa tu terdetik dalam hati “yelah kot sebab apa yang emak makan, anak pun dapat rasa sama daripada susu badan”.

Lepas tu pulak, dalam kelas antenatal.. saya diberitahu benda yang sama jugak. “Bayi yang minum susu ibu, selain dapat boost antibodi untuk elak sakit dan penyakit, akan lebih mudah menerima makanan pejal”.

Ohhh…

Kemudian, bila saya dah alami sendiri. Barulah saya rasa betul.

Sejak mula introduce solid food lagi, diorang menunjukkan feedback yang baik. Bila guru besar return diari, tersengih sendiri ibu baca cikgu tulis yang diorang ni selalu makan bertambah. Siap jeling pinggan kawan dan menangis kes takboleh tambah dah sebab makanan dah abis. hehehe. Malu mak nak.

Tapi memang pun. Anak-anak saya yang berdua tu memang suka makan dan itu buat saya sangat hepi!

Dan lagi satu, anak-anak saya ni jugak sangat jarang sakit.

Baca betul-betul ye. Jarang sakit. Bukan super saiya, tak pernah sakit. Kena ada pesanan penaja skit sebab bahaya ni. Ni kalau orang salah paham atau baca laju sangat boleh dakwa saya “riak” nih. :)

Kisah sakit anak dan anak sakit

Kisah ni semua yang ada anak mesti pernah rasa. Tak kiralah anak apa sekalipun. Anak “peliharaan” yaang si bulus tu pun samalah.

Anak saya, 2 orang setakat ni.

Selak balik sejarah kesihatan diorang.

Yang sulung, masa umur 6 bulan – kakak admitted brochopneumonia. Sedih tahap boleh buat drama pukul tujuh.

Al-maklum, anak sulung masa tu. Kena cucuk kulit sikit nak masuk jarum untuk drip ubat dan air pun dah syahdu sangat rasa dah. 1st and da last.. lepas daripada tu memang tak pernah dah ada sakit serius sampai kena tahan wad.

Sebab bertitik-tolak daripada tu lah mak dia pun dah start nak jadi tabib dan natural practicioner. Home remedies, bawang, kunyit segala keluar. hahaha.

Itulah satu kisah masa kakak Iman Nasuha.

Alhamdulillah. Kita ikhtiar kan. :)

Lepas tu sambung anak kedua.

Episod seterusnya time adik pulak. Ain Sufi. High need baby yang kuat menangis walaupun takde sakit.

4 bulan adik start kena bronchitis. Kurang sikit je daripada kakak. Kurang serius tapi lebih muda usianya. Lepas tu sekali lagi HFMD pulak.

Pernah rasa dah..memang pengalaman yang tak ternilai. 3 penyakit ni lah yang saya ingat sangat. Yang lain-lain tu setakat sakit demam biasa.

Bukan tak pernah, tapi jarang. Tetap ada batuk selsema sekali sekala tu, tapi tidak tahap melarat. Tak lama dan tak teruk. Syukur. Adatlah tu kan, sementara budak nak besar.

Tapi orang kata, pengalaman tu yang buat kita lebih berhati-hati dan rasa serik takut cerita lama berulang, kan?!

Begitulah saya..

gobok vitamin dan first aid di rumah

Mula amalkan Teknik Steam It bila anak batuk berkahak, sapukan krim DrSneez masa selsema, mandikan air garam bila demam panas dan amalkan ambil vitamin macam nutriferon, chew vitamin C, Omega Guard dan vitalea kids secara konsisten.

Bila start ada merah-merah pada kulit, ruam lampin atau gatal-gatal memang cepat-cepat saya sapukan krim Herbal Blend yang semulajadi yang beraroma best dan bermenthol tu.

Ada juga yang menjuih-juih kalau kita start cakap pasal makanan tambahan. “Nak menjual” katanya.

Ini betul bila dia fikir segalanya tentang wang. Bukan kemaslahatan seisi keluarga.

Oleh sebab tu jugaklah saya lebih suka sharing-sharing real story, senang nak capai hati orang dengan cerita perkongsian. Betapa girangnya hati dan tersentuhnya emosi bila anak-anak sihat, ceria dan gembira melalui hari hari tumbesarannya.

Tapi tapi tapi.. benda yang baik ni tak syoklah kalau simpan sorang-sorang kan?!

Anak awak sihat, anak saya sihat.. kita sama-sama seronok dan bahagia. Tak gitu?!

Bila kita faham dan ingat, makanan tambahan atau vitamin ni bukan ubat yang hanya boleh ambil masa sakit, tapi vitamin seboleh-bolehnya dan lebih elok makan sebelum sakit a.k.a tengah sihat.

Perlindungan katanya.

Konsepnya ala-ala macam kita ambil insurans, bayar beratus-ratus setiap bulan mestilah sebelum diagnose penyakit kan.. sebab kalau dah sakit baru terhegeh-hegeh nak ambil, kompem kena rejek mentah-mentah gitu jek. erk…

Tak hingin dia nak lindungi kita lagi bila dan disahkan ada penyakit itu ini. Tak kisahlah berapa income sebulan, atau betapa tinggi pangkat di syarikat.

