IKHTIAR BANTU ORANG TERSAYANG PENGHIDAP OSTEOARTHRITIS AGAR DAPAT BERJALAN SEMULA

Bukanlah nak kata, tapi memang betul.

Sejak-sejak berkecimpung dalam dunia nutrisi ni memang saya banyak belajar. Banyak ambil tahu tentang sakit dan penyakit.

Kalau dulu setakat makan ubat bila sakit, tapi sekarang saya lebih kepada kaedah pencegahan dan ikhtiar bagaimana untuk mengelaknya daripada berulang.

Baru-baru ni ada seorang kawan mengadu emaknya sekarang tak boleh berjalan dan doktor cadangkan untuk buat operation. Sebelum ni bermula dengan sakit-sakit lutut dan kena sembahyang sambil duduk. Katanya masa tu ingatkan biasa-biasa je sebab orang tua kan, sinonim sangat dengan masalah gel yang mula tak cukup dekat kawasan tu.

Katanya lagi, masa scan nampak ada banyak bintik-bintik hitam dekat kawasan kepala lutut emaknya tu. Tanya punya tanya, sembang punya sembang rupanya emak dia menghidap osteoarthritis.

Apakah dia osteoarthritis?

Osteoarthritis adalah sejenis radang sendi yang paling banyak terjadi disebabkan oleh kerosakan pada tulang rawan yang melindungi dan menjadi “bantal” pada sendi.

osteoarthritis atau radang sendi

Tulang rawan atau kartilago (cartillage) adalah sejenis tisu penghubung lentur yang terdapat pada banyak anggota badan manusia mahupun haiwan. Ia padat, kenyal dan elastik. Ia menyelubungi bahagian hujung tulang di mana mereka bertemu untuk membentuk sendi untuk melindunginya dari geseran.

Ia kebiasaannya melibatkan mereka dalam kelompok usia 45 tahun dan ke atas. Keadaan ini menyebabkan tulang cenderung bersentuhan dan bergesel satu sama lain, rasa kesat dan sendi-sendi mengalami kesakitan.

Sendi yang paling mudah mengalami kerosakan ialah tangan, lutut, pinggul dan tulang punggung di mana apabila tulang rawan ini mulai rosak, sendi tidak lagi dapat meluncur dengan lancar ketika tubuh kita bergerak sehingga menyebabkan rasa ngilu, sakit serta turut membataskan pergerakan.

Osteoporosis dan Osteoarthritis

Osteoporosis dan Osteoarthritis adalah dua gejala yang sangat berbeza.

Osteoporosis lebih sinonim pada masalah berkaitan kerapuhan atau hakisan tulang kerana kekurangan sumber kalsium daripada pemakanan harian. Manakala osteoarthritis pula terjadi akibat adanya radang pada sendi yang melibatkan tulang rawan.

Walaubagaimanapun, ramai yang masih tidak begitu jelas dan menganggap kedua-duanya adalah sama.

Baca Juga : Perbezaan Osteoporosis dan Osteoarthritis yang orang selalu salah faham

Ianya turut menjadikan osteoarthritis sebagai salah satu daripada sepuluh penyakit paling kerap dialami di dunia yang mengakibatkan kes kurang upaya atau kecacatan.

Secara umumnya osteoarthritis sering terjadi pada lutut dan tulang pinggul, terutamanya sendi-sendi yang menampung berat badan. Rata-ratanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti :

  • Faktor Metabolik – dipengaruhi oleh pemakanan – kandungan berlebihan gula dan lemak dalam salur darah
  • Faktor Usia – semakin berusia, risiko osteoarthritis juga akan semakin meningkat terutamanya mereka yang berusia 45 tahun ke atas
  • Faktor Jantina – Wanita lebih sering mengalami osteoarthritis jika dibandingkan dengan lelaki
  • Kecederaan pada sendi – Sendi yang pernah cedera atau pernah menjalankan pembedahan memiliki kemungkinan osteoarthritis yang lebih tinggi.
  • Faktor Obesiti – Berat badan yang berlebihan menambah beban pada sendi sehingga risiko osteoarthritis menjadi lebih tinggi.
  • Aktiviti fizikal/sukan/olahraga yang berlebihan – menyebabkan sendi yang terlalu kerap atau lasak digunakan menjadi haus
  • Keturunan – Risiko osteoarthritis yang diwarisi daripada ahli keluarga
  • Mengidap mana-mana kategori arthritis lain seperti masalah otot, gaut, sakit urat atau rheumatoid arthritis.
  • Bidang kerja – individu dalam bidang pekerjaan yang harus menggunakan sendi tertentu secara kerap dan berulang berisiko terjebak dengan penyakit ini.

Gejala penyakit berkaitan osteoarthritis boleh berkurangan secara perlahan-lahan dengan langkah-langkah seperti berikut :

  • Menurunkan berat badan bagi yang mengalami obesiti
  • Rutin dalam berolahraga.
  • Menjalankan terapi secara fizikal samada senaman atau fisioterapi
  • Menggunakan alat khas untuk membantu mengurangkan rasa sakit semasa berdiri atau berjalan
  • Mengambil ubat-ubatan tertentu seperti ubat tahan sakit atau ubat anti radang/inflamasi bukan steroid

Jika langkah-langkah tersebut kurang efektif dan kesakitan sendi masih tidak berkurang, doktor mungkin akan menyarankan supaya pembedahan dibuat. Prosedur ini dilakukan untuk memperbaiki, memperkuat, atau menggantikan sendi supaya pesakit lebih mudah bergerak.

Dalam kes-kes yang biasa berlaku, pesakit tidak lagi dapat menguruskan diri sendiri kerana tidak dapat bergerak dan hanya mampu berlunjur.

Bagaimana kolagen membantu sakit lutut dan sendi

50% daripada tulang rawan memang terdiri daripada kolagen. Kolagen inilah yang membantu mengekalkan kepadatan dan kekuatan tulang.

Pengambilan kolagen secara konsisten akan membolehkannya diserap oleh tubuh dan seterusnya meresap masuk ke bahagian sendi yang mengalami masalah seperti lutut tadi.

Kolagen yang diambil akan menggantikan kehilangan kolagen, seterusnya memperbaiki kerosakan sendi lutut serta rawan yang rosak dan terjadi radang di bahagian terlibat. Secara perlahan-lahan bengkak akan dapat dipulihkan dan tulang yang terkeluar dari rangka lutut akan termasuk semula ke dalam rangka asal.

Dengan kata lainnya ianya berfungsi sebagai gam atau gel pelekat yang menjadikan tubuh memiliki bentuk dan membantunya supaya tetap kuat. Sama seperti situasi lutut kita yang tulang rawannya telah haus dan terhakis.

Kolagen Powder Shaklee

collagen-powder

  • Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting yang menjadi penghubung pada tisu lain.
  • Memberikan kekuatan pada struktur sendi
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • Membantu melegakan sakit sendi dan mengurangkan kesan inflamasi/radang pada sendi.

Kesan optimum boleh dilihat dalam masa 8 minggu pengambilan.

Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee - kaya dengan EPA dan DHA yang berfungsi menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata

  • Bersifat anti-inflammatory (anti-radang)
  • Asid lemak omega-3 efektif untuk kesihatan sendi
  • Memperlambatkan penyusutan tulang rawan
  • Mengurangkan gejala dan reaksi keradangan dalam sendi
  • Bertindak sebagai pelicir agar sendi bebas bergerak tanpa kesakitan

Moga dengan ikhtiar kecil kita, insan tersayang sentiasa mengingati kita dalam doanya kerana telah kembali boleh berjalan semula!

Pengedar sah shaklee Bandar Baru Bangi dan Kajang

Life is a Story
Facebook: Nusaybah Anuwar
FB Page: i-Nutrisi / Tips Hamil Sihat dan Cantik
Shaklee ID: 932852
Emel: imanusaybah@gmail.com
Contact No: 019-3832656

“You’re the writer of your life”

91 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge

Post Navigation