So, kalau taknak jadi macamtu.. bertidaklah sebelum ia terjadi. Yang best dan berbeza.. vitamin masih boleh makan walaupun dah sakit. Dan kebanyakannya sesuai untuk banyak peringkat umur. tapi, kena pastikan sumber yang diambil tu yang semulajadi tau, bukan sintetik.

Macamtu jugaklah kisah dengan ambil makanan tambahan. Dengan approach mencegah.

Cuma kesannya akan ambil masa, supaya semakin lama diambil, kelak dos ubat dapat dikurangkan atau lebih menggembirakan jika dah tak perlu bergantung dengan ubat lagi. Budak kecik pun kalau yang jenis fragile, apa saja yang mendatang akan mudah beri kesan alahan.

Kalau boleh taknaklah sekali dah start dengan ubat, selamanya kena makan ubat seumur hidup atau sampai akhir hayat. Kesian dekat usus dan buah pinggang. Banyak “kerja” nak buat.

Saya memang percaya, selain kasih sayang.. kesihatan yang baik itu juga membantu meningkatkan selera makan dan seterusnya tahap perkembangan kanak-kanak.

Kalau asyik sakit, demam.. macamana budak nak eksplore dan mengecapi betapa best dan indahnya donia dan alam mereka kan?!

Imun, imuniti dan imunisasi

3 istilah yang selalu dipening-peningkan sebab confuse apa beza.

Imun – bila badan kita kebal dan resistan terhadap sesuatu. (serangan penyakit atau jangkitan atau apa-apa jelah wabak ke, perangai orang pun ye).

Imuniti – kekebalan yang dapat halang anasir-anasir luar yang boleh gugat kita. Macam rancangan-rancangan realiti sebelum ni, yang siap kasi imuniti dekat peserta bertuah yang takkan tersingkir pada minggu tertentu. Kawan-kawan pun jeles je sebab kena bersaing habis-habisan sebab nak pertahankan diri daripada terkeluar, tapi yang dia sorang ni boleh rilek je sebab dah ada “tangkal imuniti”.

Kebal kan dia? Best kan?!

Imunisasi – apabila sesuatu dimasukkan ke dalam tubuh kita (seperti vaksin contohnya) untuk bantu mengaktifkan sistem imun dan imuniti melawan serangan dan jangkitan.

Kalau nak imun kita kuat, rerajinlah cari alternatif untuk imuniti tubuh selain imunisasi wajib, vaksin yang kena ambil tiapkali umur anak cukup sekian-sekian dan sekian.

Boleh juga kalau rajin makan cendawan, bawang putih, halia, buah-buahan citrus dan beri dalam kuantiti tertentu. Semua tu bagus diamalkan sebab boleh bantu jadi immune booster.

Saya sendiri, lebih prefer dalam bentuk suplemen tambahan sebab to be frank, jarang-jarang dapat commit untuk makan dengan berdisipilin benda yang kena buat sendiri nih. Nak make sure sentiasa ada di dapur tu memang agak susah jugaklah. huhuhu..

Tambah pulak dengan hakikat pasal nutrien yang makin drop dan kurang power bila dah lama tersimpan, walaupun dalam peti sejuk.

Nutriferon – imunisasi oral untuk meningkatkan imuniti supaya badan kita imun terhadap jangkitan dan penyakit. Untuk anak-anak yang selalu tak sihat atau kerap sakit, ini memang sangat bagus untuk diamalkan.

Bukan setakat bagus, tapi sedap.. dan mudah sangat nak dimakan. Anak-anak pun suka. Siap tak cukup satu.

Bukan setakat cadangan biasa-biasa, tapi highly recommended. Sebab saya sendiri dan cuba dan rasa. Memang terbaik!

Lepas jadi mak ayah, cubalah prektis dan pantau 6 perkara ni untuk kesihatan anak-anak syurga.

  1. pemberian susu ibu
  2. imunisasi/vaksin
  3. suplemen tambahan
  4. amalan kebersihan
  5. makanan seimbang
  6. emosi yang sihat

Kalau diorang sihat sokmo dan makin tembam, kita juga yang syiok. Muka pun makin muda je nampak. Bukan orang lain, tapi kita. :)

Setakat ni 6 je dulu yang terlintas. Nanti kalau ada lagi kita sambung dan ulas panjang sikit.

Kesian sebenarnya bila tengok anak-anak yang tak sihat, yang kerap sakit, selalu warded ni. Bukan apa, selain muka masing-masing yang comel dan mintak cubit tu, dah terasa-rasa macam anak sendiri.

Tebal betul kan naluri keibuan ai… hehehe.

1,258 total views, 1 views today

2 Thoughts on “IMUN, IMUNISASI DAN IMUNITI – KENAPA ANAK-ANAK KENA ADA SEMUA NI UNTUK MEMBESAR KUAT, SIHAT DAN GUMBIRA?!

  1. Pingback: PENGALAMAN IBU MENJAGA ANAK HFMD PART 2 | Life is a Story

  2. Kalau dapat bina imunisasi semasa anak kecil lagi nanti dah besar senang, tak asyik sakit je. Anak pun boleh jadi orang yang aktif tahan lasak.
    Azwan recently posted…Panduan Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan anak mendapat pinjaman PTPTN.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation